UNDER CONSTRUCTION !

Wednesday, April 13, 2011

Surah Al-Fatihah




Tadi, waktu kelab KKQ, kami [ahli KKQ] ada buat BANCI! >.< LOL! Bukan Banci penduduk tetapi, Banci untuk pelajar3x yang mengambil kuiz ketika Karnival Bahasa dan Kemanusiaan tempoh hari. Kuiz nya ialah susun atur terjemahan Surah Al-fatihah. Kami menganalisis semua!

Dan, alhamdulillah, daripada 351 [kalau xsilap], 230 daripadanya betul semua. Fairy ucapkan tahniah kerana Anda memahami maksud Surah Al-Fatihah. Manakala, selebihnya? Eh, janganlah cakap ;

"Saya xbelajar arab. so, how do I know."

boleh tak Fairy nak golongkan orang3x yang berkata ayat ini [jika ada] sebagai orang yang 'JAHIL' ? -.-''

Lagipun, tadi, untuk semua yang dapat betul, ada juga yang bukan kelas arab. namun, yang mengejutkan ADA JUGE PELAJAR ARAB YANG GAGAL MENDAPAT MARKAH PENUH. Bukan Fairy mahu memperkecilkan sesiapa, Jumpa, perlu kita ketahui, Memahami surah yang kita baca apabila solat mampu memberikan kita kehusyukan dalam solat. Namun, jika tiada khusyu? Dimana letaknya rasa rendah diri kita ketika Menyembah Allah? Ibarat Burung Kakak Tua yang pandai meniru percakapan, namun , maksudnya? Tidak kita ketahui.

Subhannallah. Surah Al-fatihah sangat pendek, memberku. Sekurang-kurangnya cuba kita fahami. Maksudnya begitu mendalam. Jika bukan kita yang mahu bangunkan agama kita, lalu, siapa lagi? siapa lagi yang mahu mempertahankan agama, jika Surah Al-Fatihah ini sahaja tidak lepas lagi ujiannya?

Fairy musykil. Lalu, selama ini, apabila bersolat, makna apakah yang berlegar dalam minda mereka? Barangkali, mereka hanya membaca sahaja namun tidak cuba memahami isi yang penuh makna dalam Surah Al-Fatihah. ='( Subhannallah. Ampuni kami, Ya Ghafuur, jika Kami tergolong dalam golongan orang yang tidak cuba fahami kata-katamu. Izinkan kami, memperbaiki kelemahan kami. Berikan kami peluang untuk mengatasi semua ini..

Fairy sertakan, berita [metro] yang menyatakan ;

'pelajar tidak faham Al-Fatihah'


so, selepas anda bacanya? bagaimana? tidakkah kita rasa malu dengan apa yang terjadi ? Memberku, marilah kita bersama-sama cuba memahami isi kandungan Surah Al-Fatihah ini. Cubalah, dari sedikit demi sedikit. apatah lagi, apabila kita membaca Al-fatihah ini seumapam kita membaca 1/3 Al-Quran. Besarkan pahalanya? Jadi, apa salahnya kita memahami isi kandungannya. Janganlah baca kosong tanpa mengerti apa-apa. Ya, semua tu Allah yang menilai. Namun, kita sebagai manusia, perlu ingat-mengingati.



Fairy cuma sampaikan supaya kita cuba faham apa yang kita baca. Tidak mengambil masa yang lama untuk kita faham. Hanya sekadar 7 AYAT SAHAJA. adakah ia akan mengambil masa selama berejam-jam? TAK! 10 minit, fairy rasa cukup :)

Jadi, adakah kita masih tidak mengetahui maksud yang disampaikan Allah dalam surah Al-Fatihah ini? Jika begitu, mari, kita mencari terjemahannya. sebagai kemudahan, Fairy sudahun meletakkan satu video untuk terjemahan. InsyaAllah, boleh digunakan. Jadi, apa tunggu lagi? :) Lakukannya SEKARANG! :)

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...