UNDER CONSTRUCTION !

Thursday, September 8, 2011

Satu Pertanyaan yang mengejut, bagi Fairy.








Fairy rasa lebih baik Fairy ceritakan hal yang sebenar, sedikit. Tidak mahu membuka aib sesiapa cuma menjelaskannya secara umum agar tidak berlaku sebarang perasaan curiga terhadap antara satu sama lain.






mengulas kepada pertanyaan yang ditanya oleh 'Hamba Allah S.W.T' , Fairy rasa ada sesuatu hal yang pelik, juga aneh. di sini, 'tapi, biarlah disimpan di hati, agar tidak terjadi su'zon. Ya. Peliharalah hamba, Ya Hafiz.






Posting 27 Ogos, herm. tertulis jelas nama seorang wanita. Usah ditanya siapa, kerana itu merupakan hak peribadi yang pelu kita simpan rapi. Namun, entah mengapa, hari itu, Fairy benar3x mahu menulis namanya agar Fairy berasa sedikit puas dengan apa yang Fairy sembunyikan.










"Hamba Allah S.W.T",
sekiranya boleh saya tahu, siapakah saudara/saudari? adakah saudara/saudari mempunyai sebarang ikatan dengan wanita itu atau sekadar ingin mengetahuinya. Maaf, sekiranya bahasa saya agak kasar. Namun, saya perlu akui, saya marah padanya kerana hal-hal yang tertentu. Saya tidak memusuhi dia. Dan saya juga tidak ingin mencari musuh. tetapi, semakin banyak kata-kata 'orang' mengenainya, saya tidak boleh mnipu diri-sendiri. Derita saya, hanya saya juga Yang Maha Esa sahaja mengetahui.








Sebagai manusia,
saya ingin rasa bahagia. kerana pada dasarnya, saya mencemburui rakan-rakan yang mempunyai "usrah" yang bahagia. Maaf. penggunaan kata bahasa arab. Sekiranya saudara/saudari mengenalinya, maka kemungkinan sekali, saudara/saudari akan mengenali saya juga. atau mungkin seseorang yang rapat dengan saya.








Perasaan marah, hanyalah ketika itu. saya perlu akui, saya hanya marah. dan saya tidak dapat mengawal emosi dengan melihat tangisan di mata orang yang sangat saya sayangi. Hanya itu sahaja. sudah cukup untuk saya melihat diinya sedemikian dan saya tidak sanggp melihatnya lagi. Saya mahu dia hidup bahagia dan bebas. Kerana itu, saya marah pada wanita berkenaan.








Namun, secara dasarnya, saya memaafkan dia. Kerana, saya tahu, apa yang terjadi, ada hikmahnya. malah, saya amat berterima kasih padanya juga, kerana, dngan kehadirannya dalam kehidupan saya, keadaan seperti ini mengajar saya untuk kuat menanggung apa pun jenis cobaan yang Allah beri. Memang benar, cobaan datang tidak kenal siapa, mengapa, dimana dan bila. Tanpa kehadiran dia, saya yakin, perubahan di dalam 'usrati', xkan mungkin saya kecapi atau mungkin sekali, saya akan hidup dalam ketakutan seperti dahulu. dan, saya tidak mungkin rasa kasih sayang yang mampu membuat saya tertunduk kerdil kerana merasai hangatnya kasih sayang. [dia]








Saya menganggapnya musuh bukan kerana saya ingin mencari musuh, tetapi, saya anggap dia musuh kerana ada sebabnya yang tidak dapat saya jelaskan. jadi, sekiranya saudara/saudari membaca, Tolong email saya di :






fairy.1996@yahoo.com








disitu, akan saya jelaskan semuanya, sekiranya perlu agar saudara/saudari mahu. Bukan niat bermusuh, cuma rasa disakiti. Itu sahaja. Maafkan saya. akan saaya padamkan namanya di dalam post itu. Juga, saya bersedia untuk menjelaskan apa yang saya maksudkan. kerana, saya tahu, saudara/saudari mengenalinya. Bukankah begitu? Usah salah faham.."
















p/s : Fairy dapat rasakan.. "Hayya nanzara man hiya au huwa." 

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...