UNDER CONSTRUCTION !

Friday, February 11, 2011

Sujudku hanya UntukMu , Ya Allah


الحمد الله الحمد الله الحمد الله الحمد الله الحمد الله الحمد الله

Ya Allah, Segala puji hanya untukMu. Selawat dan Salam keatas KekasihMu, Nabi Muhammad S.A.W. Bismillahirahmannirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Hamba merakamkan, merafa'kan kesyukuran hamba kepadaMu, Ya Rabb. Hamba bersyukur atas setiap anugerahMu yang telah Engkau kirimkan kepada Hamba. Kau kuatkan hamba dengan kekuatanMu. Di atas izinMu, semua terjadi. Atas izinMu, Ya Waduud. Atas izinMu. Tiada lafaz yang mampu hamba katakan selain ; الحمد الله.

Sungguh hamba katakan, hal itu sangat menguatkan diri hamba. Melepaskan segala beban yang mendiami diri hamba. Kau kirimkan hamba khabar yang setelah lama hamba tunggu. Dan hari ni, kau makbulkan. Hamba mohon, meskipun berlaku penghijaban doa' hamba kerana dosa3x yang hamba lakukan, jika ia baik untuk hamba, agama hamba, dunia hamba, masa hadapan hamba, kirimkanlah, Ya Rahim. Hanya Egkau yang mengetahui segala yang nyata mahupun yang tersembunyi.

Segala kepunyaan hamba adalah milikMu, sebegitu juga dengan kebahagiaan hamba yang telah kau ciptakan bagi menyembuhkan setiap titik kesedihan selama ini. Hamba sedar, setiap tangisan yang hamba lepaskan selama ni tidak pernah melepaskan segala-galanya. Malah, disaat hamba melaksanakan tanggungjawab hamba, berdoa' kepadaMu, itulah pilihan hamba bagi melepaskan segala kesedihan. Hamba tenteram. Hamba aman.

Sesungguhnya, Sujudku hanyalah UntukMu, Ya Allah Ya Aziz Ya Hakim.

--------------------------------

Kehidupan ini sentiasa berputar. Ada kalanya. Ada kalanya turun. Setiap yang berlaku, tidak akan pernah selamanya terjadi. Masalah pasti ada jalannya, hanya tunggu waktu. Allah itu Maha Mendengar. Dia sentiasa mengetahui segala yang berlaku.

Nasihat Fairy ialah, jikalau anda sedang bersedih,

lepaskan ia pergi. Namun, jika anda mahu menangis. menangislah! Tidak salah untuk kita menangis. Tetapi, ingat tangis itu aka berakhir dan digantikan dengan bunga kebahagiaan. Embun mata kita tidak mungkin berhenti, sungguh, itu sudah pasti. Tapi, Ingatlah,

kebahagiaan akan datang setelah kita (manusia) berpenat lelah berjuang untuk menepis kesedihan. :)

Ya Allah,

hamba tidak mahu bongkak menerima kebahagiaan.

Kerana hamba kegembiraan ini pasti akan berakhir kelak,

digantikan dengan kesedihan.,

Namun,

Hamba tidak akan pernah lupa,

dikala susah mahupun senang,

Kerana Engkau segalanya Bagiku, Ya Allah :')

p/s : Subhannallah. Tidak Fairy sangkakan :)

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...