UNDER CONSTRUCTION !

Sunday, September 25, 2011

Poligami? Jawapan Part 1.




Sepertimana yang sudah Fairy janjikan, Fairy aka postkan sesuatu mengenai hal poligami. Kata-kata lelaki yang seringnya menjadi 'tiket' untuk mereka menikah lagi. 






Cop! Sebelum itu, Post ini bukan TIDAK MEMBENARKAN poligami, tapi, hanya memberitahu cara3x lelaki yang sememangnya SENGAJA, tanpa Niat yang benar SAHAJA. Bukan bagi lelaki, yang mengamalkan poligami kerana betul-betul mahu menjaga diri dan wanita itu serta mengharapkan keredhaan Allah.. Beza ya! Lelaki yang kahwin dengan Nafsu.. Lelaki yang berkahwin LILLLAHITAA'LA..








Bagi lelaki yang sudah menikah, untuk mndapat kebenaran si isteri, acapkali akan menggunakan surah An-Nisa' ayat 3 sebagai umpan serta tiket bagi mereka [melainkan niat mereke sememangnya begitu. Maaf ya. semua ini bergantung pada NAWAITU! Bukan kehendak diri semata-mata!]. 






"Dan Jika kamu khhuatir tidak akan mampu berlaku adil terhadap perempuan yatim {apabila kamu menikahinya), maka nikahilah perempuan yang kamu senangi, dua, tiga atau empat."






Sekiranya tidak,








"Dapat Payung emas di Syurga" <- Ini, antara yang popular juga. -.-'' Beri Fairy masa sikit untuk huraikan payung emas ni, berbanding ayat Nisa tadi. Fairy tertanya-tanya juga pada permulaan, betul ke?? Tak pernah dengar pun. Even, Pak Wan [pekerja ayah Fairy] cakap, bende tu betul. Dia punya kakak cakap n blablabla. Sighhh.. -.-''








Fairy xpernah dengar lagi sebarang hadis YANG MENJAMIN KEWUJUDAN PAYUNG EMAS ni. Malahan, Payung emas ni BUKAN JAMINAN UNTUK MASUK SYURGA. Sekiranya begitu, inilah berlakunya ketidak adilan. Padahal, Allah itu Maha Adil. Bersifat Adil dan Saksama. Sekiranya si isteri meninggalkan solat, puasa atau ibadah3x yang WAJIB dilakukan, sebaik si suami memberitahu hal itu, si isteri anggap menganggap mudah hal-hal ini. Disinilah, berlaku banyak kepincangan [betulkan ejaan tu? Kalau salah, cara pronounce dia betul :P]








Benar, kebaikan mudah untuk dilakukan. Tetapi, jangan kita lupa, keburukan juga mudah untuk dilakukan! Jadi, sekiranya boleh, usah menjadikan 'payung emas' ini sebagai 'tiket' atau 'umpan'..








Right, Barulah kita cuba huraikan atau menjawab Surah An-Nisa ayat 3 ini :)








Jadi, melalui ayat itu, Allah mengizinkan poligami. Benar. Itu, kita tidak boleh tolak! Poligami, sebenarnya, kita tidak boleh tolak atau langsung tidak membenarkan. Tapi, kita boleh 'mengelak' :) Contoh elak ialah sebagaimana Nabi Muhammad SAW melarang Ali Karamallahwajhah [menantunya sendiri] untuk menikah satu lagi yakni memadukan Fatimah. Siap Nabi Muhammad SAW bercakap mengenai hal itu di atas Mimbar + Memberi khutbah ; menunjukkan betapa dia melarang Ali melakukan hal sedemikian! 








Hadis sahih yang diriwayatkan Bukhari dan Tarmidzi dan Ibnu Majah.


"Nabi marah mendengar puteri beliau, Fatimah akan berpoligami. Nabi pun langsung masuk ke masjid, naik mimbar dan berkhutbah di depan banyak orang. Beberapa keluarga Bani Hasyim bin Al-Muhghirah minta izin kepadaku untuk mengahwinkan puteri mereka dengan Ali Bin Abi Thalib.




Nabi bersabda : Saya tidak mengizinkan. Sama sekali tidak mengizinkan. sama sekali, saya tidak akan izinkan, kecuali apabila anak Abi Thalib [yakni Ali] menceraikan anakku dahulu. Fatimah adalah sebahagian dari diriku, apa yang meresahkan dia, akan meresahkan aku, dan apa yang menyakiti dia, akan menyakiti aku juga. @ [bahasa arab] Inni La Adzan. Tsumma Laa adzan. Tsumma laa adzan illa an ahabba Ibn Abi Thalib an yuthalliq ibnati. Fatimah bidh'atun minni, yuribuni ma arabaha ma yu dzini ma adzaha."






Nampak sdikit kan? Nabi mengamalkan poligami, tapi, melarang Ali mengamal poligami, kerana nabi sendiri tahu betapa sakitnya Poligami ni! Jadi, ini kesimpulan di antara 'menolak yang mana sama sekali tidak membenarkan' serta 'mencegah boleh dikira tolak juge laaaah'.. Mencegah demi apa? Mencegah daripada anaknya disakiti! *kan ada Masatu, keluar Berita Harian, Datuk Nooh Gadut kata pasal tolak poligami BERDOSE BESAR* Khilaf pendapat.. Khilaf..Khilaf! 








Sebelum itu,




"Dan Jika kamu khhuatir tidak akan mampu berlaku adil terhadap perempuan yatim {apabila kamu menikahinya), maka nikahilah perempuan yang kamu senangi, dua, tiga atau empat." Berhenti? Itu sahajakah ayat 3 di dalam Surah An-Nisa. Sepertimana yang Fairy kata tadi, Allah itu Maha Adil :)








"Tetapi, jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil, maka nikahilah seorang saja, atau hamba sahaya perempuan yang kamu miliki. Yang deimikian, itu lebih dekat agar kamu tidak berbuat zalim."




Ayat itu merupakan ayat sambungan kepada Surah An-Nisa' ayat 3.








Allah berfirman di dalam surah An-Nisa' ayat 129 :




"Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri (mu) walapun kamu sangat ingin berbuat demikian."






"Aku boleh berlaku ADIL TERHADAP ISTERI-ISTERI AKU." <- seringnya, inilah perkaataan yang akan keluar sebaik disoal mengenai keadilan terhadap isteri. Adakah cukup keadilan yang hanya dengan pakaian, wang ringgit sume tu? Beri Fairy gelak sebentar. Hati seorang wanita?? Bagaimana hendak berlaku adil tuuu? Sekiranya dapat jawab soalan itu, :) Alhamdulillah. Anda ada cara anda sendiri. Meskipun, hal itu sangat mahu dilakukan, tapi, malangnya, kelemahan kita lebih ketara.. 








Pernah dengar kisah tidak? 






Aisyah menyebutkan bahwa: “Rasulullah selalu membagi giliran sesama istrinya dengan adil. Dan beliau berdoa: “Ya Allah, inilah pembagianku terhadap istri-istriku pada apa yang aku miliki. Karena itu, janganlah Engkau cela aku atas apa yang Engkau kuasai dan tidak aku kuasai”. (HR. Abu Daud, Tirmidzi, Nasa‘i, dan Ibnu Majah, dari Aisyah.)






Nabi SAW Berdoa sedemikian??? :O Subhannallah! Jelas di sini, Nabi SAW, seorang nabi, seorang Rasul Ululazmi, seorang Maksum, berdoa begitu, berbanding dengan lelaki yang kelihatan egois berkata 'MAMPU' O.O Wooooow! Hebat! Hebat! Tepuk tangan di atas kata-kata 'Mampu' itu. Menunjukkan di sini, betapa kerdilnya Manusia ini! Betapa egoisnya manusia ini! Betapa BANGGA manusia ini! Jadi, perkataan apa yang mampu untuk 'MAMPU' ni?? MUdah dan senang. "INsyaAllah, sekiranya Allah mengizinkan."






Soal keadilan? Tak mampu.. Wanita mungkin tidak cakap, mereka simpan kerana dikhuatiri merunsingkan si suami. Banyak sebenarnya nak huraikan soal adil ni, Tapi, nanti..nanti. sbeba, ada banyak situasi yang menunjukkan 'adil' ni. :)
*Sebagai contoh Citer ayat-ayat cnta. Korang tengok kan? Mesti tgok. So, Aisyah cemburu, tapi, dia tidak beritahu fahri pon :)*








ada lagi ke yang fairy nak cakap pasal poligami ni? Ada, mungkin. Kalau-kalau terkeluar dari otak fikiran, Fairy akan post AFTER PMR laaa :) mana bleh dlam waktu terdekat! Study lebih penting. So, Untuk post seterusnya, Fairy ulas tentang Qada' Dan Qadar pula. 








"Dan Takdir tertulis aku dan dia akan kahwin." <- Ni, pon popular gak kan? Apa jawapan yang boleh kita balas.. Ada :) Jangan Risau. Takdir Allah itu benar. Tapi, konsepnya SALAH :) Bertemu lagi. Assalammualaikum..





No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...