UNDER CONSTRUCTION !

Thursday, April 21, 2011

SAHABAT, mengertilah..




Subhannallah.. Apa yang dikatakan dengan sahabat/teman/kawan/member/al-zumala'/friend ?? Hem.. banyak kan? Sahabatlah tempat kita mengadu kasih. sahabat antara orang yang paling rapat dan blablabla. Tapi, hari ni, Fairy tidak mahu bercerita mengenai efinisi, kerana ia sedikit membosankan -.-'' huhu. Tapi, Fairy mahu menasihati sesuatu yang berkait dengan sahabat.. SAHABAT, MENGERTILAH!


Wahai sahabtku sekalian,
Jika disebut sahaja perkataan sahabat, adakah anda membayangkan sahabat anda ketika ini? Dan difikirkan kembali, adakah anda seorang sahabat yang memahami hati dan perasaan sahabat anda yang lain? bukan maksud Fairy di sini ingin menjatuhkan maruah sesiapa, tetapi, ini adalah soalan normal. Adakah anda? Sahabatku, mengertilah. bahawa sesungguhnya, Allah menganugerahkan tiap3x orang di muka bumi ini dengan kehadiran TEMAN. Dan, Teman yang sjati, TIDAK MUDAH DITEMUI. Hanya orang yang terpilih mampu memilikinya..


"The more love you give,
The more love you will receive."


Penah dengar kata3x tu? Fairy bet , mesti penah kan :) Itu, perkara biasa. But di sini, tajuk Fairy yang sebenarnya ialah membabitkan dengan 'keyakinan.. kefahaman' terhadap sahabat masing-masing. Tidak dinafikan, Fairy pernah melalui 'kesalahfahaman' dengan teman Fairy. Namun, Fairy sebagai seorang rakan, Fairy akhirnya mengalah. Tak kesahla sama ada dia yang lakukan dahulu, fairy tetap akan minta maaf pada mereka jika fairy terlalu emosi dalam hubungan ini. Namun, jika Fairy yang salah, mmg CONFEM lah Fairy minta maaf.


Setiap perhubungan, pasti ada masam dan manisnya. Tipulah jika tiada , kan :P Bak kata P.Ramlee dalam citer 3abdul, kan? Yang waktu dia dan isterinya kat kandang lembu tu, sambil menyanyi :


"Sedangkan lidah lagi tergigit. apa pla, suami isteri." <- suami isteri membabitkan perhubungan kan? begitu juga dengan rakan yang mempunyai hubungan yang kekal. TIADA ISTILAH BERPISAH! Ingat tuuu!


Adakah kita sedar atau tidak, sebenarnya hak sbagai seorang teman ada BATAS. Kita tiada hak untuk mempunyai sifat cemburu terhadap sahabat. Kerana apa? Sahabat adalah untuk semua. [alamak aii. Fairy pon penah gook jeles ='( sedih bile ingat. menangis je bila datang skolah. haish. itu, lupakan!] Namun, kita, kene ingat. apapun yang berlaku, sahabat TIADA ISTILAH BERPISAH! Tolong set dalam minda anda , ITU!


Seperkara lagi,
Sahabat bukan untuk dikongkong. Fahami sahabat tidak sukar. Namun, bagaimana ingin menjadi sahabat yang baik? Itu, nanti Fairy jelaskan lagi. Sama-sama kita tunggu. Dan sekarang ni, bagaimana kita mahu mengelakkan rasa iri hati itu? Fairy ada sedikit tip. Bukan tip dari Fairy ya? Ini ialah petkara umum.


1. Kenali sahabat dengan lebih rapat.
Huraiannya di sini ialah, sewaktu kita mengenalinya secara dekat, pasti kita tahu apa yang dia suka, apa yang tidak, bukan? Jika sedemikian, elakkan daripada melakukan perkara-perkara yang tidak memuaskan hatinya. sebagai seorang sahabat, KITA TIDAK BOLEH IKUT MOOD! <- HIGHLIGHT tu! Ikut hati mati, ikut rasa , binasa! Jangan terlalu emosi. lama-kelamaan, takut, sahabat tidak mampu tahan dengan anda.


2. Elakkan dari su'zon [berfikiran buruk]
Maknanya di sini, jika anda merasakan anda betul, sahabat anda salah, MAKA , tolong tolakkan rasa BENAR anda tu. Bukan kerana apa, certain3x problems, we need to know, manusia dia hanya akan lihat kebenaran diri, kesalahn orang dicari. Lalu, elakkan! Jangan lakukannya.


3. Orang ketiga memainkan peranan.
andai kata, anda dengan sahabat anda bertengkar. dan, pati, anda tidak mungkin keseorangan bukan? masih ramai lagi sahabat. Dan, Fairy minta, jika ada sahabat kita yang sedang bertengkar, kita perlu memainkan peranan kita. ya! andalah orang yang bertuah untuk menyatukan mereka kembali. tahu atau tidak, orang ke3 yang membantu orang yang sedang berbalah itu dianggap SEDEKAH! Subhannallah. Namun, begitu, JANGAN BERAT SEBELAH. lakukan keadilan yang akhirnya akan membawa keinsafan kepada mereka. :) InsyaAllah, Barakallahulakum!


4. Memohon daripada Allah.
Jika masih ragu-ragu, sebaiknya, Allah adalah pilihan kita. Sesungguhnya, Allah boleh dianggap sebagai PENDENGAR YANG PALING MEMAHAMI ISI HATI ANDA dan PALING SEJATI! Hak ini, kekal abadi. :) InsyaAllah. Sesungguhnya, Allah itu tidak pekak. Allah MAHA MENDENGAR! Maka, bermohonlah padanya untuk menemui seorang sahabat yang mampu mengerti anda :) InsyaAllah.

Maka, Para sahabatku,
mengertilah :)

Kita bersama-sama memperbaiki diri ke arah jalan-Nya. Aamin, ya Rabb. :')



p/s : saya mendoakan yang terbaik, untukmu sahabat. :)

1 comment:

  1. sahabat juga harus saling memberi dan menerima... sy selalu berharap dipertemukan dengan sahabat yang sebegitu... sehingga kini, ada yang seperti yang diharapkan... dan ada juga yang... hmm... ntah la... redha je la... bak kata arwah kawan... "kenalan itu ramai... tetapi sahabat, memang sukar ditemui atau dicari ganti..."

    nice to know you dear... <3

    ReplyDelete

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...