UNDER CONSTRUCTION !

Friday, July 1, 2011

Alhamdulillah... :')







Segala puji-pujian hanyalah padaMu, ya Allah Ya Rabbi Ya Karim.



Alhamdulillah, dengan rezekiMu, Ya Illahi, IM Hassan dinobatkan sebagai juara, IM Unggul Musim kedua. :) Pada tugas pertama, kedua, Fairy ada lah juga rasa 'yakin' itu bahawa IM mampu menjadi Juara. Kerana, pada tugasan pertama, IM Nazrul menyampaikan tazkirah sedikit laju sehingga menyukarkan para penonton untuk faham. [maaflah. itu bagi Fairy. tidak tahulah sama ada ia benar atau tidak. Atau mungkin kerana Fairy sokong Hassan.]


Then, apabila tugasan kedua, diminta untuk menyambungkan Surah yang dipilih@diundi ; bacaan Surah Al-Mu'minun ayat 1-22 [kalau xsilap. Maaf, jika tersalah]. IM Nazrul terkehel sedikit, manakala IM Hassan lancar.


Apabila sampai sahaja tugasan yang ketiga, yakni ; berdebat@hujah berdasarkana hadis yang diberi di dalam bahasa arab secara spontan, secara tiba3x, Fairy terasa seperti IM Nazrul merupakan juara. Kerana apa? kerana disitu, IM Hassan seumpama tidak mendapat banyak peluang untuk menyampaikan hujah kepada hadis yang diberikan dengan lebih lanjut. IM Nazrul lebih banyak memberikan hujah. Lalu, disitu, peluang seumpama sedikit.


Apabila mudir mahu menobatkan juara , dalam hati Fairy ;



"IM Nazrul ni."



tapi, takdir Allah berbeza dengan apa yang Fairy bisikkan di hati. Jelas, berbeza. Kerana, Imam Muda 2 juaranya ialah IM Hassan. Ketika itu, Fairy terkedu sebentar. sungguh, terkejut. tak terkata. Fairy umpama tak percaya. bukan kerana fairy xyakin, tapi, entah, Fairy menganggap ini umpama keajaiban. Miracle :) Alhamdulillah. IM Hassan :')







IM Hassan. Alfun mabruk ala najahaka :)
IM Nazrul. Anda juga juara :') Tahniah.


No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...