UNDER CONSTRUCTION !

Saturday, July 23, 2011

Ini juga Dugaan..


Ya Allah.. Bagiku, ini antara dugaan. Dugaan yang mencengkam jiwa dan pemikiran hamba tika ini. Sedikit sebanyak memberi tamparan yang sangat hebat.

Minggu hadapan, Exam KKQ yang sebenar-benar-benar-benarnya! Penentu masa hadapanku jua. Dan pada ketika exam inilah, kerja sekolah dapat melambak. Perlu menguruskan kerja sekolah yang rata-ratanya semua subjek ada. Cop! MEMANG SEMUA!!! kesembilan-sembilan, ada. Penuh dengan handout! :'(

Jujur, sedikit tertekan. Tidak! Banyak tertekan waktu ini. Takut, dimarahi guru senadainya tidak siap kerja sekolah jika ashik mentelaah buku KKQ. Namun, pada waktu y sama, tidak mahu mendapat keputusan yang teruk di dalam exam..

Wahai classmateku y mgambil KKQ,
apa yang sedang antum lakukan tika ini? Sungguh, saya di dalam dilema waktu ini. Bagaimana mahu menstabilkan semua ini? Kerja sekolah yang bertimbun disertai dengan exam yang bakal menyusul.. Tekanan! Tekanan! Perlukah menggadaikan waktu tidur yang sudah sememangnya kurang?


Ok. bye. hanya ambil masa 2 minit untk menulis semua ini. Sudah tiba masanya untuk mentelaah pelajaran. Dan mbuat kerja rumah.. smoga, kuat.. Doakanlah..

Assalammualaikum..

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...