UNDER CONSTRUCTION !

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433, Sahabat :)









Assalammualaikum. 


Alhamdulillah, sudah mahu masuk tahun baru pada keesokan harinya. Cepat sungguh waktu berlalu. Maka benarlah pepatah arab mengatakan "Al-Waktu Kalsaif In Lam Taqto'uha Qoto'aka" yang bermaksud Waktu itu umpama pedang. Dia akan memotong kamu jika kamu tidak memotongnya. Adakah kita sudah melakukan kebaikan atas setiap saat kita hidup di muka bumi ini? 


Adakah kita memilih stiap hari bpahala atau setiap saat berdosa? :)










Baiklah. Hijrah! Waaah. Muharram sudah tiba. Menyambut tahun lembaran yang baru. Azam yang baru. 'Perpindahan' yang baru. Fairy lebih tertarik sekiranya isi kandungan entry hari ini kepada 'hijrah ; perpindahan drpada yang buruk kepada yang lebih baik' :), Bukannya hijrah Rasulullah ke madinah eh..


Isu yang lebih Fairy suka ialah 'aurat' , 'solat'.. Tapi, untuk Solat tu, Fairy dah bincangkan semalam. Boleh check. Klik di SINI.




AURAT.
Isu aurat , plu cakap. Fairy lihat Malaysia ni kebanyakannya sudah banyak ikut budaya barat. Budaya ketimuran sudah semakin ditelan zaman. Perederan fashion terkini semakin meluas. Wahai sahabt perempuanku sekalian, apa istimewanya kamu menontonkan mahkotamu kepada yang haram? Apa seronoknya kamu menayangkan setiap helaian rambutmu kepada mereka? Serta, apa yang akan membuatkan kamu puas? Adakah kamu mahu orang memujimu, walhal Allah murka dengan kelakuanmu, sahabat? 




Sahabatku, jangan termakan dengan rayuan gombal Syaitan. Jangan terleka dengan permainan dunia yang penuh lakonan, kerana itu akan membinasakanmu. 






WALAUPUN SAYA TIDAK TUTUP AURAT, SAYA BAIK TAU! SAYA TIDAK TINGGAL SOLAT!
Sohih, ya sodiqti :) Tidak semua wanita yang beryudung itu baik akhlaknya. Tidak semua wanita yang bertudung cukup solatnya. Tidak semua wanita yang bertudung melaksanakan amar ma'ruf nahi munkar. Sohih, sodiqti. Sohih! Tapi, sahabtku. Ini perintah Allah. Menutup aurat merupakan perintahnya terhadap kita, sebagai kaum hawa. Kenapa kamu ingkar? Bagus sekiranya kamu mengutamakan solat, tapi, kenapa arahan yang ini , tidak kamu laksanakan jua? Bukankah menutup aurat juga hukumnya WAJIB :)






EH! BUKANKAH KALAU PAKAI TUDUNG APABILA TELAH MENDAPAT HIDAYAH?
Jangan terkejut jika soalan ini keluar. Memang ada. Malah, Fairy pernah dengar dengan telinga Fairy sendiri. Sahabatku, adakah soalan ini kamu keluarkan untuk mengatakan bahawa kamu masih belum dikurniakan hidayahNya? Lalu, sekiranya kamu tidak dikurniakan hidayah, kamu akan terus tenggelam dalam lautan dosa? Atau mungkin, apabila saat ajal kian hampir, barlah kamu ingin kata "Ya Robbi! Hamba ingin bertaubat" Maaf! Ketika itu, kamu sudahpun terlewat.


Sahabatku, hidayah Allah ini bukan perkara yang boleh dibuat main. Adakalanya, kita perlu mencari. Adakalanya, dia datang sendiri. Itu HakNya untuk menentukan. Tapi, janganlah berkata sedemikian. Itu, seakan-akan anda mahu menunjukkan anda sedang sesat dari landasanNya, walhal, setiap waktu , Allah bersama kita. Allah stiasa menunjukkan jalan yang benar. Sebentar! 


Surah Al-Fatihah ayat ke6 sudahpun membawa maksud : "Tunjukkanlah kami jalan yang benar"


Sekiranya masih tidak terbuka hati, check diri kamu. apa yang silap dalam amal kamu. Ada yang tak kena tuu. Bukan silap Allah, tetapi kita yang terpesong dari jalanNya. So, Fairy sarankan, baca doa' ini :


"Robbana Laa Tuzigh qulubanaa ba'da iz hadaitana waa hablanaa minladunka rohmah. Innaka antal wahhab. Wahai Tuhan kami., Janglah Engkau pesongkan hati-hati kami selepas Engkau kurniakan hidayah kepada kami dan berikanlah kami rahmat. Sesungguhnya, Engkau Maha Memberi" 




KESIMPULANNYA
Ayuh, kita 'berhijrah' ke arah kebaikan. Setkan azam tahun baru, reminder, agar kita melaksanakan perintahNya. Berubahlah ke arah kebaikan, nescaya Allah bersama dengan kita. Malah, hubungan kita dengan Allah akan bertambah erat. Salam Maal Hijrah daripada Farihah Amirah. Semoga kita mendapat keberkatanNya. :)

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...