UNDER CONSTRUCTION !

Thursday, December 1, 2011

Cinta. Bercinta. Couple.







Assalammualaikum.. Kaifahalukum? Fairy? Alhamdulillah, ana bilkhoir. Sekarang ni, Fairy kerap main game. Untuk sementara waktu ni, kerana Fairy nak tgok strategy yang Fairy rangka, berhasil atau sebaliknya. Jadi, dalam masa 3 hari ni, tgoklah., macam mana :)




Baiklah, kita kembali kpd tajuk, eh? :) Fairy kurang ada idea sikit, so, tak teratur penulisan Fairy kali ni. InsyaAllah, nanti, dia lain entry, akan Fairy perbaiki biar lebih lengkap sedikit. Fairy tulis secara bersahaja dahulu. Tgok jam, dah pukul 2:02 a.m O.O




Cinta, Bercinta, 'Couple'


Cinta itu Fitrah. Cinta merupakan anugerah Allah. amanah Allah, dan datangnya cinta itu daripada Allah S.W.T, kerana, Dia merupakan Pemilik segala cinta di dunia ini. Setiap orang mempunyai pelbagai pandangan mengenai cinta. ada kata cinta itu ndah. ada kata cinta itu buta. ada kata cinta itu menyakitkan. ada kata cinta itu pembunuh dan banyak lagi. Keadaan dan orang yang mengubah maksud cinta yang sebenar. 








Baik, jika sebelum ni, untuk post cinta, Fairy ashik cakap, cinta pada Allah, tapi, kali ini, Fairy akan bincangkan tentang cinta terhadap manusia. Pertama sekali, kita kena tahu beza antara 'cinta, bercinta, couple' , ini penting untuk menentukan kategori dan tidak berlakunya salah faham.


Mencintai seseorang yang bukan mahram, tidak salah sama sekali. Kerana, cinta itu semulajadi. Menyimpan perasaan kasih, sayang kepada seseorang, merupakan fitrah. Jangan ditanya kenapa dan mengapa. Sekiranya Allah berkehendak, maka, tiada siapa mampu menolaknya. Fairy ada kisah, dimana rakan Fairy, dia mulanya tidak mempercayai kewujudan cinta sebelum nikah, tapi, akhirnya, jatuh cinta jua kepada seorang lelaki. ajaib, bukan? 


Bercinta. Istilah bercinta ini lebih kepada dua hati yang menyimpan cinta anatara satu sama lain dan telah pun mengetahui perasaan pasangan tersebut. Kiranya, *kononnya* cam ada hubungan laa. Maybe, laki ni suke kat perempuan ni. Perempuan ni pun same. Mereka tahu. :))








Manakala, istilah yang sangat tidak sedap untuk didengar adalah 'couple'. Couple? Ya! Couple. Apa maksud couple ni? Confess their love? Itu, memang pasti! Berdating? Boleh jadi! Couple ni, lebih kepada budaya barat. Bila sebut sahaja couple, kebanayakannya memang dah tahu, perkara WAJIB yang akan dilakukan. Nak tahu sebab apa? Akan Fairy huraikan. Kita masuk kepada pengertian dahulu, baru, siatuasi :)


Jadi, Salahke bercinta?


Bercinta? :) Sahabatku, tidak salah untuk anda semua bercinta. Sama sekali, tidak salah. Selagi, anda tidak menyalahi batas-batas dan syariat yang ditetapkan. ingat, Islam itu mudah. Tapi, jangan kita ambil mudah. Islam kita mengharamkan cinta. Indahnya Islam. Orang kita, kire, normal lah bercinta ni. Tapi, ada caranya, sahabat.. 


Manusia memang xdapat lari dalam soal percintaan. Berapa ramai orang yang alim, bercinta sebelum kahwin. Fairy ambil contoh yang sangat manis, Imam Muda Asyraf dan isterinya, Husna. Sangat comel. Sangat manis. Dan, sangat romantik. :) Tapi, kena ada cara yang betul. Bukan pakai redah je! Kena bersopan. Kena beradab..
Kesimpulannya, Tidak salah :) 




Bercouple pula?


Tahu x, bercinta dan bercouple ada *sedikit* persamaan, iaitu, pasangan mereka saling mengetahui perasaan masing-masing. Tapi, couple ni, lain sikit. Dia lebih cenderung ke arah maksiat? Kenapa? Dating, berpegangan tangan, berpimpin tangan, berpelukan. Banyak terjerumus kepada salah laku moral. Kesucian cinta dicemarkan dengan kekotoran nafsu.


Itulah sebabnya orang kata 'bercouple menghampiri zina.' Fairy jadi teringat akan Firman Allah ayat 32 :


"Dan Janganlah kamu menghampiri zina." Bayangkanlah! 'Menghampiri' SAHAJA! Belum berzina lagi. Menghampiri sahaja, sudah Allah tegah, apatah lagi melakukannya. Nauzubillah.




Tapi, saya memang mencintai dia! Saya ikhlas mencintai dia.


Cinta memang luarbiasa, Fairy tahu. Janganlah kategorikan anda sebagai couple. Ubahkanlahnya kepada 'TAARUF' dimana Taaruf membawa maksud perkenalan, suai kenal. Tempoh anda untuk mengenali dirinya. Hebat sangatkan panggilan 'couple' itu? Mungkin, bagi sesetengah orang mereka berbangge, tapi, bagaimana mata-mata lain yang melihat? Samakah pandangan mereka terhadap anda?




Membelai orang yang tersayang bukti cinta.


Jangan terkejut, jika ada yang berkata begini. Memang, ada! Sahabat, itu semua merupakan Nafsu, sahabat. :) Bagaimana untuk melawan nafsu. Rujuk entry ini. Ketahuilah, apa yang anda cuba tahan di dunia, ganjarannya besar di akhirat. 


Kesimpulannya


Sahabat, cintailah seseorang itu kerana Allah. Biarlah mereka menjadi pendorong, agar anda meningkatkan cinta terhadap Allah. Jangan mencintai mereka melebihi Sang Pemilik Cinta. Itu, nasihat. Jangan cemarkan cinta yang suci. Berdoalah agar Allah temukan anda dengan orang yang berhak. Berdoalah supaya Allah memelihara cinta anda kepadaNya. Ingat, cinta itu datangnya dari Allah, pergi jua kepadanya. 






Apa-apapun, selagi mampu kita elak cinta, selagi itu, kita cuba, ya, sahabat :) Kita utamakan cinta kita kepadaNya dahulu. Biarlah hati kita hanya milik Allah sehingga ditemukan kepada yang sah, kelak. Ya Allah, dakaplah hati hamba seerat-eratnya agar hamba tidak berpaling untuk terus melabuhkan cinta kepadaMu. Aamin






No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...