UNDER CONSTRUCTION !

Tuesday, July 12, 2011

Debate?? herm..


Assalammualaikum, readers.
Hari ni, nak cerita psal apa yang tjadi di sekolah tadi. Waktu sivik, ada Debate, laaa. alah, debate antara kawan3x sekelas. Minggu lepas, Fairy xhabis3x gelak. Kelakar jeeer. Yalah, ekin tu Mak Lawak, nak berlawan dengan budak3x lelaki yang kecoh3x sikit ; zaim, aiman, amirin dan syahmi. Memang bising la kelas. hahaha >.< Kemenangan untuk pihak lelaki [pencadang bagi isu Internet Menghakis Pemikiran kritis]
Tapi, mingg ni turn group Fairy. Pembangkang bagi 'Filem kita wajah kita'. Mencabar, sumpah, sukar betul isu itu. Cari internet, TAKDE! Then, oetokkajyo? Buat sendirilah. -.-'' Haish. Penat nak cari isi tentang Filem Kita Wajah kita. Pulas3x otak. Itupun sikit je dapat.
Selaku menteri pertama bagi pihak pembangkang, Fairy kena lebih banyak bermain dengan definisi makna , kefahaman mengenai ‘Bukan wajah kita’ lalu, sampaikan hujah. antara isi yang Fairy kemukan [bukan ahli menteri lain] ialah :
  • Imaginasi pengarah dan bukannya realiti duaniawi. Imaginasi hanyalah mimpi. [kritisnya pemikiran pengarah]
  • Nilai komersil untuk melariskan filem. apatah lagi, filem sudahpun ditokok tambahkan agar filem kelihatan menarik. <- xmenggambarkan 'wajah' yang dimaksudkan
  • Filem3x lebih cenderung kepada genre ganas dan aksi. Padahal, genre seperti itu merupakan budaya barat, dan bukannya timur.
Fairy rasa tu je. Ada lagi, huraian biar panjang. Fairy rasa 'puas hati' la juga kot [entahlah], walaupun kadang3x tu tersasul sikit. Lidah tergeliat. Biasalah tu. -.-'' :) hahaha! Fairy banyak juga menyoal para pencadang beberapa soalan. ada satu soalan yang tak dapat mereka jawab. secara jujur, soalan itu memang sukar.
Masalahnya, para pencadang, dia memanglah menyokong filem kita wajah kita. Tapi, isi dia sedikit membunuh mereka sendiri. kerana apa? Isi dia lebih kepada ;
"Contohnya seperti filem [maaf. xboleh tulis. Menjaga nama.] , masyarakat Malaysia terpengaruh dengan cerita itu sehingga berlakunya blablabla."
?? Fairy terkesima sebentar. Sebab, nak tahu, kalau boleh, Fairy nak sangat jadi pencadang. seriously! sbb, Fairy dapat banyak isi melalui benda3x yang positive! perghh. Sayagnya laaah! Bila dia sudah buat macam tu, bagi Fairy, itu peluang keemasan untuk 'mengambil kesempatan' di atas kesalah fahaman idea dan fakta yang dikemukakan.
Mulalah bertanya soalan3x agar dpat memerangkap mereka lebih cenderung kepada jawapan 'Filem kita BUKAN wajah kita.' [jahat sungguh Farihah Amirah ni!]
Tapikan, part yang Fairy xboleh bela ialah daripada hujah yang dikemukan Aina Syamimi. Tu pun, sebab Fairy paksa dia cakap juga. walaupun, time tu, dia tengah blur. Fairy siap ketawa lagi.Aina3x. Orang suruh cakap, cakap jer la :P. :
Kesan effect CGI yang digunakan hanyalah palsu dan bukannya kenyataannya. Ambillah contoh cerita Hikayat Merong Mahawangsa yang menggunakan CGI.
dan start sahaja Aina sampaikan hujah tu, terus dari menteri ketiga pihak pncadang juga pembangkang cakap psl Merong Mahawangsa mengenai kesasihan sejarah semua tu lah. Hahahaha!
Maaf. Sebab Fairy, macam tu pula jadi. Sebab, citer tu je yang kua untuk filem Melayu yang guna CGI. padahal ada cicakman. :P Rasuk dan banyak lagi.
So, secara keseluruhan, oklah juga debat3x ni. best la gak.
Oh, sebelum terlupa ;
"Filem kita wajah kita ; DITOLAK" ; bermakna, Pembangkang menang! :D hahaha.
p/s : Nak main game. bye3x.

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...