UNDER CONSTRUCTION !

Monday, October 24, 2011

Pakai Mask? Jawapan..






Berdasarkan jawapan yang diberi Ustazah Wan Mahiah Binti Wan Endut. termasuk, hukum-hukum yang telah selesai Fairy buat rujukan.




Baiklah. Tujuan Fairy post entry ni adalah supaya kita dapat menambah ilmu baru. Dan, Fairy kemukan sebab-sebab kenapa pihak ptadbiran menolak atas perbincangan bersama-sama para Ustazah dan Ustaz. Macam mana Fairy tahu?? O.O Fairy tahu sebab....,




Berdasarkan perbincangan Fairy , Kemy dan Ustzah Wan Mahiah pada hari Jumaat yang lalu, Prbualan berlaku secara tidak sengaja apabila Ustzah bertanya pada Fairy, adakah Fairy merupakan AJK jamuan. Nyata sekali, tidak. Lalu, ustzah menanyakan tentang tema itu. ustzah menyuarakan pendapatnya yang mana bagi fairy, sama sahaja dengan apa yang fairy fikirkan.






Fairy akan kemukan , sebab3x mengapa pemakaian Mask tidak dibenarkan ;


1. Motif yang lebih berunsur barat dan tidak mengikut cara ketimuran.
2. Akan hilang sebahagian daripada Iman.
3. Berlakunya Tabarruj.
4. Fitnah boleh berlaku.




Baik. Fairy akan jelaskan.. Kita mulakan dengan hadis Rasulullah SAW :




"Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum maka dia termasuk dari mereka." [riwayat Ahmad dan Abu Daud]

"Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami maka ia akan ditolak." [riwayat Bukhari dan Muslim]

"Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya) ada di kalangan yang mendedahkan ini, melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata ; "Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini" maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilan ia membuka (rahmat) Allah yang menutup keaibannya." [riwayat Al-Bukhari dan Muslim]




Majlis yang dibenarkan di dalam agama suci kita, ialah Majlis yang mempunyai unsur yang baik tanpa unsur syubhah dan menyesatkan. Tujuan jamuan kita, alhamdulillah, masih baik. :)  Memang tiada silapnya untuk kita mengeratkan silaturahim antara kita..




Pemakaian mask? ada orang cakap xberdose.. kenapa haram. betul ke haram? kalau haram, cer beri sebab. Topeng muka. penutup wajah. usah samakan dengan purdah. dimana, topeng lebih kepada menunjukkan 'fesyen, trend, kemegahan serta kemewahan' , lebih kepada budaya barat. Sepertimana yang sudah dijelaskan dalam Hadis yang pertama dan kedua.




Sebagai orang Islam, wajib bagi kita menjaga diri kita daripada berlakunya kekufuran. Pemakaian mask ini boleh menyebabkan ssuatu individu itu kehilangan sebahagian drpada iman mereka. sekiranya, iman kehilangan, apa yang boleh berlaku ketika itu.






Ya! Maksiat :)





Sekiranya maksiat berlaku, adakah majlis yang baik akan kekal baik? Tidak sama sekali. Malah, Malaikat tidak akan mendoakan kesejahteraan kita sekirnya ada unsur-unsur yang mendekati Syaitan. Dari situ, macam-macam boleh berlaku, sahabatku. Sekiranya Allah Murka, adakah bumi ini akan tidak menerima balasan? Adakah kita dapat elak daripada pembalasan Allah? Adakah malapetaka dapat kita tundakan?


Mengenai 'tabarruj' pula.
Memang hal ini sememangnya , xdapat kita elak. Tabarruj sering berlaku. Tabarruj ini bermaksud ; memakai sesuatu secara berlebihan , niat untuk menunjuk-nunjuk. Berlebihan yang dimaksudkan olh kita golongan kepada mask. Kerana.. Pagi petang siang malam, kita tidak memakai apa-apa pada wajah kita. Melainkan topeng doktor ataupun yang waktu tidur tu.. Purdah termasuk sekali. Tapi, bukankah selalunya mask yang untuk tema masquerade , hiasannya berlebihan? Manik-manik. Berkilat, berkilau. Bulu-bulu. 




Tapi, seandainya kita menjaga benar tentang pakaian kita, InsyaAllah, tabarruj tidak berlaku. 








Keputusan Para Pentadbir, Ustazah an Ustaz adalah untuk kebaikan kita juga. percayalah, mereka tidak akan mhalang sesuatu kebaikan.Ilmu mereka lebih tinggi daripada kita yang mana masing-masing berusaha memenuhi ilmu di dada yang rata-rata sekali, xmungkin mampu mencukupi. Mereka tidak benarkan, atas sebab-sebab yang terntu, dan, mereka juga pasti mahukan yang terbaik untuk kita. Demi menjaga reputasi sekolah juga maruah diri masing-masing.






Selagi kita masih hidup di muka bumi ini, ada peraturan yang perlu kita jalankan. sekiranya ingin kita ingkar dengan peraturan yang Allah tetapkan, jangan makan hasil daripada rezeki Allah, jangan tinggal di bumiNya, carilah tempat dimana Allah tidak dapat melihat kita, dan lenggahkan kematian kita ketika Malaikat Maut mahu mengambil roh.. Yang mana, tidak mungkin dapat kita lakukan.. Sangat Mustahil untuk blaku.








Semoga kita ambil iktibar bersama-sama. Juga untuk para readers Fairy sekalian. :) Sebarang kekuarangan, harap dimaafkan. Sekiranya, maklumat yang disampaikan salah,InsyaAllah, Fairy akan perjelaskan dengan bantuan Ustazah-Ustzah, jangan risau..   12:36 a.m , Sekian..
Assalammualaikum..

2 comments:

  1. Assalamualaikum.
    maaf, sy masih xdapat kaitkan..boleh kupas lebih mendalam?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...fairy ea...fairy tu kn maksudnye pari2..ciptaan kristian...
    Tlg tukar name la ye...name islam ke..bru sy rse sdap ckit nk bce blog ni...

    ReplyDelete

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...