UNDER CONSTRUCTION !

Monday, April 25, 2011

Eh..., awak ='(


sebenarnya apa dah jadi antara saya dengan awak, ya? saya rasa kehilangan sangat bila awak tiada dengan saya. saya rasa rindu. Saya harap kita macam dulu, sahaja. Tapi, entahlah, ada kalanya, saya perlu akui, banyak dugaan yang datang pada saya bila saya nak cakap kat awak tentang perasaan saya yang hampir awak sakiti. Bagi saya, awaklah teman yang paling terbaik, dunia dan akhirat. Meski, awak tidak tahu itu! Saya sayang awak, awak!
Kenangan kita, saya simpa rapi. Saya tidak pernah biar sesiapa pun cuba untuk membuka pintu tersebut. Kerana pintu itu terlalu istimewa untuk sahabat seperti awak. awaklah sahabat saya, pendengar setia saya, kekuatan saya untuk bangkit kembali menerima ujian duniawi Yang telah ditentukan Illahi.
Jujur, awak. Saya tidak terlepas daripada menahan hati saya untuk berkata :
-.-'' ah.. lupekan.
walau cuba saya nafikan kenyataan itu. saya lihat awak dengan pelbagai jenis orang di sekeliling, saya senyap, namun hati saya memberontak, ingin awak di sisi saya selalu, mendorong saya, nasihati saya. seperti DULU! ='( Ya Allah, hamba yakin, Engkau tidak akan pernah mensia-siakan doa hamba. Hamba memerlukan dia di samping hamba. Untuk setiap langkah hamba menujuMu.
saya rindu perangai awak yang pernah buat saya tenteram. awaklah, satu-satunya teman yang mampu buat saya tersenyum sepanjang masa apabila saya melihat awak. [perghhh! ayat, macam orang bcinta! Ahh ='( Tengoh emoo ni!] saya harap saya dapat putarkan waktu, namun, saya tak mampu. aya tidak punya kuasa untuk melakukan sesuatu yang dimana Hanya Allah sahaja mampu. Saya nak kata kat awak :
"Saya sayang awak dengan sepenuh hati saya. hanya awak yang saya sayangi. Hanya awak yang mampu berikan kebahagiaan apabila orang disekeliling saya menyakiti saya. Hanya awak yang mendorong saya untuk bertindak bijak, sedang orang di sekeliling saya memperbodohkan saya. Hanya Awak yang mampu memberikan kekuatan pada saya, sedang semua orang di sekeliling saya melemahkan semangat saya!" Itulah, awak.. awak, yang saya sayang.
Sahabat sejati saya.
kebelakangan ni, saya terlalu mengikut perasaan saya, kan? awak nampak saya, umpama sayalah orang yang paling awak benci di dunia ni. Yalah, saya tiada apa-apa makna pun sebenarnya kan pd awak. awak dah ada dia :) hehe ^-^ saya ikhlas. sbb itulah yang perlu saya terima. Allah dah tetapkan bahawa dugaan saya melalui cara ini. Saya perlulah terima. Saya yakin, Allah merancang sesuatu yang lebih baik dari apa yang saya duga. saya sangat takut, walhal. Takut kehilangan awak. Takut saya tiada waktu bersama awak. takut saya tidak dapat mencipta waktu yang berkualiti antara kita berdua. Walaupun saya harap begitu, niat saya adalah kerana saya sayang awak.. saya syang awak lebih dari diri saya. bagaimana, saya tidak menyayangi awak, sedangkan awaklah mata kepada saya melihat kebenaran.
Awak, orang mungkin tergelak bila baca ni, atau mungkin awak [kalau awak baca, tapi, saya rasa awak x baca. sebab awak busy. Rumah awak ada internet ke? saya xpasti. Curi3x sudah >.<] :
"Bagi saya, awaklah cermin mata saya."
Saya ialah manusia yang apabila tidak memakai cermin mata, saya rabun yang ama sangat. saya tidak dapat melihat dengan jelas meski benda itu jaraknya hanyalah sekadar 30 cm, maybe. sekadar, anggaran. Tapa cermin mata, bagaimana mampu saya lihat dunia yang serba indah ini. bagaimana mampu saya lihat jalan di hadapan saya dengan jelas? BAGAIMANA, WAAAK! BAGAIMANA! Korang mungkin tergelak, namun ini kenyataannya.
Eh.., awak. biarlah orang kata, awak dah berubah. tapi, wak. hati saya xpernah berubah melihat awak. awak masih yang sama je ^-^ hehehe.
p/s : dah3x la tu nak ber'jiwang'.. nak muntah bile gua baca balik.. apa ni, kata rocker!! >.<

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...