UNDER CONSTRUCTION !

Tuesday, October 18, 2011

Adakalanya, kita perlu..







Hati meronta-meronta,
memendam rasa gelora,
sehingga batinku terseksa,
Membawa sengsara di jiwa.

adakalanya,
aku senyap seribu bahasa,
membiarkan apa yang tersemat di jiwa,
hilang begitu sahaja.
Tapi, adakalanya,
aku tak terdaya,
aku biarkannya lepas bak burung bebas daripd sarang penjara,
sehingga akhirnya aku lega.

perasaan tak mampu aku kata bagaimana,
adakalanya membawa bahagia,
adakalanya membawa derita,
kerana itulah dunia,
yang seringnya penuh pacaroba..



Hati? mana mungkin menipu.. Wajah rahsia kepada hati :) Tp, adakalanya, kita xboleh pegang kata3x itu. sebab, kita mampu berlakon. Berubah menjadi seseorang yang baru, walau di dalam hati, ada sahaja yang xbetul..





Semuaorang ada kisah masing-masing. masing3x pernah rasa gembira. masing3x pernah rasa sesuatu yang menderita sehingga mampu mencengkam jiwa. Fairy pun pernah. Normallah, itulah kehidupan. hidup yang sokmo gembira, tanpa sebarang ujian yang dia hadapi, umpama hidup itu, sangat membosankan. percayalah..


Fairy pon pernah rasa 'sakit jiwa'. Hati kita? siapa yang tahu kan? Macam Fairy, Fairy bukan jenis suka beritahu apa ynag terbuku dalam hati. TIDAK! Jarang sekali Fairy dpat luahkan perasaan Fairy yang sebenar, MELAINKAN, Fairy betul3x xtahan. Kadang3x, air mata mengalir tanpa diduga, dek kerana tak tertahan menanggung di jiwa. Korang faham kan, bagaimana? 



Fairy bukanlah seorang yang pemendam perasaan. Fairy luahkan. Tapi, bukan dengan cara cakap dengan kawan. Fairy ada cara sendiri.. Contohnya, Fairy lebih suka mengadu pada Allah. Kerana, dia lebih memahami kita. Nak bersama manusia, kita kena faham, manusia tidak sempurna. Emosi menentukan jalan y mereka pilih. Bukannya sepenuhnya mengikut keadilan. *pengadil bola pon buat silap.*



Tp, berbeza dengan rakan3x Fairy. Fairy ni, senang detect rasa orang sikit. Bila riak waah berubah, Fairy akan suruh dia lepaskan. Tak kisahlah macam mana. Kena cerita pada Fairy. Sebab, Fairy nak diaorang lega. Fairy lebih suka menadah telinga daripada membuka bicara.


Seperti korang yang tengok Fairy pada waktu kini,
Riak wajah Fairy sering menggambarkan kegembiraan. Tersenyum xkira masa. adakalanya, bergelak ketawa bersama-sama. hahahaha. tapikan, izinkan Fairy bertanya pada rakan3x Fairy, xsemuanya kita perlu tonjolkan. Mengapa perlu kita tunjukkan kesedihan yang hanya menyeksa jiwa dan raga? Kita perlu lakukan transformasi. Ujian yang dihadapi Fairy, tak semua ketahui.. Jadi, adakah munasabah sekarang ni, Fairy tunjuk Fairy bersedih walaupun mmg dalam hati Fairy sedih?? perlu ke? 



sekiranya Fairy bersedih sepanjang waktu, bila waktu yang tepat untuk Fairy mengukir senyuman yang boleh merawat hati yang sedang terluka.. adakalanya, KITA PERLU BERLAKON!


adakalanya, FAIRY PERLU BERTINDAK BODOH agar perkara3x yang Faiy simpan tidak terhidu oleh sesiapa! Fairy xtah bagaimana untuk jelaskan semuanya. Fairy ada kisah sendiri. ada kisah sedih sendiri! ada dugaan yang menimpa sehingga tak mampu diselesaikan macam itu je. Tak salah untuk Fairy, pergi sekolah, senyum n ketepikan kesedihan. 





Janganlah lihat Fairy sebelah mata sahaja.. Fairy jga manusia,. Fairy xterhindar daripada menerima ujian yang pelbagai.. kisah hidup masing3x, masing3x punya.. Fairy lebih sanggup orang pandang Fairy macam 'orang xbetul' @ 'bodoh'  kerana terlalu suka tonjolkan rasa gembira drpada mereka tahu apakah rahsia yang Fairy simpan. Hak masing3x untuk mengkritik diri Fairy. Biarkan sahaja. Biarkan hal itu xbetul sekalipun, Fairy terima.. sbb, bende tu mmg xbetul :) hehehe.



'nak buktikan kebenaran itu susah. Tapi, nak mncari kesalahan itu senang' ; pikekan3xlah ayat ni..




No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...