UNDER CONSTRUCTION !

Wednesday, June 1, 2011

Meski ujian ini berat, hamb WAJIB bersyukur :')


Maka, benarlah. Ujian itu pelbagai.. mampu datang dari setiap sudut kehidupan kita. dari pelbagai aspek, tidak kira fizikal, mental, emosi, hati, perasaan, jiwa dan pelbagai lagi.
tak habis satu masalah, masalah lain menimpa. ; itu lumrah, kaaan? tapi, sungguh, kedua-dua ini amat berat bagi Fairy. sehingga rasa tak tertahan. Namun, sebagai hamba., fairy tak mampu berbuat apa. Fairy WAJIB bersyukur.
Wahai Allah,
jadikanlah hamba sabar atas dugaan menimpa hamba ini. kau uji hamba dalam melibatkan orang-orang yang hamba sayangi. hamba tidak mahu melihatnya hancur seperti hari-hari dulu. setelah semua kian selesai, kau kirimkan sesuatu yang akan membuatkan proses itu bpanjangan lamanya? 9 BULAN?? Dalam keadaan 'Al-Imtihan A'la Abwabih' , bende ni blaku. AllahuAkbar.
“Sungguh menakjubkan perkaranya orang yang beriman, karena segala urusannya adalah baik baginya. Dan hal yang demikian itu tidak akan terdapat kecuali hanya pada orang mukmin; yaitu jika ia mendapatkan kebahagiaan, ia bersyukur, karena (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan yang terbaik untuknya. Dan jika ia tertimpa musibah, ia bersabar, karena (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan hal terbaik bagi dirinya.” (HR. Muslim)
hamba cuba mengerti, cuba mempraktikkannya, tapi, sungguh, hamba terseksa amat dengan penerimaan ujian ini. Hamba tidak mahu mempersoalkannya, meski hamba tahu, kelak hamba akan menemui sebab mengapa dikirimkan Engkau semua ini. pasti ada hikmah, itu nyata. Oleh kerana itu, hamba mohon kekuatanMu, agar hamba tidak lemah dan sentiasa berada dalam landasanMu. Supaya hidayah ini kekal berpanjangan.
Ya Muhaimin,
sungguh, hamba tidak sangkakan ini akan berlaku. Jika benar, *dia* akan lahir di dunia ini, hamba ikhlas. Namun, Ya Allah, jangan kau ciptakan dia SEPERTI IBUNYA!! Juga jangan seperti BAPANYA. Jadikanlah dia, anak yang baik meski keluar dari rahim ibunya yang senantiasa menzalimi orang lain. Hamba berdoa' agar dia tidak menjadi perosak kepada dunia ini yang sudah sedia ROSAK. ='( Hamba akan ikhlas menerima dia. dia tidak berdosa..
Ya Waduud,
Berikanlah hamba cinta yang penuh agar hamba dapat memberikan kasih sayang kepada ibu hamba. agar hamba dapat mencurahkan dia kasih sayang. kau kuatkan hamba agar hamba dapat menjadi anak yang berbakti pada ibunya. Jangan kau jadikan hamba dari kalangan yang lemah, yang gagal dalam semua ini. sebaliknya, sentiasa bersabar. Hamba pegang kata-kataMU, Ya Allah ; Fasobrun Jamilun. hamba cinta akan ibu hamba. dan hamba sangat mahu, ibu hamba hidup bahagia :) Itu janji hamba.
Ya Alim,
Betapa Engkau amat mengetahui isi hati hamba. Engkau lihat titik kelemahan hamba, hamba mohon agar engkau menimbusnya dengan kekuatan. Kekuatan dariMu. Hamba yakin, dari Engkau ujian itu datang, kepada Engkau ujian itu pergi. Allah.. SABARKANLAH DIRIKU menerima semua ini. tenangkanlah hati hamba yang sedang bergelora. gembirakanlah hamba yang sedang berduka cita.
Ya Wahhab,
Tetap, hamba bersyukur atas ujianMu ini. hamba akan menjadikan semua ini hanya sedikit berbanding ujian yang diterima Rasulullah, junjungan besar kami. Tetap, hamba bersyukur atas hadirnya ujian ini, kerana hamba tahu, ujian ini akan menguatkan kembali diri hamba. membantu hamba tidak tersasar dari jalanMu. membantu hamba memulihkan keududkan hamba. Hamba pinta kekuatanMu, hidayahMu.. peliharalah diri hamba, Allah.
aamin.
Fairy, ur job is getting harder.. Kamu ada tangungjawab pada ibu kamu, adik-adik kamu, pelajaran kamu, hidup kamu, perasaan kamu.. Semua itu ialah ujian. bersabarlah, Fairy. Sabar! Kamu mampu menghadapinya. kamu mampu!!! lapangkan dada kamu yang sedang sempit tu. tenangkan minda kamu yang sedang kolot itu. kuatkan hatimu yang sedang lemah itu.
Fairy, ingat, Allah uji kerana ingin melihat kesabaranmu. Fikirkan, mengapa Allah uji. Fikirkan tentang balasan yang akan menimpamu kelak. Jika kamu gagal, apa yang akan terjadi. apa kamu mahu mengeluh dengan semua ini, lalu, sia-sia sahaja khidupanmu. Fairy, kamu kena sedar, kamu ingin memperbaiki keududkan kamu di sisi Allah. Jika kamu mahu bersamaNya, terima dengan ikhlas.. Usah lemah. Usah fikirkan benda ini. perjalananmu masih jauh. setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Fairy, ingat ;
Rasulullah bersabda ;"Barangsiapa Allah mahu memberikan dia kebaikan, dia akan diuji dengan kesusahan." ayat untuk PLBS BM, tempoh hari. GUNAKANNYA! PRAKTIKANNYA! AMALKANNYA! percayalah, Fairy, setiap kesulitan, pasti ada kemudahan. itulah janji Allah. apa yang perlu kamu lakukan, BERSYUKUR!!!!! ^-^

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...