UNDER CONSTRUCTION !

Friday, November 25, 2011

[soal jawab] Solat Mncegah Kemungkaran?









Assalammualaikum.. Maafkan Fairy, sudah lama Fairy xupdate. Fairy check, ramai juuge yang still view blog Fairy walaupun Fairy xupdate. Kalian mesty tertanya-tanya, mengapa dan kenapa? Sangat mudah untuk dijawab, internet lambat menyebabkan Fairy sukar untuk update. Seterusnya, pergi bcuti lah, sahabat. Oleh kerana itu, Fairy nak post skarang ni wpon pada pukul 2:00 a.m.




Well, Fairy sangat tertarik dengan post kali ni. Post ni ditulis tatkala Fairy membaca satu status di FB, status ke? bukan. comment -.-'' [Kepada *kamu* , jangan merendah diri. Apa yang kamu tulis, membawa pengjaran kepada semua, InsyaAllah]




Fairy cut sikit comment dia,
"......aq plek. aq solt dh pnh dh , xp knp aq still wat dose y sme jer! aq dh mx, doa byk kli dh.." 








SAYA SOLAT TAPI MASIH BUAT MAKSIAT?






Heeeeh. Pertama sekali, kita kena yakin, bahawa solat tu SEMEMANGNY Mencegah drpada Kemungkaran. Kira macam 'pendinding' laaah. Jangan nafikan hal itu. Tapi, ada orang masih ragu-ragu, benarkah solat mencegah melakukan maksiat? :)




Surah Al-Ankabut , ayat 45 :
"Sesungguhnya, solat itu mencegah drpada PERBUATAN KEJI dan MUNGKAR."




Sekiranya kita mahu solat, jangan kerana keterpaksaan atau sebagai tuntutan atau sebagai tanggungjawab, tapi kerana LILLAHITA'ALA. Dengan hati yang ikhlas menunaikannya. Set dalam hati, "Kerana saya mencintai Allah. Saya akan lakukan apa yang dia suruh dengan sepenuh hati saya." Alahai! Macam korang buat dengan orang yang korang sayang jugelah. apabila dia suruh, hati bbunga-bunga, lalu, buat dengan gembira + Ikhlas. Bukankah begitu :)




Kemudiannya, kenalah tawadu' dan...., KHUSYU' :) Bukan skadar gerakan badan, lidah yang menyebut, tapi, umpama burung kakak tua yang bercakap, tp, tak tahu maksudnya. Fairy bagi contoh yang mudah, Surah yang menjadi rukun solat yakni Al-Fatihah. Terdapat di dalam ayat itu ,


"Tunjukkanlah kami jalan yang benar." 




Jalan yang benar? Kalau kita selongkar maksud 'jalan yang benar' ni, memang banyak. Sekiranya kita di jalan yang benar, dan kita yakin kita di jalan yang benar, InsyaAllah, kita tidak akan terpesong daripadaNya. :)




Seterusnya, solat dengan tergesa-gesa. Maksudnya disini, anda solat dengan laju...kah? Macam Bas Ekspres ataupun macam kerete F1? Hahahaha. Sebenarnya, kenapa anda solat dengan laju? Nak ber-fb kah? Nak bertwitter kah? Nak berblogging kah? Nak bercinta kah? Nak berdating kah? Nak tgok tv kah? atau apa? Itu, hanya anda sahaja yang tahu. 




Nak berFb, twitter dan blog? Eh, korang boleh apa berfb dn twitter dengan Allah! Lagi syok! Allah itu pendengar yang hebat! Kalau setakat tulis kat status , layan perasaan sedih semua tu dengan manusia, kita boleh buat lebih! Macam dekat FB, twitter, ada had limitnya. Tapi, dengan Allah? Anda berdoa'lah sepanjang mana skalipun, Allah akan perkenankan.




Surah Al-Ghafir , ayat 60
"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan aku perkenankan doamu." 





Disamping itu, adakah anda lenggahkan solat anda ? Ini pun antara perkara yang ketara sehingga 'memantulkan' keajaiban solat sebagai pendinding kita. Salah satu ciri-ciri orang yang munafiq ialah orang yang melambatkan solatnya sehingga dhujung waktu. 




SEBENTAR! MUNAFIQ? APA TU MUNAFIQ? SETAHU SAYA, ORANG YANG MUNAFIQ IALAH ORANG YANG MEMUNGKIRI JANJI.






Orang yang munafiq dalam solatnya ialah orang yang brpura-pura dgan solatnya. Maknanya, sekadar ingin tunjuk kepada manusia [riya']. Pada zaman Rasulullah, orang yang 'malas' nak solat, yang sekadar berpura-pura, kerap slat berjemaah di masjid pada waktu zohor, asar dan maghrib. Tetapi, Subuh dan Isya' , tidak kerana mereka tidak mempunyai keupayaan yang kuat untuk mereka tnaikan solat pada waktu itu.










SAYA DAH BUAT SEMUA YANG FAIRY TULIS! TAPI, KENAPA SAYA MASIH MELAKUKANNYA?






Teeeeet! Soalan ni, mungkin anda keluarkan. tapi, sekiranya tidak, ambil sahaja sebagai pengajaran, ya? :) Sekiranya anda sudah buat apa yang fairy tuliskan tadi, jadi, ada yang kurang. Sebelum kita menunaikan solat, apa yang kita lakukan :) Yes, brader, sista! WHUDU' :) Adakah, whudu' kita sudah cukup sempurna untuk kita tunaikan solat? Sekiranya whudu' masih tidak smpurna, adakah sah solat? Dan, ambil note ni juga, Mandi wajib anda, juge.. Sekiranya tidak sempurna, whudu' dan solat pun tidak sah kerana kita bukan dalam keadaan yang bersih.






So, Fairy harap ini cukuplah.. Jangan salahkan solat sekiranya anda masih mbuat maksiat. ada yang salah dalam tindakan dan kelakukan kita, mungkin. Ingatlah, janji Allah itu pasti! Jadikan solat sebagai salah satu komunikasi kita dengan Allah. Mengadulah kepadaNya apa yang anda ragukan, apa yang merungsingkan minda dan jiwa anda. Macam Fairy ata tadi, Allah merupakan Pendengar yang HEBAT! :)




So, jom! Kita muhasabah diri. Kita check diri kita dalam membentuk peribadi yang mulia. Bukan sahaja untuk anda, tapi, juga untuk Fairy :) 










p/s : Waa dating dengan Allah, lima kali sehari untuk yang wajib. yang sunat, InsyaAllah, waa tambahkan lagi bagi menutup yang wajib, sekiranya tertinggal. Hangpa semua? Dating berapa kali? Boleh kah challenge dating waa dengan bf/gf hangpa? :P Lima kali, beb! Lima kali! Hebat kan cinta terhadap Allah :') Sekian...


No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...