UNDER CONSTRUCTION !

Monday, April 18, 2011

Amal Ibadah 1 : Solat, Whudu'




Assalammualaikum, kawan3x. Alhamdulillah, hari ni, fairy jumpa tajuk yang sesuai untuk dipostkan :) Tajuk dia ialah : ‘Solat dan Whudu’ . Hah.. Korang.. Jangan ambil remeh perkara yang ingin Fairy sampaikan. Jangan ambil remeh-temeh! Hal ini kerana solat an whudu mempengaruhi amal ibadah kita. [ayat seterusnya ni TERLALU KEJAM. Sapa tak sanggup, teruskan skip ke perenggan yang seterusnya] *Mungkinlah bagi orang yang tidak terlalu mengambil berat tentang amal ibadah tidak akan memberi sebarang kesan kepadanya* Moga kita tidak tergolong dalam golongan sedemikian. Ittaqullah :)


Hehe? Korang baca ke? Alhamdulillah jika anda tidak terasa akan kata-kata Fairy :) Tahniah! Semoga Anda mendapat Rahmat Allah kelak di Akhirat, InsyaAllah. Tapi, bagi sesiapa yang tidak dapat mengawal mata anda dari membaca serta anda terasa akan kata-kata Fairy tadi, Fairy minta maaf. [orang dah kata jangan baca, nak baca jugak. Dah kata AYAT PEDAS tu. -.-] haha. Takpelah. Harap, pembaca-pembaca blog ; fairy-ins.blogspot.com merupakan hamba Allah yang diredhoi serta menitik beratkan amal ibadah terhadap-Nya :) Aamin. Fairy galakkan anda semua membaca , sebenarnya agar hati kita makin diterangi Nur-Nya. Sekurang-kurangnya, kita mendapat pahal bersama-sama kan ? ^-^


Fairy amat tertarik dengan hadis ini :
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda : “Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya.” [riwayat Abu Daud dan Al-Tarmizi]


*

* Hamba yang dimaksudkan di sini ialah orang Muslim , ya ? Yakni kitalah. :)
Fairy jadi teringat akan kata-kata Ustaz Akhwan Afandi waktu member ceramah di SMART untuk form 3 dan 5 ;


‘biar tinggal bas, jangan tinggal solat’


Nampak? Betapa solat itu penting dalam membina tembok agama kita. Tiang agama kita. Yalah, fairy faham. Kita boleh tengok di dunia ni. O.o Dunia? Alah. Dekat sekeliling pon probably ada. Masayarat kita besar. Sekarang ni, orang-orang yang lalai dalam melaksanakan solat semuanya jenis macam dok relax je kan? Macam tak takut dose. Yang jenis sayang akan solat, [andai kata jika..,] terlepas waktu mungkin sebab tertidur, ada yang sampai terburu-buru, menangis, ada sampai merajuk ngan parents.


‘Lol. Mok ni. Bakpe tak kejutkan orang. Tengok. Dah Maghrib dah ni. Orang tak solat Asar lagi ni.’ <- Rekaan semata-mata. Jangan sesekali cuba cakap ngan ibu kita begini. Tak pasal3x dapat backhand ^-^


Nak dibandingkan solat pada waktu zaman ni, dengan zaman dahulu., Subhannallah! Banyak bezanya. Fairy xingatlah siapa. Ada seorang hamba Allah ni, dia seorang yang sangat khusyu dalam menunaikan solat. Buatlah apa-apa sekalipun ketika dia sedang solat, memang dia tak kan dengar. Sebab, hati dia adalah 100% milik Allah tika itu. Dan suatu hari, fairy xingatlah macam mana. Kakinya terkena panah. Dia macam terkejut lah. Dia kesakitan. N then, orang di sekelilingnya cuba cabut, tapi dia kata pedih. Dia tak sanggup. Lepastu, salah seorang yang ada di situ kata :
“Apa kata suruh *…..* [nama] solat. Bukankah dia sangat khusyu’ ketika bersolat. Ketika itu, kita cabut panahan ini.”
“Ada betulnya juga.” Kata temannya yang lain. Lalu, hamba Allah itupun menunaikan solat. Dan ternyata, panahan yang ada di kakinya yang tadi dia kata sakit tu, mudah ditarik dan tidak diarasakAn LANGSUNG oleh Hamba Allah itu sehinggalah dia selesai solat :
“Kakiku.”
“Kami sudah mencabut panahan itu dari kakimu, wahai *…..* [nama]”
Amacam? Hebat taaak? Nak dibandingkan dengan kita? Jauhkan beza. Itu part lain dah. Khusyukan dalam solat/. Nanti, bila-bila masa kita bincang pasal khusyu dalam solat ye ? :)


Ok. Hadis seterusnya :
Daripada Abu hurairah r.a., Nabi SAW bersabda : “sesungguhnya umatku datang pada hari kiamat dalam keadaaan bersinat-sinar daripada kesan whuduk. Sesiapa yang berupaya untuk melebihkan basuhan wuduknya, maka lakukanlah. [riwayat al-bukhari dan Muslim]


Satu lagi :
Daripada Uqbah bin Amir r.a., Nabi SAW bersabda : “Tidakkah seorang Muslim yang berwhudu’ degan cara yang baik, lalu mendirikan solat dua rakaat sambil melakukan kedua-kedua perbuatan ini dengan hati yang khusyu’ dan perwatakan merendah diri; melainkan wajib baginya Syurga. [riwayat Muslim]


Tlong, highlight dekat tempat SYURGA tu. MasyaAllah. Readers, sekarang bagaimana? Nampak kan, senangnya untuk memperoleh pahala itu. Tak mudah. Anda hanya mengambil masa ; katakanlah satu solat dikira 5 minit. 5X5 = 25. Hanya memerlukan 25 minit untuk melakukan solat dalam satu hari yang merangkumi 24 jam! 25 minit sahaja?? Melampaulah kalau korang kata banyak tu -.-‘’ [maaf! Ayat fairy kejam.] Sedangkan, korang boleh buka internet, berfesbuk, bertwitter, dan segala ber lagi laah. Alah, baca blog fairy ni pun apalah sangat. Estimate time dalam 3minit je. So, apa salahnya, kita gunakan waktu kita ni [walaupun terasa berlalu sangat cepat ; tanda kiamat] untuk mengisi amal ibadah kita yang kosong tu :)


Readers, Jom! Kita tadah tangan. Mari, kita berdoa’ bersama-sama. Kita memohon kebaikan di dunia dan di akhirat. Beserta kesilapan kita yang lalu diampunkan olehnya. InsyaAllah. Tadah tangan semua ^-^


Bismillahirahmannirrahim.
Wahai Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui,
Kami serahkan jiwa, raga, hidup dan mati kami hanyalah untukMu., Tuhan Yang Agung Dan Esa.
Kami menadahkan tangan kami yang hina ini menghadap-Mu,
Yang mencipta kerosakan di bumi ini,
Yang menyebabkan kemurkaanMu terhadap kami,
Kami Memohon ampunanMu. Memohon taubat dariMu. Memohon kemaafanMu, Wahai Tuhan Yang Maha Pengampun.


Ampunkan keslaahan kami, ya Ghafuur,
Yang lalai dalam mendirikan tiang agama kami,
Yang lalai dari mengingati-Mu, yang ingkar melaksanakan perintah-Mu, yang gagal menjadi hamba yang taat akan-Mu. Ampuni kami, Ya Rabb.
Kami insaf atas segala kesilapan kami. Kami lena dibuai mimpi duniawi sehingga leka dari mengingati sesuatu yang pasti dan kekal abadi.


Wahai Allah,
Bukakanlah pintu taubat kepada Kami, bukakanlah pintu taubat kepada kami seluas-luasnya,
Agar kami mampu meraih ampunan-Mu serta memperbiki diri kami menjadi yang lebih baik atas Izin-Mu, Ya Illahi.


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.
Berikanlah kami Nur-Mu, agar kami sentiasa kuat dalam melaksanakan amar ma’ruf wa nahi munkar. Agar kami kekal dalam ladasan menuju redho-Mu, menuju SyurgaMu dan menuju KasihMu, Wahai Allah.
Berikanlah kami petunjukMu, agar kami tidak sesat dari jalan yang teah Engkau tunjukkan.
Agar kami tidak berpaling dari ajaranMu.
Jangan Egkau pesongkan hati-hati kami, Ya Allah. Jangan Engkau pesongkan hati-hati kami setelah Engkau memberikan kami hidayahMu. Sesungguhnya, Engkau Maha memberi Petunjuk.
Terimalah amalan kami. Terimalah doa’ kami dalam membina insan yang sentiasa mengingatiMu. Mengingati suruhanMu.


Wahai Tuhan Yang Maha Melihat,
Telah Nyata di hadapan mata kami, manusia yang tidak lagi melaksanakan ma’ruf, bukakanlah pintu hati mereka/kami, Ya Allah.
Bukakanlah pintu taubatMu untuk mereka/kami jika masih ada ruang untuk mereka/kami berubah. Jangan sehingga pintuMu telah tertutup baru terbit rasa penyesalan di hati mereka/kami. Sesungguhnya, kami tidak mahu terlewat dan kami tidak mahu juga mereka terlewat.
Ya Allah, hiasilah diri kami dengan perhiasan Iman, Taqwa, Kekuatan, Kesabaran.
Perbekalkanlah kami perlindunganMu yang memelihara kami dari air tangan manusia yang kotor.
Lindungilah kami daripada melakukan perkara-perkara yang membawa murka-Mu.
Jagalah kami daripada hasurtan, bisikan Syaitan yang menyebabkan timbangan dosa kami semakin berat.
Engkau Maha Memelihara, Ya Allah.


Ya A’limul Hakim,
Jangan Engkau meninggalkan kami. Jangan Engkau jauh dari kami.
Kami memerlukanMu di sisi kami.
Semangat kami, kekuatan kami, kesabaran kami, cinta kami.,
Hanya dari Engkau kami memperlohi kebahagiaan. HakMu Wahai Allah.
Kami merintih, merayu,
Agar kami memperoleh pertolonganMu di akhirat kelak.
Kami mahu berada ddalam kalangan Para Solehin, Shuhada’, Nabi, Rasul dan kekasihmu, Rasulullah.
Kami merindui hidup bersama orang yang Hebat seperti mereka.
Kami merindui kekasihMu, Ya Malik. Kami merindui penghulu kami.


Rabbana Aatina Fiddunia hasanah. Wa Fil akhiratil hasanah, wakina a’zabbannar. Wasallahu alaihi Muhammad waa’la wasohbihi wasallam. Walhamdulillah hirabbil a’lamin.
Taqaballahuminkum.
[minna wa minkum taqabbal ya karim]


Semoga kita memperoleh ihsan-Nya =’)
InsyaAllah.







p/s : Alhamdulillah :’)
p/p/s : kenapa tetibe rasa begini ni. Subhannallah. Elakkanlah daripada kemudaratan.

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...