UNDER CONSTRUCTION !

Monday, October 24, 2011

Poligami? Part 2.





Alhamdulillah. Dapat juge Fairy post pasal bende ni. Fairy baru sahaja baca entry Fairy yang sebelum ni, tetibe, terus ingat. Time ni, Fairy update gak. *Sambungan kepada Poligami? Part 1




Amaran awal,
post ni bukan mengjar pembaca MENGHARAMKAN poligami, sebaliknya, mengjak pmbaca berfikir dan berfikir dan berfikir.




"Sayang.. Maafkan abang. Sudah takdir menentukan abang menikah lagi."




Kalau nak cakap pasal takdir, ramainya xboleh tentang. Sebenarnya, bagi pihak wanita, mereka akan senyap dan menerima atau mungkin akan mengamuk dan sebagainya. dalam kondisi ini, ada cara untuk kita membalas kenyataan 'takdir' yakni ketentuan dan ketetapan [Qada' dan Qadar] Allah.




Ingat.. Allah itu Maha Adil. keadilan Allah itu tiak terbatas malah tidak melihat pangkat, darjat , kedudukan seseorang itu. Sekiranya salah takdir, adakah seorang penjenayah menganggap apa yang menimpa meeka itu di atas kesalahan takdir?? Woooow. Sekiranya begitu. Kita tidak perlukan Syaitan untuk menggoda kita. kerana, sudah takdir dia tu penjenayah.. 




Sebenarnya, manusia ini diberikan pilihan dalam menentukan takdir mereka sendiri.
Ada jalan A.
Ada jalan B.
Sekiranya kamu ambil jalan A, inilah jalan kamu.
Namun, sekiranya kamu ambil jalan B, maka , inilah jalan kamu.
Lihat, betapa adilnya, Allah :)




Ok. Kita perlu faham konsep takdir ini dahulu sebelum Fairy pergi ke point yang boleh melibatkan kepada isu poligami ni.  






Qada' mempunyai dua bahagian.
1. Qada' Mubram.
2. Qada' Muallaq






apa pula maksud qada' mubram dan qada' muallaq??


Qada Mubram Adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh apapun. Contohnya, mati, JODOH.


Qada Muallaq Adalah ketentuan yang bergantung kepada usaha manusia itu sendiri. Contohnya, berjaya dalam peperiksaan.




Konsep salah qada' dan qadar ;
menganggap ketentuan Allah ini penghalang kejayaan, mundur, padahal, ketentuan mampu berubah mengikut usaha yang kita lakukan.




sekiranya tidak, mengapa Allah boleh berfirman :






“…sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib
sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka.” [Surah Ar-Rad ayat 11]



Bermakna, takdir masih mampu kita UBAH! Sama ada kita mahu atau tidak! Semua terletak di tangan kita. Jangan salahkan takdir sekiranya anda gagal. Jangan salahkan takdir sekiranya anda itu anda ini.




Baiklah. Kita akan mula bincangkan konsep yang sebenar. Berkenaan dengan hal ini, fairy sudah membuat rujukan drpada Ustazah Fairy yakni Ustazah Hamidah mengenai jodoh. Seperti mana yang TERTERA di atas, Jodoh termasuk dalam Qda' Mubram yakni Qada' yang xboleh diubah! Itu, hak Allah. Kan :)






Tetapi,,,






Jodoh juga merupakan Qada' Mubram, KERANA, hendak memiliki jodoh yang baik, perlukan usaha juga! Sekiranya kita tidak usaha mendapatkannya, percayalah, tidak mungkin, dia milik anda. Anda hanya berserah , berserah tanpa usaha. Secara nyata, memang sudah tertulis di Luh Mahfuz ini jodoh anda, tapi, sejauh mana usaha anda untuk mendapatkan jodoh yang sebenar, itu, bergantung kepada usaha sendiri.




Jadi, bagi pihak lelaki yang mahu mengamalkan poligami, tanya diri sendiri. Adakah sudah menjadi suratan takdir anda harus menyakiti hati si isteri? adakah sudah menjadi suaratan takdir anda menikah lagi? adakah sudah menjadi suratan takdir , anda, pilihan Allah? adakah sudah menjadi suratan takdir?? 






Jawapan Fairy,
boleh jadi :) Fairy tidak tolak sekiranya Allah memilih anda sebagai lelaki yang bertuah memiliki cinta dan kasih sayang daripada wanita-wanita :) Tetapi, bagi yang jenis *main kayu tiga*, *kahwin senyap3x* , bagaimana, agaknya :) Adakah Anda pilihan Allah. Sekiranya, Allah meredhoi keputusan anda, percayalah, anda akan mendapat jalan mudah. Kehidupan anda akan bahagia. Tapi, sekiranya jalan yang anda pilih tidak mendapat keredhoan-Nya, percayalah, bahagia anda hanya sekejap. Tidak akan ke mana :) Malah, hanya menyakiti isteri dan anak-anak yang setia menanti.




Secara dasarnya,
Allah telah tetapkan sesuatu yang tidak kita ketahui. Sebagai hamba kita perlu sentiasa meminta hidayah-Nya, kerana kita hanya manusia yang kerdil, jahil lagi hina.




Ingat,
Bagi lelaki yang GATAL, sengaja nak kahwin lagi, dengan memberi ayat-ayat Allah, sunnah nabi, takdir, ; silakanlah sekiranya mahu sangat. Anda boleh lakukan, boleh sangat. Malah, Allah beri keizinan lagi nak amalkannya atau tidak. tapi, INGAT! Adakah Allah meredhoi apa yang anda lakukan? Ya atau tidak, sama-sama kita lihat. 




Agama bukanlah permainan. Sebaliknya, agama merupakan cara kehidupan kita. Sangat mudah untuk kita amalkan. Tapi, jangan ambil ringan soal agama, meskipun mudah. Sekali anda ambil ringan, anda akan terpesong.






Bagi wanita pula,
yang dimadu ; bersabarlah. Allah mengerti kesedihanmu. Sangat memeritkan sekiranya lelaki yang kamu sayang mulai membahagika waktu-waktunya untuk orang lain selainmu, padahal kamu sudah memberikan apa yang kamu terdaya. Bukan kesalahanmu. Bukan kelemahan. Malah, bukan kerana kamu tidak pandai menjaga suamimu. Sebaliknya, kamu, orang yang betuah kerana Allah mengetahui kamu mampu melaluinya padahal orang di luar sana tidak mampu!




Kamu kuat menempuhnya, padahal , orang di luar sana lemah tidak berdaya. Jangan bersedih. Kegembiraan masih tbuka luas untukmu. Jangan berputus asa sebaliknya terus berusaha mendekatkan diri kepada Yang Esa. Dialah Yang Maha Mendengar, Dia yang Maha Melihat, Dia juga Maha Mengetahui. 




Allah Maha Bijaksana dalam menentukan kegembiraan apa yang akan kamu kecapi, kelak. Balasan Syurga, InsyaAllah, menantimu wahai para solehah, sekalian. Berbanggalah, kerana kamu masih patuh akan suamimu. kamu masih taat akan suruhannya, meskipun kamu dikecewakan.. 




Kamu, wahai para solehah, cinta kamu milik Allah. Perasaanmu milik Allah. Diri kamu milik Allah. Dia sentiasa ada untukmu. Dia mendengar rintihanmu setiap masa. Dia mengira titis air matamu yang jatuh membasahi dunia. Dia tidak menolak apa yang kamu perlukan setiap masa. Dan, dia mendugamu dengan hebat supaya kamulah penghuni Syurga-Nya :)




Bagi lelaki,
Allah tetapkan pilihan untukmu. Sekiranya jelas untukmu, apa yang telah Allah hidayahkan, laksana apa yang dia perintahkan. Fikirkan kebahagiaan isteri dan anak-anak yang masih muda untuk dimainkan perasaannya. Sukar tanggungjawabmu. Tetapi, seberapa sukar, sekiranya Allah menetapkan kau sebagai pilihannya, jalanmu Allah mudahkan, kerana kamu lakukan atas dasar Lillahitaa'la :) 




Fahamkan perasaan si isteri kerana mereka sanggup mengorbankan perasaan mereka demi kasihnya padamu juga kepadaNya. Hargailah kesetiaan mereka dengan sebaiknya. Jaga perasaan mereka.. 




Ingatlah, kamu merupakan penggerak kepada keluarga kamu sendiri. Kamulah ketua! Sekiranya kamu gagal membina bahtera yang kuat, maka, tenggelamlah semua *pelayar* [is it pelayar O.O ke, lanun? but, korang faham, kan? :)]






Negara yang terbilang datang daripada masyarakat yang gemilang, masyarakat yang gemilang datang daripada keluarga yang tenang, keluarga yang tenang datang daripada individu yang cemerlang. [memang fairy merepek!]




Sebarang kesilapan, kekasaran, mohon dimaafkan. sekiranya ada penyampaian yang salah, mohon diberitahu. kerana, Fairy juga belajar. Sumber banyak berdasarkan daripada kaedah rujukan guru agama Fairy. Bagi korang yang kelas sama dengan Fairy, memang tahu Fairy bagaimana :)




Ketahuilah, Fairy tidak sempurna. penulisan Fairy tidak semuanya memuaskan hati pembaca..  Fairy hanya menunjukkan di antara lelaki yang benar-benar kerana agama atau lelaki yang mempermainkan agama. Itu sahaja.. Tidak menyentuh pribadi sesiapapun..







1 comment:

  1. terima kasih atas perkongsian. saye share di fb saye ye

    ReplyDelete

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...