UNDER CONSTRUCTION !

Sunday, January 23, 2011

Keadaan semakin berubah, Farihah

First of all, fairy tegaskan post ini hanya untuk diri-sendiri.

penyesalan yang tidak sudah kembali menjenguk jendela jiwa.

Tapi, jika anda mahu membacanya, tiada yang mampu menghalang hasrat itu.

Cume, Fairy tadahkan tangan meminta kemaafan pada semua.

maafkanlah saya yang khilaf ini ='(

بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Rabbi Ya Aziz.

Hamba mengangkat takbir saat mahu bersolat mmujiMu dengan kalimah الله أكبر.

Hamba bersujud menghadapMu saat hamba sedang bersolat dengan kalimah سبحان الله و الحمد الله.

Hamba mendah tangan memohon keampunanMu setelah bersolat dengan kalimah أستغفر الله.

[ bagi sujud ; fairy shortform. Namun dalam kalimah ada menyebut subhanarrabbi dan bihamdih yang membawa maksud yang sama, subhannallah dan alhamdulillah :) ]

---------------------------

[Luahan hati kepada diri]

Kepada Cik Farihah Amirah binti Ahmad Faiz

[saya , sendiri]

Sila bangun dan sedar kembali. Singgahlah pintu kasih sayang. Pintu kebahagiaan. Pintu ksedihan.

Janganlah lupa akan tentang semua yang pernah berlaku selama ini.

Kau simpanlah. Lalu, kau akan kecundang.

Kau lemparkanlah. Lalu, kau akan berjaya.

Pintu penyealan tidak akan tertutup jika benar kau mahukan.

Jangan jadikan ini sebagai satu kesinambungan kepada kisah hidupkau.

Akan tetapi, ksebagai pengajaran merasai sakitnya keperitan hidup jika mendapat murkaNya.

apa yang kau mahukan di dunia ini, Farihah?

Tidak cukupkah selama ini sehingga kau sanggup mengkhianati dirimu sendiri.

Kau cuba mengetuk pintu-pintu yang hanya akan memberi sakit buatmu.

apa itu yang kau namakan sebagai kebahagiaan? Kesoronokan?

Itu tidak kekal, sahabtku.

Malah ia akan menjadi mimpi ngeri yang tidak mungkin cukup sekadar air mata penyesalan.

Jangan cuba kau pergi ataupun melangkah masuk.

Kerana, aku tidak sanggup menerimanya sebaliknya dirimu.

Hatiku merintih kata tidak, namun, langkahmu diatur pergi.

Otakmu berkehendak.

Apa yang perlu aku lakukan bagi mencegahmu??

Aku tahu jikalau Engkau merasa sakitnya 'ia', aku juga turut menangis merasainya.

kerana engkau adalah aku!!

Sakitmu adalah sakitku.

--------------------------------

Ya Allah,

Hamba insaf tatkala membaca kembali kata-kata itu.

Hamba menangis tatkala membaca kembali rintihan hatiku.

Kerana hatiku berbeza sekali dengan diriku sendiri.

Hamba ingat kata-kata itu, Ya Rabbi.

Dan hamba pegang bara janji hamba. Jika hamba lepaskan ia, maka termasuklah hamba dalam golongan yang Fasik.

Biarlah bara itu menyemarakkan api dalam hatiku keranaMu.

Namun, jangan sekali cuba lupa akan janji itu.

Kerana itulah hadiahku buatMu, Ya Illahi ='(

Hamba ingin mengenaliMu dengan dekat.

agar pohon yang sebelumnya luruh berbuah menjadi Buah Cinta antara diriku kepadaMu.

Hamba ingin pohon itu melindungi hatiku daripada teriknya mentari duniawi.

Sampai akhir nafasku,

hatiku tetap kujaga rapi.

Kerana hatiku yang mengajarku semua perasaan manusia.

Tanpanya, hamba hanyalah manusia yang tiada perasaan.

Maafkan hamba, Ya Ghafur ='(

Hamba tidak terkecuali dalam menipu diri hamba sendiri.

Hamba menolak semua yang benar bagi menyejukkan diri.

Tapi, lupa akan hati.

Hati tidak pernah membohongi.

Tapi, hamba yang membohongi diri sendiri.

Kesilapan itu menyeksa hamba.

Namun,

hamba belajar dari kesilapan lalu.

membuka episod yang baru.

Membukukan kisah yang dahulu.

HasbiyallahHu Laa Ila ha Illa Hua A'laihit tawakkaltu wa huar rabbul a'rsyil a'zim :)

[Cukuplah bagiku Allah (Yang menolong dan memeliharaku) tiada Tuhan melainkan Dia, kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy Yang besar]

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...