UNDER CONSTRUCTION !

Friday, September 2, 2011

Perbualanku bersama H.A.T.I





Maksud gambar di atas sangat mendalam. Ya! Sangat mendalam. Jadi, terdetiknya satu rasa tatkala terbaca isi ayat di dalam gambar tersebut. Gambar hati, di tambah seseorang yang sedang bermunajat pada Allah di siang hari. Menunduk malu, ketika menghadap Yang Maha Esa.. Mungkin, korang dapat memahami apa yang cuba Fairy katakan.. :)


Jadi, perbualan fairy bersama-sama H.A.T.I adalah ;


"Farihah Amirah, mengapa? mengapa engkau meminta Allah akan kebahagiaan? tiada hak untuk engkau memintaNya di atas urusanNya. Dia Maha Mengetahui." soal hati kepadaku.


"Kerana aku tidak mahu hidup dalam kesedihan. aku tidak sanggup menghabiskan sisa hidupku dengan air mata sahaja. aku mahu snyuman sepertimana mereka jua. aku mahu hidup aku gembira sepertimana mereka." jawab aku dengan penuh rasa yakin. sungguh, aku tidak terlarat menanggung derita lagi. apa yang aku mahukan ialah kebahagiaan. aku juga manusia! aku perlukan bahagia!


"Namun, adakah kini, engkau sedar, Farihah Amirah? Adakah engkau tidak lihat apa yang selama ini Allah cegahkan? Adakah engkau sentiasa mengingatinNya tatkala engkau sedang bergelak tawa? siapa di dalam pemikiranmu tatkala senyuman bersamamu? adakah engkau lihat, bezanya? dimana tempatmu ketika mana engkau sedih juga kau gembira. apa engkau lihat bezanya?" ketika itu, aku diam membisu. Tidak mampu aku jawab pertanyaan hati terhadapku. aku malu sendiri. Ya! benar apa yang dia katakan. aku lalai di saat aku bahagia. ketika aku sedang bergembira, ingatanku pada perihal duniawi.


Air mata tidak mampu aku bendung lagi. Aku biarkannya mengalir. Biarlah ia mengalir kerana menyesali perbuatan lalu, bukannya menangis kerana hal-hal yang tidak patut. KeranaMu Allah, aku menangis. aku menangis kerana aku lalai daripada mengingatiMu. Aku menangis kerana aku jauh dari sisiMu. aku menangis kerana aku gagal menjadi hamba yang baik untukMu. 


Benar, apa yang dirancang Allah sudah pun menjadi yang terbaik. Mengapa aku buta? mengapa aku buta daripada melihat kebenaran? mengapa aku tuli daripada mendengar seruan? MENGAPA???



"Usah kau menyalahakan dirimu lagi, Farihah. semuanya, sudahpun berlalu. apa yang harus engkau lakukan ini ialah, beristiqamah dalam amalmu. Hidupkan hari-harimu kerana Yang Maha Kuasa. Kau hidup di muka bumi ini ada hikmahnya. Maka, kau carilah sendiri. Kerana engkau musafir di bumiNya. Petamu ialah Al-Quran dan As-Sunnah. Jikalau engkau tidak mengikutinya, maka engkau akan sesat dari landasan yang benar." tambah hati kepadaku. aku tersungkur. menunduk malu. aku malu berhadapan dengan Tuhan yang menciptakan aku! bagaimana sanggup aku mengangkat wajahku, padahal ketika itu aku dihantui berjuta rasa kekesalan. apa yang mampu aku lakukan ketika itu, hanya mengangkat kedua-dua belah tanganku, memohon maaf di atas kekhilafan diri.



aku bongkak di bumiNya. Selepaaas ini, aku berjanji. aku akan lakukan yang terbaik. Jihadku terhadap diriku sendiri demi meraih keredhaan Illahi..


Maafkan aku, Rabbi..

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...