UNDER CONSTRUCTION !

Thursday, October 13, 2011

Kerana fairy..


Tok Daddy,
engkau pergi pada hari yang mulia,
menyahut seruan yang maha Esa,
menghadapnya untuk mengisi kerinduan di jiwa,
Dan, kini, Aku redha.

Tok Daddy,
tidak aku sangka,
Kucupan itu adalah yang terakhir,
Salam itu adalah yang terakhir,
Perkataan 'bye' yang keluar dari bibir,
adalah ucapanmu yang terakhir.

Tok Daddy,
saat aku mengucupmu,
dalam keaadaan nyawa sudah bercerai dari jasadmu,
tidak mampu aku tutup segala kesedihan itu,
sesungguhnya aku menyayangimu.

Tok daddy,
sehingga akhir nyawa,
tidak mungkin pernah aku lupakan detik-detik kita bersama,
Kerana Engkau adalah segalanya,
Antara lelaki yang paling bermakna dalam jiwa.

Yang sungguh mencintaimu segenap jiwa ! Farihah Amirah Binti Ahmad Faiz.








Fairy masih ingat akan sajak ini. Bagi korang yang follow blog Fairy [yang satu lagi.. ehem..ehem] , korang perasan la akan sajak ni. :) Malangnya, Fairy dh privatekan. so, xde sapa boleh check dh. Dulu, Fairy rajin sangat reka sajak. Bagi Fairy, dulu. sajak merupakan cara kita ekspreskan perasaan kita. Setiap kali post, ada sahaja sajak yang Fairy tulis. Tapi, bila dh tinggal lama, dh lupe dh O.O






Well, gamba tu :) hermm. Gamba yang bermakna, Dalam banyak3x gamba Tok Daddy, Fairy hanya sukakan gamba tu :) sbb, Tok Daddy peluk Fairy :D wajah tok daddy pon tersenyum.cume, Fairy muke cemek. :P haha. cemek macam mana? kawan3x pompuan classmates fairy tahu lah :) sbb, bila diaorang buka Quran Tafsir Fairy, diaorang akan tgok.






Motif Fairy letak gamba ni di dalam Al-Quran, supaya apabila Fairy baca, Fairy akan sedekahkan untuk atuk setiap hari, setiap kali Fairy baca. dan, fairy akan ingat dia.






Tok Daddy merupakan antara individu yang paling Fairy sayang di dunia ni. Dia sentiasa buat Fairy tersenyum, ketawa! Hahaha. Dia sentiasa berjaya untuk hiburkan hati Fairy. Mana mungkin Fairy kata fairy tak sayang akan dia.






Fairy masih ingat, pada hari dia tinggalkan Fairy sekeluarga, sehari sblom itu , kirenya malam tu lah, Fairy akan setiap hari ke rumah tok daddy bila balik dr sekolah. malam baru balik, after mama n ayah pulang kerja. Kalau xsilap, Mak Cik Niar ada kat Indonesia , dia balik sementara sbb mak dia sakit. ada satu perkara yang Fairy rasa sangat bersalah sehingga ke hari ni. Fairy tak mampu lagi nak ucap kat mama, ayah, adik-adik sume perkataan 'maaf'..






Malam sebelum dia pergi, dia ajak kami semua makan malam di situ [macam biasa]. So, xrasa lah perkara-perkara yang pelik. Sbb, orang kata bila seseorang nak meninggal, ada tanda-tanda pelik. But, kami terpakse tolak. Kerana apa? kerana..., 


FARIHAH AMIRAH BINTI AHMAD FAIZ!


Sebb apa? Sebab, pada 4 Jun 2010, Fairy akan menghadapi peperiksaan. Last paper. Arab dan Science paper 1.
Lepas bincang ngan mama, bahawa Fairy exam , mama suruh Fairy yang tolak pelawaan Tok Daddy!






"Sorrylah tok! Hari ni amira tak boleh. Esok ada exam! Esok eh, atok? Esok!"
"Ok! Esok! Janji?"
"JANJI!" [amia mungkir janji ke, Tok :'(]






Ok. done. Lepastuh, pulang la kan. Seblum pulang, macam biasa juga, akan salam+ cium wan. Lepastu, peluk+cium+Tok Daddy! *wan, Fairy xpeluk? haha. kelakar. dulu, Fairy takut ngan wan! sebab, wan sokmo marah Fairy. Bila fairy panjat sofa, wan keluarkan rotan! haha. Nakal Fairy ni! >.< tapi, sekarang? Wan xmarah-marah dah. Wan cool je after Tok Daddy meninggal*






"bye tok!"
"Bye!" dia lambaikan tangan dia. Fairy xsangke perkataan 'bye' tu merupakan kata-kata dia yang akhir untuk Fairy! yang terakhir! Could you imagine how My feeling is?? Fairy tolak untuk DINNER YANG TERAKHIR BERSAMA DIA kerana Exam? so, siapa yang plu Fairy salahkan? fairy plu salahkan Exama tau diri Fairy sendiri?? atau mungkin, Fairy perlu salahkan sekolah kerana tetapkan exam pada hari itu? 




Sampai sekarang, Fairy xminta maaf kat mama, ayah n adik3x pasal bende ni. Kerana Fairy xsanggup. But I know that, Mama n ayah akan buka blog Fairy ni. Sebab apa? Fairy kata kat mama n ayah, bahawa diaorang XKENAL FAIRY YANG SEBENAR! so, antara sebab mengapa diaorang plu slalu tgok blog Fairy kerana diaorang 'nak tahu Fairy y sebenar'






Ma, ayah, aida, aiman n ammar,
amira minta maaf. [tak nak teruskan, boleh? Fairy xboleh kawal emosi sekarang ni. Macammana 'bad' rasanya semua ni!]




Detik waktu dapat khabar berita Tok Daddy meninggal.
Hari tu, Hari Jumaat. Paper pon, dua je. arab dan sc pper 1. Time tu, tgah exam arab. paa pukul 8:30 pagi, Fairy menangis secara tiba-tiba tanpa tahu sebabnya. *Kemy? awak mesty ingat time ni kan. awak tgah intai saya time tu. shingga awak tanya sya menangis. saya kata sy menangis sbb bende lain, hal3x yang saya xtahu kenapa. but, akhirnya setelah beberapa hari pike, baru sy tahu saya menangis sbb apa. Yang pasti, awak sudah tahu kenapa dan mengapa.*




Readers, korang rasa sebab apa?
Ya.. fairy menangis kerana Allah berikan Fairy hidayah dia ketika itu. Langsung tidak terlintas Fairy akan menangis kerana Tok Daddy meninggal pada pukul 8:30 pagi! Even, Fairy pike Fairy menangis sbb lain? kenapa tetibe, Fairy menangis, Fairy plu tgok jam? Pelik kan? Seumpama drama. Tapi, ini realiti. Drama kehidupan Fairy :)






2 soalan akhir sc paper 1, Cikgu Harlyana dapat call dari pejabat. katanya bapa saudara Fairy nak jumpa. O.O bapa saudara nak jumpe? so, time berjalan gi pjabat, mmg Fairy terpike gak. sapa yang nak jumpa Fairy ni! orang tgah exam, boleh dia nak jumpa. macam kat luar skolah xboleh jumpa. 


But, setibanya Fairy kat pejabat, Fairy nampak Pak Wan, pekerja ayah Fairy.






"Pak Wan? kenapa?"
"Sejak bila dia jadi bapa saudara gua ni?" bisik hati Fairy. sempat lagi tu.
Pak wan berdiri dan terus gi depan Fairy.
"Amira. Atok dah meninggal."
Atok? atok mana ni? boleh sempat lagi Fairy pike. Fairy xterpikekan Tok Daddy. Fairy hanya pikekan Odang [odang ialah panggilan 'atok' di Melaka]
"Bila meninggal?"
"Pagi tadi. Pak wan nak ambil amira pagi tadi, tapi, ayah kata amira periksa. so, ayah suruh bila dah nak habis exam. ayah suruh balik ke Tok Sera. Sebab tu, Pak wan ambil amira sekarang."




Tok Sera?? Tahu dah Fairy siapa yang meniggal tika itu. Rasanya, itulah air mata yang paling cepat sekali mengalir seumur hidup Fairy. Bila Pak Wan cakap Tok Sera, Fairy bayangkan Tok Daddy. Tidak sempat 5 saat, Fairy mampu menitiskan air mata.






Fairy jalan berlari menuju ke kelas, masuk kelas n menangis. Katanya, kawan3x tgok kat Fairy. Fairy nangis dulu. Even, kerana nak pulang punya pasal, 2 soalan akhir, Fairy hentam kerana setiap kali Fairy baca, Fairy xboleh fokus, malah, Fairy xfaham apa yang Fairy baca. Fairy bagi kat Cgu Harlyana n balik.


apa yang mampu Fairy katakan? sebaik Fairy tiba di Tok sera, fairy lihat sekujur tubuh yang ditutup dengan kain batik di atas, Fairy hanya mampu menangis.Lihat orang membaca yassin, Fairy xmampu membaca Yassin. Lihat buku Yassin seumpama Fairy buta huruf! 


Sehingga keadaan menjadi tenang, barulah Fairy baca Yassin untknya.






Detik untuk cium Tok Daddy adalah detik yang sangat memilukan. Fairy tidak pernah kehilangan orang yang paling Fairy sayang di dunia ni. Jadi, Fairy tidak pernah rasa bagaimana BUt, Bila Fairy rasa, Fairy rasa sakit yang teramat sangat. Sedih, tak mampu dikata bagaimana. Kata-kata tidak mampu untuk mengatakan bagaimana perasaan Fairy tika itu.






Fairy jadi ingat, dulu, waktu Tok Daddy masih ada, Tok Daddy sokmo beli Yakult untuk kita semua. Dia mesti akan beli udang+sotong+ketam setiap minggu sbb dia tahu, makanan fav kami ialah seafood. ada sahajalah makanan fav kami stiap minggu. Itulah cara Tok Daddy pancing kami agar kami selalu ke rumahnya. 




Dia juga akan suruh Fairy picit kaki dia. Dia sokmo puji Fairy, katanya, Fairy picit sedaplah. hahaha :D dan, kadang3x dia akan cerita balik perihal dulu. Contohnya :






"Dulu, amia sokmo tgok Mr Bean. Kalau atok nak tgok Berita, mesty xboleh. sbb, amia nak tgok Mr Bean. Amia bile tgok Mr Bean , mesty ketawa macam ni [atok buatlah]" haha. Fairy ketawa. :')




Itu, memori. Tok Daddy sokmo buat Fairy ketawa. dia kelakar. dia orang yang faham akan perasaan Fairy. dialah atok yang paling terbaik di dunia! Tiada sesiapa mampu gantikan tempat Tok Daddy di hati Fairy. Dialah yang terbaik. 






"Atok!
Atok kata kat amia, kalau boleh, atok nak cucu atok jadi Doktor. Boleh rawat atok bila atok sakit. amia tak tahu sama ada amia mahu jadi doktor atau tidak. amia cuba pujuk diri amia menjadi doktor. tapi, impian amia berbeza daripada apa yang atok hajati. Namun, sekiranya, Allah telah tunjukkan bahawa permohonan amia ditolak, maka, amia akan kekal di SMART dan mengambil sains. :) Maka, amia tahu, itulah petunjuk Allah.






Atok! 
Amia rindu pelukan atok! Bila amia peluk atok, amia suke sangat. Sebab atok 'comel' , bila amia tepuk belakang atok, amia rasa macam peluk teddy bear yang 'besar punyeeeeer' dan 'lembut'. [Hehe. Atok jangan marah. amia gurau je ni. Saja, biar amia tersenyum :)] Atok sendiri tahu, amia sayang sangat dengan atok. amia tak mampu nak cakap apa3x lagi atok. amia hanya mampu menangis je sekarang ni. Atok, tanpa amia jelaskan, amia tahu atok dapat rasakan perasaan amia."






orait. Fairy berhenti sampai sini lah. alaaah. lagipon dah lewat. kene tdo! Ya! Fairy kene tdo dah pukul 1:40 pagi! esok skolah.


atok! amia sayang atok selamanya..













*sempat lagi Fairy letak gamba abuji O.O
mesty. sebab tu, Fairy sangat paham akan perasaan abuji.
dia kehilangan orang yang dia sayang.
sama la cam post Fairy yang ni, kan ^____^
well, Farihah amirah. Berhnti menangis la.
Nak tdo dah pon.
Nite..nite.*

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...