UNDER CONSTRUCTION !

Saturday, October 1, 2011

Majlis Restu Ilmu..


Semalam, 30 Oktober 2011, Majlis Restu Ilmu bagi Murid Tingkatan Tiga telah pun diadakan.. Alhamdulillah. semuanya berjalan dengan lancar. Seperti biasalah, Majlis Restu Ilmu,. sekiranya tiada yang menangis, memang bukan Majlis Restu Ilmu namanya tu, bukan?? Sekurangnya, ada la juge.





Jujur Fairy cakap, Fairy pun tidak dapat tahan sebak. Sedang3x beratur menunggu giliran untuk salam tangan cikgu3x sume kan, tetibe... PAAAAP!


"Aayah dan ibu... ayah dan ibu... Itulah permulaan kami."



Korang ingat Fairy ni jenis bagaimana?? Fairy ni x boleh dengar lagu3x begini. Cepat sangat tersentuh. Sangat cepat! N then, tetibe..,



"Fairy! Cikgu Raja menangis." tegur Shahirah. Mata Fairy terus beralih ke arah Cikgu raja. Ketika melihat wajah Cikgu Raja, time tu Fairy xtahan. Kerana fairy ni jenis xsanggup tgok orang nangis. Kalau orang nangis depan Fairy, Fairy akan menangis sekali. Itulah Farihah Amirah..
Sewaktu kolam dimata dah ada, Fairy terus kibas3x tangan Fairy kat mata!



"Saya xnak nangis hari ni. Tak nak nangis." banyak kali Fairy cakap kat diri sendiri termasuk dengan kawan3x lain.



Guru pertama yang Fairy salam Cikgu Sarimah. Time tu sedang tahan..
Cikgu Sarimah banyak jaga. Dia cikgu Kanseling. Fairy apabila ada masalah, memang sering ke sana. Cume, tahun ni, Fairy xpernah gi. Sebab, Fairy boleh handle sudah, Alhamdulillah., Tahun lepas je la. Masalah yang bertubi membuatkan Fairy kerap ke sana. Minta nasihat + motivasi.



Seterusnya, Teacher Mastura, Guru kelas Fairy.
Lihat sahaja wajah Teacher, Fairy nangis dahulu sebelum sempat salam tangannya. Fairy salam teacher. N teacher cium n peluk Fairy. Fairy rasa dada Fairy tak tertampung lagi rasa sebak itu. Air mata membasahi pipi Fairy! Sungguh! Fairy tidak tahan! Teacher Mastura, beb! Dia banyak kali memberi nasihat pada Fairy supaya Fairy bersabar akan apa3x yang menimpa dan jangan ambil kisah pasal masalah! Tolakkan ke tepi dan fokus pada PMR!



Then, Cikgu Anita.
Tak tahan! Tak Tahan!! 

[skip eh? Fairy terus kepada guru3x yang mengajar Fairy je la. Kalau sebut satu-satu, memang akan sedikit bosan. Sebab., Fairy akan kata Fairy menangis sahaja. Memang hiba betul! Sampai sekarang, masih terasa lagi.. :'(]



Teacher Hashimah..
Apa yang perlu Fairy katakan?? Inilah cikgu yang kembali memberikan Fairy harapan. Cikgu yang sangat baik! Cikgu yang sangat memahami! Kata-kata apa yang mampu Fairy describekan ttg Teacher? Tiada!!! Sewaktu Teacher cium pipi Fairy, Fairy hanya mampu mengalirkan air mata! Dia ajar KAMI, SATU KELAS DENGAN begitu BAIK !!!



Cikgu Raja Roslinda.
"Farihah! Buat yang terbaik tau! Cikgu percayakan kamu."
Melihat cikgu yang menyeka air matanya, Fairy hanya mampu mendakap Cikgu dengan erat. Dada Fairy sebak! 



Ustazah Hamidah..
Fairy terus ke arah Ustazah, Fairy salam, Fairy peluk Ustazah seerat-erat yang mungkin! Sewaktu Fairy mendakap Ustazah, Fairy dapat rasakan kehangatan kasih sayang seorang ibu! Fairy lihat air mata yang gugur dari kelopak matanya. Sebagai seorang murid, Fairy tidak sanggup melihat air mata itu gugur! KIsahnya sama sahaja seperti Fairy tidak mahu melihat mama Fairy menangis.
Sewaktu Fairy peul Ustazah, memang lama! 



Dialah pembakar emangat Fairy! Seorang guru yang tidak jemu menjawab pertanyaan Fairy yang betubi-tubi. Guru yang sentiasa menyuruh Fairy bersabar! Guru yang menjadi pendengar setia Fairy! Guru yang sangat memahami isi hati Fairy! Guru yang penuh dengan sifat keibuan.




Ketika dalam dakapan ustazah, tiada kata yang mampu Fairy lafazkan. Sungguh erat dakapan Ustazah, makin eratlah dakapan Faiy terhadap dia.. Ustazah, yang terbaik, Fairy janjikan untukmu..




Ustazah Amirah..
Dialah Ummi Fairy! Jugam pendengar setia Fairy! Seumpama tiada rahsia antara Fairy dengannya. Dia juga merupakan penghibur Fairy. Pendorong Fairy! Penyumbang kepada kegembiraan Fairy Dia sering percaya akan Fairy! Sentiasa memberi semangat serta membakarnya agar kian marak! Entahlah, Fairy tidak tahu bagaimana hidup Fairy sekiranya tiada Ustazah Amirah.. Dialah guru, dialah sahabat, dialah ibu! 3 in 1 :) 




Sama sahaj seperti Ustzah Hamidah.

Mendakapnya, Fairy rasa lapang dan sedikit tenang.. 




Keluar dewan, Fairy tunduk dahulu. Dan, Fairy lepaskan.
Shingga tersedu-sedu..
Bukannya apa, cuma, wajah-wajah itulah yang mendidik Fairy sehingga begini.
wajah-wajah itulah yang sentiasa mengingati Fairy akan dunia realiti.
sesuatu yang tak mungkin Fairy dapat balas langsung dengan apa-apa.



Uhukkk..uhuk.. 
Lepastu kan, kami [hanum,ekin,ika,husna,fasha,mimi,anis] gi cari Cikgu Norliza.
Ni pon sebak gakkk.
Xtahan benar Fairy tengok kaan3x Fairy nangis..



Hah.. Ni nak citer ni,
seumur hidup Fairy, selama Fairy berkawan dengan,
Ainul Husna,
Tidak pernah Fairy lihat dia menangis.
jadi, apabila melihat dia menangis, Itu bagaikan waktu yang bernilai.
Berharga gila.
Orang kata, peluang keemasan. hehehe.. :)










"jadi, Inilah waktunya.
Penentuan kepada segalanya-galanya.
Pembakar kepada semangat jiwa.
Kelak, akan ku buktikan pada dunia.
Aku juga manusia yang berguna.."





Ihsan : Gamba abuji
Terbaiklah abuji!
Kene dengan tajuk saya!
Sedih! Berpandangan jauh!
Wallawyhhh!




Jadi,
disini, 
Fairy ingin memohon maaf kepada readers.
Sekiranya, dalam banyak3x post Fairy ni,
membuatkan hati readers semua terguris,
Maafkan Fairy..
Doakan kejayaan Fairy..
DEmi guru-guru, demi ibu bapa, demi diri sendiri.  LILLAHITA'ALA.

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...