UNDER CONSTRUCTION !

Thursday, September 1, 2011

Hari Raya Pertama..

Assalammualaikum.
1 Syawal persamaan dengan 30 Ogos 2011, bergema takbir raya. Disaaat itu hati pilu untuk melepaskan Ramadan pergi. apa yang mampu dilakukan? apa yang datang, pasti akan pergi. Sudah itu fitrah yang perlu kita hadapi.
Disebalik hati menangis setelah perginya Ramadan, terselit juga perasaan yang tak mampu dihuraikan. Jari jemari yang giat menaip, tidak mampu diceritakan bagaimana peritnya perasaan ini. Wallahi, hanya Dia sahaja yang tahu.
Secara jujur, tidak disangka Fairy boleh menangis sedemikian rupa. Ya, pada 1 syawal! sebelum itu, Fairy nak kongsikan bersama3x, sajak yang Fairy tulis sehari sblom Hari Raya.
Peluang yang sukar untuk aku temukan,
Dengan mudah aku lepaskan,
Tanpa rasa kekesalan,
Aku membiarkan..
Benar! aku seorang insan.
Aku sendiri tertanya-tanya,
Dimana letaknya taubat nasuha,
Yang dahulu sering aku terapkan di jiwa,
Hilang tanpa dipinta,
Aku khilaf di muka bumi Yang Maha Esa.
Yang tinggal kini,
Air mata yang menangisi,
Pemergian Ramadan yang dicintai,
Menanti dan terus menanti.
Lalu terdetik di hati,
Apa tahun nanti,
Mampu aku nikmati,
Keberkatan Ramadan seperti ini lagi?

Oh Tuhan!
Ampunkan aku.
Ampunkan kesalahanku,
Mencipta dosa dengan tanganku,
Mendahului kegembiraan melebihi rahmatmu,
Mengejar duniawi melebihi akhiratmu,
Meskipun begitu,
Aku tidak mampu
Meluahkan apa yang pernah tebuku
Lama di hatiku
Kerana aku mencintaimu selalu, Tuhanku..
Maafkan hambamu..



Sajak ini lahir dari hati sendiri. Hati yang tidak pernah berbohong.. Mungkin, rasa bersalah itu masih ada. Diluahkan segala rasa melalui sajak ini. smoga, tahun hadapan mampu Fairy lalui lagi, InsyaAllah, doakan umur Fairy, ya, sahabat :)

Tidak seperti selalu, Syawal kali ni tidaklah seperti yang diharapkan. Kesenangan itu hanya sementara. Lebihnya kepada air mata. Ampun maaf dipinta..
[Fairy akan terangkan sesuatu di dalam post yang lain. Tapi. biarlah Fairy post ttg har raya yakni hari kemenangan kita bersama :)]






Family yang lengkap belah mama.
Gambar Fairy tu memang jelas, wajah langsung tidak bahagia.
hahaha. apa boleh buat?? :P






Ultraman Tarooo!
Fairy bet, kemy suke gamba ni, kan? kan? :P
look at Ammar, kemy :P hahaha


First gamba yang ditangkap through handphone.
hehehe.
sedang cube utk tersenyum, tika itu :P





orait. dah senyum.
Seperti biasa, duit raya memang dapat. Pergi ziarah rumah-rumah sauadara :) herm. Fairy, kalau di Melaka, memang akan GEMOK! sebab apa? Nenek Fairy masak sedap sangat! Menangis makan. Beberapa hari sblom raya, buka puasa di sana, adooooi. sedaplah menu dia. Fairy xingat apa menunya. tapi, melaka? destinasi 'makan'ku.Kalau rasa nak gemok, memang kene duduk melaka. haha.
Rendang + ketupat + lemang ; hahaha. pagi3x menjamah ini menu. Serbu terus dapur kat rumah nenek..
end la pasal hari aya pertama.. ;) xder citer sangat. sambong untuk hari raya ketiga. akan ada banyak gambar utk di'upload'kan :P hahaha. Farihah Amirah binti Ahmad faiz undur diri jaaaap :P

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...