UNDER CONSTRUCTION !

Friday, December 2, 2011

Kerana Fairy II






Tidak semua orang di dunia bahagia,
Tidak semua orag di dunia gembira,
ada yang sedang menderita,
menghadapi ujian yang menyeksa jiwa,
sehingga lemah dan tidak berdaya,
dan aku salah satu daripadanya.



Assalammualaikum.. Ini merupakan entry kedua Fairy mengenai Tok Daddy. Pada entry pertama, anda semua tahu, semuanya kerana Fairy. Salah Fairy! Kerana kesilapan Fairy, keluarga Fairy dan fairy sdiri xdapat nak menepati janji untuk kali terakhir. Tapi, kali ini, Fairy akan cuba lebih spontan, supaya tiada yang bersedih. Fairy terima banyak komen terutamanya, anis, mimi, kemy mengatakan post itu menyedihkan. Fairy harap, anda jangan menangis, InsyaAllah, Fairy cuba untuk lebih bersahaja, InsyaAllah. 




Bagi yang tidak membaca, kerana Fairy I, sila klik di sini , untuk mengetahui kisah sebelumnya :)




Seminggu selepas ketiadaan Tok Daddy, Fairy tinggal bersama wan. Hidup bersama keluarga, Fairy tolak demi menjaga dan menemani wan yang hanya berseorangan dengan Cik Niar, pembantu rumah. Hidup bersama wan, tidaklah seceria mana, tapi, menggembirakan. Fairy banyak waktu lapang yang mana, Fairy banyak menghabiskan waktu untukNya. Berbeza dengan hidup bersama keluarga, Fairy banyak berhibur, Fairy banyak leka dan Fairy banyak 'LAGHO' :)






Namun lama kelamaan, Fairy mulai terasa sunyi. Terasa rindu akan gelak tawa adik-adik. Mulai rindu wajah kedua ibu bapa. Mulai rindu saat-saat bersama. Di dalam pemikiran Fairy, Aida [adik perempuan Fairy] mesti mendapat kasih sayang ibu bapa Fairy lebih. kerana dialah sahaja anak perempuan yang tinggal bersama mama n ayah. Aiman dan Ammar, masih kecil. Jadi, tatkala mereka datang, Fairy gembira sangat. Sangat gembira, xterkata. Malah, Fairy menghargai kehadiran mereka. Mula bermain dengan mereka, mula menyayangi mereka sepenuh hati. walhal, dahulu, Fairy banyak menghabiskan masa sendiri.






Ini yang Fairy harapkan..






Namun, mana mungkin keluarga Fairy tinggal di rumah wan. Mereka perlu pulang. Sungguh, tatkala dengar perkataan 'pulang' , Fairy rasa kecewa sangat. Fairy akan sendirian lagi. Fairy akan sunyi lagi. Setiap kali, lihat mereka keluar dari rumah, dada menahan sebak. apatah lagi, melihat lambaian tangan mereka terhadap Fairy, Fairy sedih! Fairy sayang mereka dan Fairy xnak ditinggalkan! Dan, apabila mereka sudah hilang dari pandangan mata, Fairy masuk bilik dan menangis. itulah rutin harian Fairy. Menangis!




"Ya Allah. Hamba mahu hidup bersama keluarga hamba. Hamba akan lebih menghargai mereka. Hamba akan sentiasa menyayangi mereka. Hamba tahu, dulu hamba banyak membuang waktu. Mensia-siakan waktu yang berkualiti bersama mereka, tapi, kini, hamba sedar. Mereka kekuatan hamba! Hamba cinta keluarga hamba Ya Allah! Hamba mahu mereka selalu ada dengan hamba!" salah satu luahan hati Fairy ketika itu.






Setiap kali mereka datang, Fairy akan tanya :


"Siapa nak duduk dengan kaklong hari ni?" hancur hati Fairy apabila tiada yang menjawab! Hancur hati Fairy apabilila Aida kata "Tak nak" dan mulai memberi beribu alasan. Telinga Fairy tidak tahan mendengar semua alasan itu, Fairy melangkah masuk ke bilik. Cuba mencari ketengan, memujuk hati agar kuat menerima segalanya. Kerana Tok Daddy Fairy bertahan! Fairy mahu jaga wan! Fairy xak an jadi cam Tok Dady. Fairy nak jaga wan hingga akhir hayat wan! Fairy nak bersama-sama dengan wan! Fairy dihantui rasa bersalah dengan Tok Daddy! Fairy xnak itu tjadi kepada Wan! Tak Nak!!






Hanya seorang sahaja adik Fairy yang menamani Fairy. SEORANG SAHAJA! iaitu, Aiman! Dia yang datang teman Fairy. dia yang gembirakan Fairy! dia yang hiburkan Fairy! Fairy bsyukur ada adik seperti Aiman. Walhal, yang Fairy harapkan adalah kehadiran Aida. Tetapi, Aida terlalu egois. Dia mementingkan diri. apa salahnya, ganti satu hari untuk Fairy? Giliran Fairy bersama mama, giliran aida menjaga wan? APA SALAHNYA??






Tahu atau tidak dia, betapa Fairy mencemburui dia? Mama dan ayah, mencurahkan sepenuh kasih , sayang dan perhatian terhadap Aida sejak Fairy mulai menjauh dari mereka? Setiap kali datang, mereka bergelak tawa tanpa mengajak Fairy bersama, hati Fairy terpukul. Menahan cemburu, sedih dan marah pada waktu yang sama. Hanya memalingkan wajah dan mentulikan telinga. Fairy rindukan belaian kasih sayang mama. Fairy cuba juga menarik perhatiannya, tetapi, semuanya seperti sia-sia.




Apa yang membuat Fairy hancur sangat, bila mama pernah hantar sms kat Fairy;


"Hari ni, mama hantar makanan je tau, amia." Hantar makanan, dan tidak datang lagi untuk sepanjang hari itu. MasyaAllah. Dan yang lebih parah, sewaktu exam pertengahan tahun, Mama dan ayah langsung tidak menjenguk Fairy sepanjang minggu tu! Ya Allah! Ketika itu, Fairy xboleh baca buku! Fairy sedih sangat-sangat. Ketika itu., teman Fairy hanyalah sebatang pen dan buku diary. Disitu, Fairy coretkan segala kesedihan. Sudah menjadi rutin harian menulis diary. Bayangkanlah, ketika Fairy memerlukan sokongan mereka, mereka tiada di sisi. Malah, ada satu hari sewaktu hari peperiksaan, Fairy menunggu ayah datang. Sebab, Fairy suruh ayah ajar Fairy. Sampai malam, dia tidak datang, Robbi! Fairy tunggu dia!






Tapi, Mujur, Wan ada! Wan merupakan semangat Fairy! dia ibu Fairy! dia bapa Fairy! dialah segala-galanya buat Fairy. dia sentiasa menasihati Fairy. Sejak Masjid Tok Sera sudah siap dibina semula, Wan Mengjak Fairy ke masjid. Setiap kali Subuh, Maghrib dan Isya' , Fairy akan ke masjid bersama-sama dengan wan. Fairy tenang :') Fairy menangis, tapi, dalam keaadan hati yang sangat tenang. Itu , merupakan anugerah Allah.






Tidak dapat Fairy lafazkan bagaimana tenangnya rasa di hati tatkala menunaikan solat fardhu dan sunnat di Masjid. Malah, lebih nikmat daripada sembahyang sendirian. Disitu, Fairy berkenalan dengan orang-orang masjid dan teman-teman wan. Secara jujurnya, hanya Fairy sahaja remaja perempuan yang datang ke masjid. Fairy mengerti. Sekiranya tidak diajak wan, Fairy juga, mungkin tidak datang, dengan homework yang banyak setiap hari, penat yang dialami. 






Wan, merupakan individu yang sangat Fairy kagumi, kini. Fairy sayang wan. Wan merupakan amanah Tok Daddy! ana mungkin Fairy sia-siakan Wan. Dialah kekuatan Fairy! Dia sayang Fairy! Dan, Fairy sayang dia! Dia banyak mengingatkan Fairy pada Tok Daddy, manakan tidak, Wan merupakan isteri Tok Daddy. Selalu belanja Fairy. Yang buat Fairy terharu, bila, wan pergi vacation, wan akan beli souvenir untuk Fairy :') Tidak pula untuk adik-beradik Fairy yang lain. Wan suruh senyap3x, sudah >.< haha! Wan.. wan.






Kebelakangan ni, Fairy kerap menangis, kerana Fairy rindukan Tok Daddy. Entah mengapa Fairy rasa, Fairy nak picit kaki Tok Daddy. Tok Daddy selalu suruh Fairy picit kaki dia >.< urut belakang dia. Lepastu dia akan puji ;






"Amia picit sedap." tidak berhenti mulut dia berkata sedemikain, Fairy gembira, oleh kerana itu, Fairy sentiasa picit dia. :)





Tok Daddy, amia sayang Atok! Amia rindu Atok! Setiap kali amia tengok gambar Atok, Amia menangis kerana Amia terlalu rindu. Rindu ini terlalu mencengakm jiwa amia! Tapi, amia sedar. amia perlu sabar.
Atok! Amia sayang Atok selamanya!






p/s : Lihatlah. Ini semua merupakan pengajaran buat diri Fairy, agar lebih menghargai kehidupan. KERANA KESILAPAN FAIRY, Fairy perlu menghadapi semua ini. Fairy terima dengan hati yang terbuka. Diuji hebat dengan menyeksa hati melalui keluarga, tapi, cuba bangkit, kerana Yang Maha Esa! Ya Robbi, Hamba sentiasa mencintaiMu. Terima kasih! 





Bagi sahabat, cuba lihat, bermula dengan kesedihan, akhirnya, bertemu dengan kesyukuran n__n ada mesej melalui apa yang cuba Fairy sampaikan. Semoga anda mendapat berkahNya. Aamin, Ya Robb






p/p/s : Disini, bukan mahu menunjukkan parents Fairy tidak care akan Fairy, tetapi, lebih kepada pandangan Fairy yang melihat mereka lebih menyayangi adik beradik yang lain. Mereka ibu bapa Fairy :) *Ma, ayah, jika , ma and ayah baca, Maafkan amia. amia hanya tulis apa yang rasakan. Bukankah, mama dan ayah , tidak mengenali amia? :) Inilah, amia!






p/p/s : ada sambungan, sahabat :)

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...