UNDER CONSTRUCTION !

Tuesday, June 28, 2011

Hidup dalam kekeliruan.. Benarkah?







Adakah mudah hidup dalam kekeliruan? Subhannallah. Sangat sukar sekali. Hidup umpama tiada tuju hala, walhal, perkara itu nyata dihadapan mata. Masih lagi aku tercari-cari apa erti hidup. terkapai-kapai di tengah lautan, meminta pertolongan? apa guna lagi?


Lihat sendiri. Hidup dalam kekeliruan, sungguh menyukarkan. Minda yang sering bercelaru. Hati yang tidak mennentu. Mengubah jalan ceritaku.


Sedih, sakit, pedih..


Ingin aku bertanya pada Allah, apa tujuan hidupku di bumi ini? namun, aku hanyalah hamba! aku menjalankan tanggungjawabku padanya tanpa mengeluh. Itu arahannya! Perlu aku taat serta patuh padaNya. Dia segala-galanya. Penyelamat nyawaku. Pemberi rezeki kepadaku. Dan juga, tidak lupa, dia sering membawa bahagia kepadaku tanpa aku rasa bersyukur ketika itu.


kerana..., AKU KELIRU! aku berjalan di bumi ini, dengan langkah yang angkuh. Aku bernafas di bumi ini mengambil nikmatnya, tanpa rasa syukur! Aku menikmati bahagia yang dia beri, tanpa sedikitpun lafaz 'alhamdulillah' buatnya! Walaupun itu dulu, masih mmemberi kesan yang amat dalam di jiwaku.


Lalu, lihat sekali lagi. Aku keliru, mengapa aku masih diberi nyawa sedang aku telah menconteng dunia, dengan air tanganku sendiri? Beribu pertanyaan tanpa satu pun jawapan yang aku dapat.


Namun, Allah itu Maha Memberi. Dia Petunjukku. Dia tidak memberi dengan mata untuk dilihat dengan mudah. Tapi, dia memberi sesuatu yang memerlukan aku menggunkaan minda untuk berfikir. Rupanya, aku lihat, pelbagai hidayah sudah dia berikan. aku yang BUTA.!! aku buta daripada melihat apa yang telah dia beri!









----------------------------------------


cari hidup kita. Misi kita. tujuan kita yang sebenarnya? :'( heerm.. Tapi, dengar kata Fairy ini. Jika anda hidup dalam kekeliruan, pantas,m carilah perkara yang meragukanmu itu supaya kamu dapat mengatasinya. Percayalah.. Semoga Allah membantumu, sahabtku.






p/s : Ada kalanya, Fairy juga keliru. Keliru, atas sebab apa semua ini berlaku. Namun, Allah Maha mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Semoga semua yang berlaku hari ini, membawa barokah untuk Fairy, kelak. InsyaAllah.



p/p/s : Berikan hamba kekuatan, Ya Qawwi.

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...