UNDER CONSTRUCTION !

Thursday, July 28, 2011

Aku! Sebagai Murid KKQ tahun 2011.




Hari ni, kita jadi ganas sikit beb. Rock laaa!! >.< Lama dah gua tak online beb!! Jadi, lok lak sedikit, biasalah tu :) Walaupun xonline n xupdate apa3x sebelum ni, Fairy tgok, ada gak la yang view. tharu la gak. Beb! Gua update hari ni. hahaha.




Hari selasa yang lepas,
sejarah tlakar. Aku! Sebagai murid Kelas Kemahiran Al-Quran sudah selesai menamatkan perjuanganku di dalam medang pertempuran. Aku sendiri tidak tahu sama ada aku berjaya atau sebaliknya. Namyn, harapanku meninggi, ingin berjaya. Waktu banyak aku korbankan demi menghadap buku KKQ yang tebalnya melebihi buku-buku rujukan. O.o Erm. Tak juga.




tgoklah. Tapi, nampak macam kecil.. But, cuba tgok gamba bawah di bawah ini :P




tebal! dalam masa satu hari, Fairy khatamkannya.





Aku jadi teringat. Sewaktu tanganku gagah memegang pensel picit [hahaha] untuk menulis jawapan, aku berasa lega. Allah memudahkan aku dalam urusanku. Soalan mengenai al-quran, hafazan, tajwid, qirrat as-sab'ah dpt aku jawab dengan mudah! Tapi, satu! Soalan 'satu' bahagian ini, yang menyeybkan aku ragu3x. Yakni, Tarannum. Ahh. Tarannum rast! Tarannum Hijjaz! Ini yang menyebabkan aku hampir mati sektika. Mujur perisai yang masih aku pakai, menyelamatkan aku. Lafaz : Allahumma solli a'la saidina muhammad wa a'l alihi wasohbihi wasallam + Fainna ma'al u'sri yusra, Inna ma'al u'sri yusra. Ya! Penyelamatku, Rabbi Azza Wajalla.




Adakah aku masih lega? Jiwaku nyata tenteram. Tapi, waswas masih mengetuai jentera hatiku. Aku redho, walau apapun yang tjadi. Aku tahu, aku sudah berusaha. aku perlu tawaqqal dan pasrah. :) Itu lebih baik.




Akhirnya, kini. Aku menantikan jawapan. Menghitung hari.. Sedikit sebanyak, beban yang aku pikul sudah berkurangan. Fokusku kini pada 9 subjek lagi. KKQ , sudah pun selesai. Alhamdulillah. Tapi, aku tidak mampu untuk menarik nafas lega lagi. Kerana, apa yang berlaku di dunia ini tidak akan berakhir selagi nyawa masih tidak terpisah dari jasad. Masih ada pertempuran yang perlu aku fikirkan Jua. Antara diriku sebagai Hamba bersama-sama dengan Penciptaku! Hubunganku terhadapNya. Masih banyak perlu aku perbaiki. Itu, juga pertarunganku dalam mengejar akhirat yang akan memberi kesudahan yang baik untukku. InsyaAllah. Itu yang aku harapkan.





Herrmm.. Walaupun aku sudah selesai menjawab soalan KKQ, tapi, itu tidak pernah mematahkan semangat aku untuk terus mendalami ilmu qiraat, tarannum. Aku tidak akan berhenti! Jelas sekali, TIDAK! Malah, aku sangat tertarik dalam ilmu3x sebegini. :)












p/s : 68 Days to goo.. Attaqyim Assanuya Almutawasud!!

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...