UNDER CONSTRUCTION !

Monday, June 27, 2011

Tatkala itu..









Adakalanya, kita berhibur. Dikala itu, kita alpa. Kita lupa siapa kita, tuhan kita. Kesedihan umpama mudah diketepikan dengan ada kegembiraan. Semuanya umpama tidak terasa. Ingatan yang kosong dipenuhi dunia. Subhannallah, jauhnya aku dariMu.


Namun, setelah ditimpa bencana, air mata menjadi teman sepanjang masa. Ketika itu, barulah terfikir akan dunia, akhirat, Allah yang selama ini diabaikan. Hatta, di situ, tiada berguna untuk dikesal lagi. Bak kata pepatah, sudah terhantuk baru tergadah?


Saya manusia, musafir di bumi Allah. ada ketikanya menggali kubur sendiri. ada ketikanya mencari ketenangan diri. ada masanya penyesalan menghantui diri.


Kini, aku tercari-cari , dimana letaknya manis kepada iman? Perisa yang mambantuku meraih kenikmatan dunia wal akhirat. Kelakuan yang membawa padah akhirnya. melemahkan semangatku untuk terus berperang. Keluhan hati yang tidak bersuara. Hanya mampu diluahkan rasa dengan cara berbeza. apakan daya? Suaraku tidak didengari dunia.


Aku bersujud padaMu , Ya Allah. Memohon anugerah, hidayahMu. Mengharap belas ihsanMu terhadapku. KeampunanMu , ku pinta. Menantikan pintu untuk dibuka. seluas-luasnya untukku. Lalu, tatkala itu. aku sedar. siapa aku memintamu Syurga Para solehin? Siapa aku menuntut kebahagiaan hambaMu yang taat selalu?


Oh Allah. berdosanya aku. Kehinaanku meliputi dunia. mempersembahkan sesuatu yang engkau murkakan. Adakah ini yang ingin persembahkan padaMu di akhirat kelak? Oh! Malunya aku.


Kini, hatiku terdetik. Dilihat kembali kisah yang lalu. Aku kesal. Siapa aku selama ini? mengapa aku sejahat itu? Mengapa kehidupanku bercorak sedemikian. Ingatan itu, mana mungkin luput di dalam benak fikiranku. Aku khilaf ketika itu..


Lalu, aku cuba bertaubat. Berjalan atas jalan yang Engkau suluhkan selama ini. Jalan yang pada ketika dulu, aku tidak lihat. Pandangan yang kosong tanpa hala tuju yang nyata. Langkahku bergerak bertentangan dengan apa yang Engkau mahukan..


Sedarku, hidupku telah hancur. Lalu, tatkala ditanya mengapa. Engkau menjawab, ingin diuji kekuatan, ketahanan, keimanan, ketaqwaan kami dalam menyembahMu. Keikhlasan kami dalam menunaikan ibadat serta tanggungjawab terhadapMu. Maka, itulah manusia.


---------------------------------------------------


Kalau korang tidak faham, apa yang cuba Fairy sampaikan. Tidak mengapalah :)
penulisan hari ini lebih kepada berbentuk ; rasa kesal.
namun, kesal itu tidak berguna setelah semua telah berlaku.
Buka mata.. buka hati. lalu, buka minda,
untuk kita melihat dunia bersama-sama dengan cahaya-Nya.


Ya Rabb. suluhkan kehidupan kami dengan hidayahMu. Pancari hidup kami dengan cahayaMu. Penuhkanlah kehidupan kami dengan rasa kesyukuran terhadapMu. Pimpinlah diri kami dalam menuju redhoMu. Jauhkan kami daripada mencari kemurkaanMu.


Rabbana Laa Tuzigh Qulubanaa Ba'da Izhadaitana Wahablana Minladunka rohmah. Innaka antal wahhab.
Robbana La Tuahizna In Nasiina Au ahtho'na.


p/s : Perbaiki diri ke arah yang baik :) Jom, sama-sama kita berubah untuk menjadi lebih sabar dalam menghadapi ujian Allah ^^


No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...