UNDER CONSTRUCTION !

Wednesday, September 14, 2011

Kesedihan? Itu, satu kepastian




Tangisan bagiku, ibaratkan satu hal yang sememangnya hal wajib di dalam kehidupan. Ia tidak akan lengkap walaupun satu hari tanpa tangisan. Tidak kiralah, tangisan itu kerana takut pada Allah, tangisan kerana keluarga, tangisan kerana rakan, tangisan kerana diri sendiri, tangisan yang mengakui kesilapan diiri, tangisan cinta atau apa sahaja. Tangisan. Itulah tangisan.






Mungkin, tidak seatutnya dimulakan post dengan hal3x seperti ini. Orang kata, pada hari lahir, kita perlu enjoy. Tapi, Fairy tidak nampak, dari sudut mana, Fairy harus mengukir senyuman yang mampu menyembunyikan kesedihan ini?














Bismillahirahmanirrahim,


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Kehadratmu hamba mengadu, kehadrat mu hamba memohon sesuatu, juga, kehadratmu hamba menyereahkan hidup dan mati hamba.. Anugerahkanlah hamba keredhaanMu. Pimpinlah hamba agar sentiasa berada dalam landasanmu. Sedarkanlah hamba dari kesalahan yang nyata. Peliharalah hamba dalam MihrabMu. Ajarkanlah hamba kebaikan yang akan membantu hamba melintasi SiratMu dengan mudah..






Sekiranya hamba berdukacita, kau hiburkanlah hamba dengan izinMu. Jangan biarkan hamba terhbiur lama sehingga menyebabkan hamba lalai daripada mengingatimu, selalu. Kerana, hamba hanyalah Insan yang membawa maksud pelupa. Maka, kerana itu, hamba mohon, kau sedarkanlah hamba.






Ya Allah Ya Waduud,
Hamba sentiasa memerlukanmu. Dari mula hingga akhir. Tiada batasan penggantungan hamba kepadaMU. Krana, hanya Engkau satu-satunya tempat hamba bergantung. Engkau tahu apa yang hamba sembunyikan. Juga, Engkau tahu apa yang hamba nyatakan. Sungguh, Engkau Maha Mengetahui..








Sedarkanlah hamba.. Sedarkanlah hamba daripada mimpi yang tidak akan memberi sebarang pengakhiran yang baik untuk hamba. Sedarkanlah hamba daripada khayalan duniawi yang akan melalaikan hamba.


Aamin Ya Rabb..

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...