UNDER CONSTRUCTION !

Sunday, December 12, 2010

Kehidupan itu adalah roda yang sentiasa memutar





Permulaan hidup kita pasti merasa sentiasa bahagia.

Kita adalah kanak-kanak yang langsung tidak mengenali ujian duniawi yang bakal mendatang.

Pertengahan kehidupan kita pasti merasa penuh derita.

Kita adalah remaja yang sukar menghadapi kebahagiaan.

Dan pengakhiran kehidupan

Diantara bahagia dan kesedihan. Kedua-duanya terasa.




Kesimpulannya,

Kehidupan itu adalah roda yang sentiasa memutar.

Kita akan akan ada di atas dan juga dibawah.

Sehingga dia berhenti bergerak.




Fairy jadi teringat. Diwaktu Fairy masih kanak-kanak, Fairy langsung tidak terfikir di dalam fikiran Fairy, bahawasanya Fairy akan menghadapi ujian seperti apa yang Fairy hadapi. Ya, benar. Menjadi kanak-kanak adalah sangat menyeronokkan. Sehingga Fairy terasa hendak menjadi seperti zaman kanak-kanak yang dahulu. Kawan yang sentiasa disamping. Tutur kata yang baik digunakann. Budi bahasa yang tinggi. Indahnya, apabila kita melihat pelbagai jenis permainan di hadapan mata. Perasaan teruja lahir di dalam jiwa. Namun, bagaimana sekarang? =’(




Fairy baru cuba mengenali erti kehidupan yang sebenar. Kehidupan yang baru dimulai. Ibarat pelumba lari yang baru sahaja cuba melawan. Garisan penamat adalah penentuan kepada kejayaan. Namun, pada waktu ini Fairy sedang berehat seketika di tepi trek, cari air. Kerana keletihan yang amat sangat. Saat kembali tenaga itu, sudah pasti langkah kembali bermula.



Kenapa dunia ini kekadang kita merasa sesak?

Kenapa dunia ini kekadang kita merasa sangat membebankan?

Kenapa dunia ini kekadang kita merasa sangat memeritkan jiwa?

Kenapa? Kenapa ? Kenapa?




Bagaimana cara Fairy perlu hadapi dugaan ini sedang di hadapan mata Fairy, Fairy dapat melihat orang –orang yang sedang menikmati hidupnya dengan penuh kegembiraan. Sedang Fairy sedang mengalami kesedihan di atas semua yang berlaku ini. Hanya berdoa’ kepada Yang Maha Kuasa agar diberikan kebahagiaan yang nyata. Kebahagiaan yang mampu mengubati luka dahulu. Namun, setiap kebahagiaan itu hanya sementara waktu. Yang tidak mampu Fairy kecapi lebih lama. Kerana saat itu, penderitaan kembali mengintai perasaan Fairy. :’(




Adakah itu kerana dosa atau sekadar ujian kesabaran?




Siapa yang mampu merungkai soalan itu.? Hanya Allah! Tiada siapa tahu. Dan itu membuatkan Fairy lebih sakit. Fairy hidup dalam kekeliruan. Soalan yang sentiasa bermain dalam fikiran tidak pernah pudar. Tidak pernah ditelan waktu. Sebaliknya segar bermain.



Ujian yang diterima itu semakin berat dari hari ke hari. =’(




Ya Allah. Hamba seperti menolak takdir , jalan hidup hamba sendiri. Maafkanlah hamba. Siapa tempat hamba mengadu nasib jika bukan kepadaMu. Hamba hanya memilikiMu satu! Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan masalah sendiri. Adik-beradik yang pasti tidak memahami perasaan ini. Kawan-kawan? Fairy tidak mahu membebankan sesiapa. Jadi? Apa yang Fairy punya? HanyaMu Ya Rabb! Hanya Kamu =’(



Blog ini, tempat fairy luahkan segala yang terbuku di hati. Mungkin terlalu lama Fairy rahsiakan. Fairy ingin sekali menutup setiap chapter penulisan hidup ini. Tetapi? Terlalu berat.




Kebahagiaan yang jarang kita raih membuatkan setiap sesaat kebahagiaan itu akan dihargai sentiasa.



‘Ya Rahman Ya Rahim.

Hanya Engkau yang tahu apa yang hamba rahsiakan. Hanya Engkau yang tahu apa jenis cobaan yang hamba hadapi. Sungguh, hamba takut kehilangan sinarMu. Hamba takut gelap dalam jalan yang hamba pilih. Keadaan yang malap menyebabkan penglihatan hamba kabur daripada melihat kebenaran ataupun kesalahan. Hanya Engkau yang tahu mengapa dikirmnya semua ini. Kerana itu hamba tidak gentar menghadapinya walaupun terasa perit sentiasa. Kerana Engkau sentiasa mengetahui hal-hal yang tidak kami ketahui suatu hari nanti.




Ya Allah Ya Waduud.

Kehadiran ujian itu bagaikan sesuatu yang tidak hamba jangkakan. Usia hamba yang sentiasa meningkat. Tapi benarkah ia akan hilang juga? Tapi, bilakah masanya benda itu bakal hilang buat selama-lamanya? Benda yang sentiasa menikam dada serta pemikiran hamba. =’( Hamba sangat menantikan kebahagiaan datang. Hamba mahu kebahagiaan, Ya Allah. Kebahagiaan. =’(




Ya Allah Ya Rabb.

Sebelum ini, Hamba dapat lihat. Hamba lihat dengan jelas, setiap dugaan yang hamba terima, pasti akhirnya kebahagiaan itu hamba kecapi. Ada yang tinggi nilainya ada juga yangrendah harganya. Tetapi, itu bukan yang hamba fikirkan. Kebahagiaan sama ada tinggi ataupun rendah harganya tetap sama sahaja. Itu adalah kebahagiaan yang telah Engkau tulis di Luh Mahfuz untuk mengirimkan hamba khabar yang gembira setelah ujian yang Engkau turunkan. Hamba sangat bersyukur. Tetapi, hamba lupa. Ujian itu tidak akan berhenti selagi hamba tidak cuba menghapuskan ia. Kerana ia akan sentiasa bermaharajalela di dalam hati, perasaan, jiwa , pemikiran hamba. Ia akan sentiasa datang!! Saat ia datang, sukar untuk diusir. =’( Ujian yang sama tetapi berbeza cara yang diterima. Itulah ia.




Ya Allah Ya Alim.

Disaat hamba lemah., hamba minta kekuatan dariMu. Mungkin dahulu hamba buta. Hamba sering minta kekuatan dariMu tapi Engkau tidak pernah mengabulkannya. Tetapi, disaat difikirkan kembali. Hamba tahu, Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui. Engkau berikan hamba ujian yang bertubi-tubi kerana ingin menguatkan diri hamba. Itu adalah permintaanku sendiri. Dan baru hamba tahu, Engkau tidak semestinya memberi hadiah yang hamba pinta tetapi Engkau memberi hadiah yang diluar jangkaan hamba. Tetapi Engkau mengabulkannya dengan cara yang lain. Tanpa hamba sedari. Butanya Hamba! =’(




Ya Allah Ya Karim.

Engkau yang memegang semangat hamba, kekuatan hamba. Engkau yang berhakmemiliki seluruh jiwa dan raga hamba. Engkau yang mencipta kebaikan di sebalik keburukan hamba. Engkau yang mencipta kebahagiaan disebalik kesedihan hamba. Engkau yang lebih mengenali siapa diri hamba sebenarnya melebihi diri hamba sendiri. Engkau yang lebih mengetahui jalan tuju hamba. Dan akhirnya , Engkau yang mengetahui apa yang terbaik untuk hamba, Ya Ali! Hamba bersyukur. Cinta hamba terhadapMu tidak mampu diganti oleh sesiapapun di dunia ini =’( Kerana Engkau lebih memahami hamba. Bagaimana sanggup hamba tinggalkan sesuatu yang sangat bernilaidalam hidup hamba. Iaitu Tuhan hamba sendiri. Hamba sentiasa mengaharapkanMu, Ya Aziz =’( Selalu dan selamanya.

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...