UNDER CONSTRUCTION !

Friday, November 18, 2011

Ya Allah, Lindungi diri hamba..







Pada saat tanganku menulis setiap bait perkataan yang tersingkap di jendela minda, ada sesuatu yang giat bermain di dalam fikiranku. Hal-hal yang tidak semua mampu menyigkap bagaimana semua ini mampu diatasi. Apa yang aku tuntut, adalah hidayah daripadaNya.




Mungkin, pada waktu ini aku hanya mampu meluahkan sebahagian daripada apa yang mengkhutiriku. Sebahagian lebih lagi, aku simpan rapi untuk diluahkan kepadaNya. Ketakutanku terhadap hal-hal seperti ini benar-benar memuncak. aku bukanlah manusia yang stiasa kuat tembok pertahananNya. Seandainya dipukul dengan kayu sahaja, mungkin bisa runtuh begitu sahaja.




Benarlah.. Tak semua yang kita harapkan mampu berlaku. aku pegang kata-kata itu. Aku cuba terapkan di dalam jiwa. Biar aku tidak kecewa. Kerana aku tahu, seandainya aku merangka segala-galanya, ketetapan Allah mengetuai egala-galanya. Aku tidak mampu menolak ketetapan Yang Maha Esa. Kerana, Dia tahu apa yang terbaik untukku dan apa yang memudaratkanku.








Aku bersyukur, meskipun pemikiranku buntu ketika ini, lautan hatiku bergelora, Alhamdulillah, aku tenang tatkala aku mengingatiNya. Alunan zikir "HasbiAllah" yang kini aku dengar oleh Ustaz Dzulkarnain, membantuku untuk kembali menarik nafas lega. Baru aku sedar, rupanya, dunia ini masih terbentang luas walhal tadi, aku lihat dunia seakan-akan menghimpit diriku. AllahuAkbar!




Aku sedar, diriku. Aku sedar aku manusia yang penuh dengan kehinaan. aku manusia yang jahil melihat kebenaran. aku manusia yang sering mencari kesalahan. dan aku manusia yang miskin dengan ketenangan.. Adakalanya, aku lalai dan terleka. Aku bergelak ketawa melupakan Dia. Walaupun aku tahu, waktu stiasa bergerak. Semakin waktu pantas bergerak, semakin dekatlah kematianku.






"Allahumma Inni auzubika minal hammi wal hazan.
Allahumma Inni auzubika minal aswaai' wal ahwaa."
Ya Allah, Peliharalah diriku daripada kesedihan.. 






Readers, 
Sekiranya kalian bersedih, dengarlah pesananku ini. Ingatlah Allah. Sesungguhnya, dengan mengingati Allah, hati akan tenang. Yakinkan diri bahawa perasaan sedih itu mampu Allah singkirkan. Letakkan sepenuh keyakinan padaNya. Jangan meragui kebesaran dan kekuatan Dia. Sekiranya anda masih ragu-ragu, bermakna anda tidak yakin denganNya.




Readers,
Sekiranya masalah membebanimu. Janganlah risau. Kita masih punya Allah. :) Kita kejar akhirat bukan kejar dunia. Kelak , kita akan meninggalkan dunia juga.


No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...