UNDER CONSTRUCTION !

Thursday, August 25, 2011

Apabila Allah berkehendak, siapa yang mampu halang?




Assalammualaikum..
---------------------------
"Kita hamba. Kita tidak pernah terlepas dari menerima apa yang diberi. aa yang Dia beri, itulah yang terbaik. Sama ada awak suka, atau tidak, itulah yang berlaku. Mungkin, awak tidak nampak kebaikannya waktu ini, tapi, kelak? tiada siapa yang tahu. teruskan usaha dan jangan putus asa dalam meraih keredhoan Allah. Dia Maha mengetahui atas apa-apa yang tidak awak ketahui, Farihah Amirah."
----------------------------
Sebagai manusia, aku tidak terlepas dari memikirkan perbezaan antara diri aku dengan yang lain. membezakan antara kebahagiaan juga kesedihan. seringnya, di hadapan mataku, aku melihat orang bahagia. aku berteman dengan orang yang sering dikurnikan kebahagiaan sehingga hatiku melahirkan rasa iri yang tidak mampu aku kawal sendiri.
Aku cuba cari ketenangan. Tapi, aku tidak boleh lari dari dunia sebenar, kan? aku sendiri tahu itu. tapi, aku perlu akui, ada waktunya aku tidak boleh bersama. aku tidak boleh meluahkan rasa. aku tidak mahu berjumpa sesiapa. kerana aku perlukan hidup. Orang sekeliling tidak mengerti akan aku.
Apabla aku minta pada Allah kebahagiaan, sering bertukar menjadi kesedihan. tatkala, aku sendiri tidak minta, peluang itu datang tanpa aku sempat menghargai waktunya.. Aku ingat pesan ustzah supaya jangan terlalu ikut diri sendiri! Jangan terlalu termakan emosi! Jangan terlalu melayan karenah diri juga memanjakan. aku tahu!Tapi, sampai satu waktu, aku tidak bisa juga. iman manusia mampu berubah, mengikut apa yang amalkan. dan, aku, tidak terlepas daripada merasai kelemahan iman, jua.
Tiap-tiap ujian yang mendatang, membuat aku bersedih serta berdukacita. aku tidak sanggup sebenarnya. Bagaimana aku terpaksa menyimpannya, walhal, aku boleh melepaskannya. tapi, aku tidak ahu bagaimana.
Takdir Allah lebih berhak ke atas aku. Tapi, seringnya, aku tidak dapat selesaikannya. ada satu ujian, ujian itu kerap menghantui pemikiran aku. aku tidak dapat mencari jalan penyelesaiannya. air mata sahaja tidak mampu mendorong aku untuk bangkit sebaliknya, aku hanya tersungkur. aku lemah! jelas! aku lemah!
Aku tidak mampu tolak apa yang telah Allah tetapkan. siapa manusia yang dapat menghalang apa yang telah Allah rancangkan? cuma, aku harapkan pengakhiran yang baik bagi setiap ujian yang menimpa aku.
aku tidak tahu, siapa aku di kaca mata Allah. aku juga tidak tahu, atas sebab apa sebenarnya Allah memberikan semua ini kepadaku. dari setiap sudut, dia uji aku. padahal, aku masih berusia 15 tahun, yang baru cuba untuk mengenali dunia. Aku pernah bertanyakan soalan ini kepada Ustazahku. Ustzah banyak memberi semangat pada aku. Aku kata, aku tak terdaya menanggung smua ini. aku kata, aku sedih dan aku, kalau boleh, tak mahu kenal apa itu ksedihan. aku disakiti sentiasa.
Jikalau umurku tidak 15, aku percaya, aku boleh buat apa yang aku suka! Aku boleh sendiri mencari ketenangan. tapi, aku terkurung di sini!!! aku ada rutin harian yang perlu aku ikuti! aku bersekolah! seandainya aku bisa, aku juga mahu bebas sebentar, mencari apa yang aku abaikan selama ini. Namun, semua kehendak Allah. Tidak! aku tidak menyelahi takdirNya. Tapi, aku menyalahkan diri aku sendiri yang tidak dapat menanggung semua ini.tidak usah ditanya, apa jenis dugaan yang aku terima.
Yang jelas kini, aku hanya menanti. menanti saaat dimana aku mampu merakamkan setiap saat kegembiraan. Dan, aku serahkan segalanya pada Allah. sama ada aku mampu atau tidak, aku tetap mencuba. Biar dunia ini dipenuhi air mata, asal jangan dipenuhi dosa semata-mata.
Patahnya hati aku, hanya Dia sahaja yang tahu...
Maaf, di post ini, Fairy ada mengajukan beberapa soalan kepada Allah. sebenarnya, soalan3 itu, adalah apa yang Fairy tanyakan pada Ustzah. Oleh kerana itu, soalan3x itu, jawapannya telah Fairy berikan, di mula post..
p/s : post ni banyak yang tersirat. hal-hal yang hanya diketahui Fairy je :)
p/p/s : jangan lah emosi sangat, Farihah..

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...