UNDER CONSTRUCTION !

Tuesday, April 12, 2011

Bagi Fairy :')


Sebagai manusia biasa, kita sebagai hamba tidak pernah terlepas daripada menempuh ujian yang pelbagai. ada dari segi mental. ada dari segi fizikal. ada segi emosi. dan pelbagai cara lagi. tidak kira lah dari kiri, kanan, atas mahupun bawah. dia setiap sudut, ujian mampu mendatang. Namun, manusia juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan sehingga ada yang bertindak mengambil inisiatif yang dianggap mudah dan mungkin bagi mereka berbaloi yakni MEMBUNUH DIRI.

1. Bagi Fairy, Dunia memang penuh dengan pencaroba. sangat penuh. Sehingga kita terasa sesak untuk bernafas oleh kerana ujian yang datang itu menyebabkan kita menangis tidak berhenti mengenangkannya. eleh :p jangan tipulah kata , TIDAK. Sebab, Fairy pernah laluinya. Apabila kita menangis, teruskan menangis. jangan berhent selagi kita tidak merasa lega. Kerana tangisan yang disimpan, lama-lama akan terbongkar jua. bak kata 'Farihah Amirah' : "MATA BOCOR" kerana terlalu banyak menampung air >.< hahaha.

2. Bagi Fairy, menangis bukan tanda kelemahan. Tiada salahnya menangis, bukan? eh, ada ke Allah mengatakan menangis itu satu penghinaan bagi kamu? adakah Allah mengatakan menangis itu tanda kelemahan bagi seseorang muslim? TIDAK. Jadi, mengapa kita perlu menyimpan tangisan itu. Biarkan ia pergi, dengan harapan, InsyaAllah, kita akan melalui fasa kegembiraan untuk kemudian hari. InsyaAllah. :) Kawan-kawan, di dalam dunia apapun mampu terjadi. Kerana Allah tidak bersifat mustahil.

3. Bagi Fairy, ujian satu anugerah. Rasulullah SAW bersabda "Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya dia akan mengujinya dengan kesusahan." (Riwayat Al-Bukhari) Memberku sekalian, cinta Allah berbeza dengan cinta manusia. kalau cinta manusia, kalau boleh nak tengok si kekasih hati tu gembira sokmo. kalau boleh nak je tengok si kekasih hati senyum selalu. alah ;

'your sadness are mine. your happiness are mine. your lives are mine. What yours are mine'

semuanya 'mine' la. Tapi Allah? :) Cinta Allah bermula dengan pemberian Ujian. Bersyukur, kita masih diberi ujian olehNya, kerana itu tanda cintaNya terhadap kita. Namun, adakah kita juga mencintaiNya. Sama-sama bermuhasabah diri. Alahai, senang kata. Korang ni suka kat sorang hamba Allah. Katakanlah nama dia A. Korang, mesti nak uji dulu sama ada A tu sabar atau tidak dngan korang. Dia setia atau tidak. Apabila dia sedih atau gembira, dia ingat atau tidak kat korang. Ibarat begitulah. Tetapi, jangan samakan cinta Allah dengan cinta Manusia. jelas berbeza.

4. Bagi Fairy, ujian pasti berakhir :) alah. ni bukan bagi Fairy saHAJA. Namun, bagi semua :) Ingat, walau seperit manapun, ujian yang kita terima akan berhenti kelak. cuma, sifat kesabaran perlu kita terapkan dalam diri. Mungkin memakan masa yang lama. eh, eh.. Ingat, cinta Allah bagaimana. dia mahu menguji. :) Jangan patah semangat. Usah keliru. Allah Maha Memberi Petunjuk. :)

Baiklah. sini sahaja, k ^.^ dah malam. Assalammualaikum.



p/s : kuatkan hamba , Ya Allah :')
p/p/s : Hamba bersyukur atas segala-galanya. Sangat memberi motivasi kepada hamba. Kerana itu, hamba mahu berkongsi apa yang telah Engkau kirimkan buat hamba :')

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...