UNDER CONSTRUCTION !

Friday, July 29, 2011

Ahlan Ya Ramadhan.




Dua hari sahaja lagi, bulan yang sangat kita semua sebagai umat Islam nantikan. Bulan yang dimana Syaitan dibelenggu dan tidak dpat bersama-sama dengan kita. Bulan yang penuh kerahmatan, kemuliaan. Bulan yang mengajar kita erti kesabaran. Bulan yang meningkatkan keimanan. Malah, pada bulan ini kita berpusu-pusu menunaikan Ibadah semata-mata untuk menambahkan amalan, pahala serta mendapat Redho-Nya.
Ya.. Itulah Ramadhan yang dinantikan!
Ahhh. Tadi, baru sahaja selesai membaca post tahun lepas mengenai Ramadhan. Oh. Bukan awal Ramadhan. But, akhir Ramadhan. Alhamdulillah, pada ketika itu, Fairy menangis ketakutan. Takut seandainya Ramadhan akan datang , Fairy tidak sempat.
Segala puji buat-Nya kerana mmebrikan diri ini peluang untuk bersama-sama meraikan kehadiran Ramadhan. Semoga, Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang lepas. Itu, harapan Fairy. Bagaimana rasa rindu terhadap tahun lepas. Kerana, pada Ramadhan itu, Fairy lalui pelbagai cabaran juga kegembiraan.
Sangat hiba untuk melepaskan dia pergi. Apatah lagi, ketika itu, kita semua hanya berperang dengan Nafsu sendiri. Syaitan dibelenggu. Jadi, korang, jikalau ada buat dose ketika itu, check balik. Apa yang membuatkan kita masih melakukan dose padahal Syaitan sudah tidak menggoda kita lagi. Marilah, kita sama-sama peraiki diri dan melawan nafsu. Inilah saatnya kita memperbaiki diri dan iman kita yang rapuh ini.
p/s : herm.. kenapa sebak pule ni?
p/p/s : Tingkatkan amal, tingkatkan iman, tingkatkan taqwa, tingkatkan Cinta TerhadapNya. Selamat maju jaya :)

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...