UNDER CONSTRUCTION !

Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu, Kasihku.





Hidupnya penuh dengan ujian yang menyakitkan mataku untuk melihat. Sering terseksa dan disakiti. Katakanlah, siapa di dunia ini tidak pernah menyeksa dia? Dan diriku, sebagai anak, pernah meretakkan jiwanya. Dan kini, diriku bangkit untuk membahagiakan dia. Aku tidak mahu menambah beban di jiwanya. apatah lagi, orang di sekelilingnya cuba untuk membawa beribu keperitan dan hidup.




Andai aku punya hak untuk menentang *hamba Allah* itu, sudah lama aku lakukan. Andai aku mampu untuk membalas semua yang dia lakukan kepada kekasihku ini , sudah lama aku lakukan. namun, aku sedar, aku tersepit. dia ialah orang yang patut aku hormati. Dan, kenapa aku tidak diberi kelonggaran untuk menyatakan suaraku sendiri? apabila bersuara, pasti, air mata yang aku keluarkan. Niatku untuk membela kekasihku, menegakkan apa yang benar padaku, dan meluahkan apa yang bergelora dalam jiwaku.



aku juga merana kerana melihat Dia Merana. Hatiku juga terseksa melihat dia tersiksa.



Aku tidak mahu hidupnya dibanjiri oleh mana-mana manusia yang tidak kenal erti SYUKUR dengan apa-apa yang dimiliki. Da, sungguh, sangat aku benci akan manusia seperti itu. apa dia tahu, aku[!] ialah orang yang sukar memiliki apa yang dia miliki. DIA miliki DUA, sedang aku tidak punya SIAPA! aku bergelut dalam sesuatu yang dia rasa sangat BAHAGIA!



Dialah wanita yang kuat, bagiku. Ujilah dia dengan apa sekalipun, dia tetap berjaya menempuhnya dengan sabar.




"Ya Allah Ya Rahman,
hamba bukanlah seorang anak yang pandai memperlihatkan mamaku akan kasih sayangku padanya. Namun, tidak mampu hamba nafikan, hamba menyayangi dia. mana mungkin wujud perasaan benci di dalam jiwaku terhadap dia. Dialah wanita yang menjagaku ketika satu masa menyebabkan hamba hampir meragut nyawanya. menyebabkan dia rasa sakit ketika mahu membawaku melihat dunia.



Ya Allah Ya Waduud,
Kirimkanlah khabar yang gembira untuknya. Jika benar *hamba Allah* itu hanya mampu membawa tangis untuk dia, singkirkan *hamba Allah* itu. Meski *hamba Alah* itu merupakan seseorang yang perlu hamba sayangi. Sifat dia yang tidak kenal erti 'kebahagiaan sejati' menyebabkan mama dan seluruh keluargaku menderita. apa mudah pintu kemaafan itu untuk hamba buka? Pinta hamba kepadamu , agar memberikan hamba keluarga yang sakinah, mawaddah, wa rohmah. Hamba merindukan *hamba Allah* yang dulu. "


Di kesempatan ini, sempena hari ibu :




Mama,
Amira sayang akan mama. Selamat hari ibu. ampunkan salah silap amira sepanjang 15 tahun ini, ma :) Ma, amira support mama dari belakang. Keep strong. Allah will always by your side. Jangan mengalah. apatah lagi, mama kata bende ni hampir settle :) So, mama hanya perlu tunggu waktu dimana Allah akan kirimkan kita semua khabar yang gembira lalu membuka mata *hamba Allah* itu melihat kebenaran bahawa mama yang TERBAIK :)



Ujian ini memang patut kita terima :) memberi pelajaran kepada kita semua, kan, maaaa? :) Juga kepada ayah. ayah akan betukar menjadi yang lebih baik ^-^ aamin.










p/s : haha, gamba di atas tu pun ambil dari FB mama! sbb, baru saya sedar, gamba mama, XDE O.O LOL. Hinanya. Yang ada pun, tak menepati apa yang patut diletak.
p/p/s : Nama Mama saya Suzian ^-^ hahaha -.-''
p/p/p/s : selamat hari ibu kepada semua ibu di dunia.
p/p/p/p/s : To P.N.B.C.H, :') ....... .... ... awaklah ibu kepada .................NYA :')


No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...