UNDER CONSTRUCTION !

Thursday, November 17, 2011

Hebat RancanganNya.








Kita merancang, Allah yang menetapkan :)





Fairy akui, hebat RancanganNya. Hebat takdirNya. Hebat sungguh! Penuh dengan ketelitian. Penuh dengan kejutan :) Sesuatu hal yang tidak pernah diduga, berlaku.




Fairy ada satu keinginan. Keinginan yang sangat membuak-buak pada dahulu kala. Usaha telah Fairy lakukan demi mencapai hajat itu. Namun, Allah banyak mengaburkan mata fairy untuk melihat semuanya. Bukan kerana apa, tetapi, Dia Maha Tahu, Bahawa sesungguhnya, ketika itu, bukanlah waktu yang tepat untuk Fairy tahu kebenaran. 




Namun, setelah sesuatu yang blaku, keinginan itu tertimbus sendiri. Malah, tidak pula cuba untuk mencari, perkara itu datang dengan sendiri.Walhal, ketika ini, Fairy tidak minta pun. Teliti sungguh caraNya merancang. Sekiranya salah satu tidak berlaku, maka, keinginan itu tidak mampu Fairy dapatkan. 




Bermula dengan hanya melihat. kemudian, membntu dan akhirnya, melaksana. <- Sekiranya hilang satu, maka, tidaklah jawapannya. :)




Baru Fairy sedar, mengapa Allah tunda semuanya. Mengapa Allah kaburkan penglihatan Fairy untuk melihat semua itu. Kini, semuanya telah Fairy ketahui! Fairy dah sedar! Fairy dah tahu kenapa dan mengapa semua itu tjadi! Fairy dah tahu! Dan, Fairy rasa sangat bersyukur atas semua ini. Sekiranya Allah tidak memberikan kekuata, maka tersungkurlah Fairy di medan perjuangan.




To readers,
Seandainya, ada keinginan yang ana terpaske tolak ke tepi atas hal-hal yang terntentu. Laa Tahzan! Janganlah bersedih! Ketahuilah, bahawa, itu bukanlah waktu yang tepat untuk anda menerimaNya. Allah merancang dengan baik. Pada ketika itu, mungkinlah, anda akan bersedih kerana gagal mendapatkan apa yang anda inginkan, TETAPI, sekiranya perkara yang anda tidak jangka berlaku di kemudian hari, barulah anda akan sedar, mengapa Allah melakukan sedemikian.






Bukan kerana Dia tidak mendengar rintihan dan doa' anda, sebaliknya, Dia MERANCANG YANG LEBIH BAIK :)




Wassalamualaik :) Sekian..

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...