UNDER CONSTRUCTION !

Thursday, September 8, 2011

Lelaki? Beginikah, yang anda maksudkan, sebenarnya?





Sudah lama Fairy tidak update blog kan? ye. Fairy tahu, lama. kerana, Fairy sibuk dengan homework. sibuk dengan persiapan. dan sibuk dengan diri sendiri :) Alhamdulillah, walaupun mengantuk serta kepenatan, waktu Fairy boleh juga diisi sedikit hiburan untuk menghilangkan stress serta menikmati kehidupan dengan indah.






cerita, xbanyak la. apatah lagi, 'hiburan' yang Fairy maksudkan sekarang ni ialah tgok game show x-men [korea] hahaha >.< uish..uish.. ada udang di sebalik mee sebenarnya. hahaha. yalah.. yalah.. fairy tgok abuji. sebenarnya, dalam dunia realiti, abuji ni seorang yang kelakar. ^____^ kalau korang tgok citer city hunter, korang tahu kenapa Fairy suke abuji. korang kene faham eh, suke dengan watak SAHAJA! sebab, dia seorang ayah 'angkat' yang sangat menyayangi anaknya, xpi, dia xtunjuk! Dan, diakhir cerita, kita dapat rasakan kasih sayang itu.. ah. xnak ingat ttg ending dia :( fairy akan nangis tgok yoon-sung yang dan abuji.






dah3x. stop cakap pasal bende tu. Hari ni, Fairy rasa Fairy xtahu nak post apa, sebenarnya. but, Fairy nak kongsikan satu 'fakta' yang kelakar. dan, sungguh, hahaha, cara dia, adakah ego atau tidak, sama3x kita tgok nanti.








Perbualan ni terjadi diantara Pak Wan [pekerja ayah Fairy] waktu jemput Fairy dari sekolah. alah, ambil dari sekolah, hantar ke sekolah, sume tugas pak wan. so, waktu balik tadi, dia cakap dengan Fairy. dia tanya lah pada Fairy soal 'poligami'. aiiik? Pak wan? ada pasang niatke?








hahaha. padahal, sebenarnya, dia cakap bekas bos dia dulu, nak kahwin yang ke3! woooow. terkedu kejap Fairy. so, banyak la juga dia tanya Fairy sampai terpakse berhenti tgah jaan supaya xsampai rumah lagi.








"Iwan. Lelaki ni, memang tak setia." itulah kata-kata antara Pak wan dengan bos dia yang dahulu. Bos dia yang dahulu tu kahwin 2. ni, nak tambah satu lagi. haish. geleng kepala Fairy.






n banyak la perbualan Fairy dengan Pak wan sebab Pak wan kata Pak wan kesian tgok isteri dia yang pertama tu. Tapi, dia kata, bagus juga, supaya isteri bos yang no 2 tu, rasakan pula sakit sepertimana dia buat isteri no 1. [hidup.. Ibarat ludah ke atas, kene muka sendiri juge, beb]








hahaha. then, kita perlu faham bab3x poligami ni. cop, siapa di dunia ni , lelaki yang boleh mengaku dia boleh adil pada isteri3xnya, padahal Di dalam Surah An-Nisa' ayat 129, menyatakan bahawa keadilan itu tidak mampu diwujudkan. Itu sudah Allah katakan. Jangan samakan diri seorang lelaki biasa yang berpengetahuan cetek dan tidak tahu hikmah sebenar serta kebenaran mengapa di'HARUS'kan poligami ini dengan Rasulullah S.A.W, manusia TERAGUNG di muka bumi ini. Jangan samakan. kerana, hal ini tidak senang untuk diwujudkan sekiranya tidak cukup syarat serta keredhaan , sebenarnya. Keredhaan dalam semua pihak! Pastikan itu!








kalau nak diceritakan memang banyak. dan, ada hal yang buat Fairy rasa sedikit sakit hati , ialah kata3x ini :








"Sudah takdir menyatakan ***** jodoh saya dan akan jadi isteri saya." <- SALAH KONSEP QADA' DAN QADAR! Jodoh memang Qada' Mubram TAPI.. hei. ada Tapi, eh. ada tapi! Jodoh itu juga merupakan ikhtiar seseorang JUGA. Itu, ulasan dia panjang sikit. Korang kena faham3x sikit erti konsep sebenar. Usah salahkan takdir. Lihat di sini? Mengapa lelaki itu mahu menyalahkan takdir pula kali ni, padahal dia yang mahu serta menyimpan hasrat untuk menikah lagi. 








aiyaaak. pelik, eden.








dan, kata3x yang popular ;




"Ikut sunnah nabi." <-- bila bekas bos dia cakap macam tu, Pak wan senyap n xboleh nak cakap apa3x. ahhh! Seandainya Pak wan tidak bertindak melulu. sekiranya, Pak wan boleh bersabar, Fairy pasti boleh membalas kenyataan itu untuk mempertahankan isterinya. isteri mana yang sanggup? mulut kata redha, hati? adakah sepertimana yang diucap oleh bibir? herrmm. 








Sunnah nabi? Macam mana kita nak jawab persoalan ini, agar mereka tidak menggunakan agama semata-mata dalam memanipulasikan pemikiran orang mengenai 'poligami' ni? haaaah. Macam mana?? macam mana? ;) agak3x susah tak untuk kita jawab? Janganlah cakap sukar. Sekiranya, dia menggunakan agama je, kita gunakan AGAMA juga LOGIK MINDA  :D jadi, janganlah hanya kerana 'sunnah nabi' , dijadikan TIKET untuk memulakan poligami dengan mengikut kehendak diri semata. Melainkan, anda rasa, memang benar, apa yang telah Allah tentukan.








macam mana untuk menjawab? Fairy akan bagitahu di dalam post yang lain, kerana kesuntukan masa. Lagipon, jawapan, panjang.. sekarang dah pukul 10, Fairy perlu siapkan kerja. esok, InsyaAllah boleh. kan hari Jumaat. ;) banyaklah sikit waktu.














p/s : pak wan, senangnya dia manipulate otak pak wan. herrgh. lain kali, jangan buat begitu lagi. sebab, pak wan kena faham, dia ada ilmu agama juga. jadi, dia mesti belajar mengenai semua ini. Pak wan yang masih tidak tahu erti poligami yang sebenar, tidak mungkin mampu menandinginya. kerana, syarat3x pak wan masih tidak tahu, jadi, banyak benda boleh dia katakan disini, melainkan pak wan boleh membalas balik persoalan yang dia ajukan atau kenyataannya dengan baik ;) 


p/p/s : lelaki? benarkah anda tidak setia? apabila wanita berkata sedemikian, anda marah. Namun, mengapa anda mengaku pula? apa disni, anda mahu nyatakan Bahawa Rasulullah berpoligami kerana dia tidak setia? Subhannallah. Banyakkanlah istighfar.!


No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...