UNDER CONSTRUCTION !

Wednesday, September 22, 2010

Pengorbanan

Huuuh. Tajuk hari ni berat. ‘Pengorbanan’. Fairy start ada idea nak tulis bila baca novel 'Tahajjud Cinta Nisa"

Fairy ada nak ‘cer’ something la. Mungkin ia terjadi dalam hidup Fairy juga. Pengorbanan dalam persahabatan. Perngorbanan Dalam kekeluargaan. Pengorbanan dalam percintaan. Semua akan Fairy huraikan.

Bagi Fairy, tidak salah untuk kita menunjukkan pengorbanan kita pada orang yag kita sayangi.

Pertama, Persahabatan.

Percayalah! Setiap pengorbanan diletakkan pada diri –sendiri, rasa M.E.N.Y.E.S.A.L tidak akan pernah ada di hati kita. Kerana Pengorbanan kita untuk meraih seorang sahabat sejati bermula dengan air mata penderitaan. Yang menanti kehadiran teman sejati. Bagaimana pengorbanan dilakukan? Tepuk dada tanya selera.

Seterusnya, Keluarga.

Keluarga merupakan orang yang paling dekat dengan kita. Namun ada yang kata Kawan. Yang membezakan keluarga dan kawan ialah tali persaudaraan serta kasih sayang antara satu sama lain. Di dalam kekeluargaan tiada erti kata ‘BERTEPUK SEBELAH TANGAN’. Begitu juga dengan Persahabatan. Namun, jika tidak bertepuk sebelah tangan, maka mengapa ada PERMUSUHAN? Sebagai teman, ada permusuhan dan mungkin membawa selama-lamanya. Namun keluarga? Jangan kita fikir selama-lamanya! Malah anda tidak sanggup berpisah sedemikian lama dengan mereka. Kerana mereka adalah KELUARGA! Bagaimana pengorbanan kita meraih keluarga yang bahagia? SEMUA MEMERLUKAN PENGORBANAN! Pengorbanan memupuk semagat kasih sayang, percaya antara satu sama lain, keadilan dan lain-lain. Ia adalah pengorbanan.

Dan yang terakhir, Cinta.

Sebut pasal cinta, semua fikir pasti antara lelaki dengan perempuan. Perempuan dengan lelaki. Tapi, Fairy tukar sedikit konsep ‘AJNABI’ itu. Cinta kita tehadap yang Maha Mencintai. Bagaimana? Ia memerlukan PENGORBANAN, bukan? Kita melakukan Solat, Ibadah, Puasa bukan kerana TERPAKSE! Tetapi dengan kerelaan hati yang mahu menerokai cinta ! Cinta kepada Allah. Itu adalah pengorbanan kita terhadap Allah. Kita menangis sahaja keranaNya, MasyaAllah. WallahuAlam. Hanya Allah sahaja yang tahu ganjaran menangis ketakutan kepadaNya. Hanya dengan menangis! Bagaimana pula dengan usaha yang kita letakkan untuk meraih cinta dari Dia? Pasti ganjarannya sangat ‘W.O.W’ . J Maka, dunia ini tercipta penuh dengan ‘pengorbanan’.

Kerana setiap kali pengorbanan dilakukan,

Tiada air mata yang bakal menjelma.

Sebaliknya kepuasan merasai kebahagiaan.

Betapa bernilainya setitis air pengorbanan.

Jangan rasa pngorbanan itu hanya sia-sia. Kerana Allah akan menitipkan sesuatu mengikut kemampuan kita. Terkadang, apa yang kita mahukan bukan yang terbaik untuk kita. Kerana Allah engetahui segalanya, sedang kita hanya mengetahui perkara yang ‘hak’. Yang ‘zahir’ (jelas dan nyata). Manakala Allah, mengetahui segala-galnya. Dia mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambaNya.

Jadi, no more tears.

Ya sodiqi, La Tahzan! A’sya Bil Farah. J

Sesungguhnya kebahagiaan itu sukar diterima. Hiduplah kamu dalam kegembiraan yang meliputi keredhoan Allah. Yang cuba meraih cinta epada yang Maha Pecinta. Jadi kenapa perlu kesedihan itu menjadi pembunuh kita? Jika dia gunting dalam lipatan atau musuh dalam selimut, maka tolak ia ketepi. Usir dia daripada kamar hatimu. Kerana kebahagiaan yang zahir adalah kebahagiaan yang tidak mungkin mampu dijual mahupun dibeli. Hanya milik kita seorang! Once kita dapat kebahagiaan, tiada sesiapa mampu meragutnya dari diri kita.

SO KESEDIHAN,

JANGAN PERNAH SINGGAH DI HATIKU. AKU TIDAK MAHU RASAKAN LAGI PERITNYA PENDERITAAN. SEMUANYA AKU SERAHKAN PADA ALLAH.

‘Hasbiyallah hu Laa ila haila hua alaihit tawakkaltu, wahuarrabul a’rsyil azim’ (Surah At-Taubah. Ayat keberapa tidak ingat. Tapi yang pasti ayat akhir)

Makna ;“Cukuplah AllAh bagiku, tiada ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawaqal dan Dia adalah Tuhan yang memilik arasyi yang Agung” (Seringkan baca ayat ini)

Btw, Fairy ada jumpa ayat ni;

Surah Al-Baqarah ayat 216 :

“Tetpi blh jadi, kamu tidak mnyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan blh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.

وهو كره لكم ۖ وعسى أن تكرهو شيئا وهو خير لكمۖ وعسى أن تحبو شيئا وهو شر لكم ۗ والله يعلم وأنتم لا تعلمون.

Wahuwa Kurhun lakum , Wa a’saaa an takrahu Syaiaun wahuwa khairallakum, wa a’saaa an tuhibbu syaiaun wahuwa syarrullakum. Wallahu ya’lamu wa antum laa ta’lamun.

Sadaqallah Hul A’zim.

*Semoga anda semua memahami apa yang cuba Fairy sampaikan (:

Sekian.

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...