UNDER CONSTRUCTION !

Monday, November 29, 2010

Ceramah





Subhannallah. Post ashik dalam english.

'BROKEN' english -,-

Tapi, hari ni, Fairy tukar ! sbb hari ni Fairy mhargai Bahasa Rasmi kita :)

Bhahaha. Skema -,-




Actually,

ada hal Fairy nak kongsi dengan korg. Niat Fairy baik.

Pengajaran untuk diri Fairy dan insyaAllah semua orang.




Waktu di Melaka,

mmg seronok. Tapi, time duduk sendirian, tiba-tiba hati Fairy terdetik untuk menulis sesuatu. Allah membuka pintu hati Fairy untuk fairy berkongsi ini semua bsama kamu smua.

Islam ni bukan untuk dipermainkan.

Kebanyakannya sekarang ni, Islam ATAS NAMA!

Nauzubillah.

Apa yang akan tjadi pada agama yang kita cintai nanti?

10 tahun akan datang?



Fairy nak memperbetulkan apa yang salah.

Fairy bukan ustazah.

Tetapi sekadar renungan.

ada beberapa situasi Fairy nak kongsi.

(MAAF JIKE ADA YANG TERASA -,-)




situasi pertama. :

"Eh, Bukanke pakai tudung apabila kita dapat hidayah?"

jawapan Fairy :

SEkurangnya, orang yang kata benda ni, ialah manusia yang TIDAK HIPOKRIT, bukan? bukan yang macam PAKAI TUDUNG tapi, buat maksiat. Tapi, dengar sini, menutup aurat itu adalah PKARA WAJIB yang dituntut.. Penampilan adalah PERSONALITI DIRI! Dan mengenai dialog diatas, adakah disini anda mahu mengatakan ANDA BELUM MENDAPAT HIDAYAH SEDANG KETERANGAN JELAS DI HADAPAN MATA!

'نذير مبين' : PERINGATAN YANG NYATA!

(betul ke ejaan begitu untuk nazir tuh? Rasa macam salah je -,- Maaf jike salah)




Sesungguhnya, Hidayah itu sangat BERNILAI ! Bukan semua orang mampu meraih HIDAYAH YANG KEKAL ! Kerana di dunia ini, Allah sering beri Hidayah. Sama ada kita sedar atau tidak! Itu adalah kenyataan! Ramai manusia yang terima hidayah, namun dia menafikan sekeras-kerasnya hidayah yang diberi.

Bukankah HIDAYAH itu boleh DIMINTA DAN DICARI seperti mana Allah menurunkan ayat :



ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وحب لنا من لدنك رحمة إنك أنت الوهاب




(Maaf jika tiada tanda bacaan , Fairy terburu-buru.)

rujukan : Surah Al-Imran ; ayat 8.



Bermaksud : Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati-hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, Kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.



Jelas x , kawan3x ?

Hidayah boleh diminta :) Bukan sush. Namun, masih ada yang liat. Hanya kerana mahu memberitahu seluruh dunia bahawa mereka C.A.N.T.I.K ^-^ Wanita muslimah sekalian, semua wanita di muka bumi ini memiliki kecantikan masing-masing.

Jika tidak melalui WAJAHNYA , melalui HATINYA :)




Allah mencipta wanita itu dengan memberi KEKUATAN ! Allah memuji kaum HAWA kerana mempunyai kekuatan yang hebat. Kekuatan yang mampu mengoncang dunia kita untuk MENCIPTA SEJARAH MEREKA :)

Ingatlah,

Nabi sudah pernah BERSABDA ;




wanita solehah ( yang baik ) lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.



MasyaAllah.

1000 ! Bayangkanlah. Bukan sukar untuk kita memiliki pahala, tetapi bukan sukar juga untuk kita mendapat dose.

Fikirkanlah.



Rakan2x sekalian,

bukan niat Fairy untuk mnyakiti hati sesiapa. Tidak. Tetapi, niat Fairy cuma mahu membantu. Mengingati. Meneritahu apa yang patut Fairy kasitahu kebenaran.

Maafkanlah Fairy.




Situasi kedua :

"Tak pe. Allah faham."



ditanya mengenai solat.,

"mengapa xsolat?"

"Tak pe Allah faham."




Kalau wanita, Fairy boleh terima.

Bagaimana jikalau lelaki?

(Maaflah kepada *anda*, tapi sekurangnya *anda* sudah berubah ^-^)

Fairy yakin bukan dia seorang sahaja, pasti ramai lagi bukan?




Fairy nak memperbetulkan lagi.

Benar, Allah itu MAHA MEMAHAMI.

Benar! Jelas!

Tapi, dalam situasi anda yang boleh dikira tidak uzur, mumaiyiz, boleh dilabel sebagai 'jahil'.

Maaf , kasar.

Tetapi, siapa yang ajar Allah faham sebab mengapa anda tidak melakukan ibadah yang amat dituntut?

Puasa, solat dll.




Ada hubungan kait.

Malas solat dengan penampilan diri.

Mari kita selongkar.



Contohlah kan Fairy kasi nama wanita ini dengan nama 'Manisah' .



Manisah ni tak pakai tudung. Dia kata pakai tudung apabila tiba hidayah. Pada waktu yang sama, dia malas untuk melakukan solat. Solat baginya terlalu berat. Sedangkan solat hanya mengambil masa 5 minit setidaknya. Berbanding melakukan kerja-kerja lain yang mengambil masa melebihi 1 jam.



Ok. Sekarang ni apa kesalahan Manisah? Kita akan kata first , tak pakai tudung. n , malas solat. Tapi, korang semua nampak atau tidak kesilapan yang tidak kita terfikir buat masa ini. Kesilapan yang tersirat di dalam contoh yang Fairy kasi tadi.



Jawapan klise (^-^) sorry :P



Hal ini kenapa Manisah malas solat? Mungkin mempunyai sebab2x yang lain iaitu godaan syaitan dan blablala. Akan tetapi, dengan personaliti diri sahaja pon mampu memberi kesan pada ibadah kita. Kekadang, sayang seribu kali sayang, jika ANDA SEMUA tahu Solat itu mmg wajib. Anda lakukannya. Anda bangga meskipun anda tidak menutup aurat, anda mampu bersolat penuh.



Namun, tidak terasa rugi ke,

anda mengetahui ttg solat, tapi dalam hal menutup aurat anda abaikan.

Cuba kita fikir sedalam-dalamnya.



Solat mmg tiang kepada agama. Jika kita tidak melakukannya, seperti kita meruntuhkan agama sendiri.

Benar!

Namun, adakah anda membantu untuk membina tembok kepada agama yakni hal-hal perkara wajib yang lain. Sekadar tiang sahaja, tidak berguna jika kita tidak cuba untuk membina tembok. Kemudian, barulah atap, tingkap, pintu semua tu.

Jika anda rasa pandangan Fairy salah,

Fairy minta maaf.

Terpulang kepada anda sendiri untuk menentukan haluan anda.



Kerana fairy hanya sampaikan apa yang fairy rasa patut fairy sampaikan.

(ada lagi. Tunggu post nanti, sebab karang berjele-jele, korang xnak baca ^-^)

Wassalam.



No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...