UNDER CONSTRUCTION !

Sunday, December 4, 2011

Kerana Fairy III



Disaat dia telah tiada,
aku terbayang impian yang berjuta,
menanti dia yang xmungkin ku jumpa,
Kerana telah pergi menghadap Yang Maha Cinta,
Walaupun aku menyayanginya dengan sepenuh jiwa,
Aku tahu bahawa,
Dia Milik Allah selamanya.




Ini adalah post yang terakhir. :) Kiranya, *sequel* kerana Fairy akan tamat >.< hahaha! :D Klik di sini untuk Kerana Fairy I , Klik di sini untuk Kerana Fairy II. Kali ni, Fairy jamin, korang xkan nangi. Sebab, sambil Fairy tulis, Fairy sedang tgok Running Man. :)




Fairy ada beberapa perkara yang mana sudah lama Fairy tidak lakukan sejak kehilangan Tok Daddy yang tercinta. Kira macam, tiada semngat lagi. Skar untuk Fairy tuliskan bagaimana perasaan Fairy tatkala ini. Nak bercerita, mudah, nak menghayatinya, sukar. Nak berbicara mudah, nak menulis, sukar. Tapi, walaupun penulisan Fairy tidaklah sehebat mana, tapi, Fairy menulis dengan segenap jiwa.






Perkara yang mana Fairy kata sudah lama Fairy tidak lakukan adalah, memasak.. Bukanlah tidak lakukan, tapi, tidak seperti dahulu. Sewaktu Tok Daddy masih ada di muka bumi ini, setiap kali pulang mengaji @ sekolah, Fairy akan tolong Mak Cik Yati [pembantu rumah yang dahulu] memasak. Memang menyeronokkan. Mahu tahu, kenapa Fairy kata, memasak sangat menyeronokkan.










Bagi seorang beginner macam Fairy, tidak lain tidak bukan, mengharapkan pujian. Pujian terhadap masakan. Bayangkanlah, Fairy baru berusia sekitar 9-10 tahun, Fairy masuk dapur, tolong apalah sangat. just potong-potong, gaul3x, tumbuk lada, macam tu jer.




Tapi, Tok Daddy Fairy sangat special orangnya. Dia mudah mengambil hati Fairy. Kerana itu, Fairy sayang dia sangat sangat. Setiap kali Fairy *tolong* masak, walaupun sedikit, Tok Daddy akan cakap ;




"Amia masak best!" sambil menunjukkan thumbs up. Kalau family3x Fairy, mesti dapat bayangkan cam mana kan. Thumbs up memang sokmo Tok Daddy buat bila dia berpuas hati dengan sesuatu pkara. Tapi, tolonglah! Fairy hanya *tolong* masak, bukannya Fairy yang masak, dia puji Fairy.




Jadi, apabila dipuji sedemikian, smangat Fairy juga bkobar-kobar. apabila Fairy sudah berusia skitar 12 tahun, Fairy dah boleh lah. Goreng3x kentang sendirian. Time tu, dengan Mak Cik Lily tak silap. O.o Fairy pon xberapa ingat antara Mak Cik Lily and Mak Cik Yana. Tapi, arsanya Mak Cik Lily. so, kentang goreng yang biasa tu pun, Tok Daddy akan puji.


Kadang3x,


"Suzy. Ni, amia yang masak." atok cakap kat mama. tapi, apa yang mama akan cakap? dia malah mempersoalkan masakan Fairy , takpon senyap je. Tiada apa yang kluar dari bibirnya. Tiada! Seorang kanak-kanak, nak buat dia suka akan ssuatu, memang kene puji mereka dahulu, baru mereka buat. Fairy bagi contoh yang paling mudah ;






Seorang budak selesai daripada menunaikan solat ;
"Pandai sayang mama ni. Barulah namanya wanita solehah. dapat masuk syurga"

Tak pon, selalunya melalui hadiah.
"Pandai sayang mama. Nanti, mama belanja adik makan aiskrim" 


Itu, memang normal. kanak-kanak. Kanak-kanak, selalunya, dimulai dengan hal-hal yang boleh buat hati ia gembira dan bbunga-bunga, pcayalah, mereka akan berterusan melakukannya :)



Korang faham x, perasaan Fairy? Seorang datuk, memeuji cucunya yang menolong + memasak. walhal, ibu bapa hanya senyap sahaja. Macam mana Fairy boleh kata Fairy xsayang sangat sangat kat Tok Daddy?? Dialah atok yang special! Dialah atok yang memahami! Dialah atok yang penyayang, loving! dia, segala-galanya.




So, sejak Tok Daddy meninggal, tahun lepas, Fairy xmemasak. Fairy masak bila perlu sahaja, lapar!. Fairy tolong mama masak je.Tapi, sejak masak time praktikal sembelih ayam tu, Fairy positivekan diri. xtahu bagaimana tetibe boleh jadi macam tu. Fairy berfikiran seumpama Tok Daddy masih hidup lagi, dan, dia puji  masakan Fairy. :)






Fairy bangga, Fairy ada atok macam Tok Daddy! Al-Fatihah untuk dia yang teristimewa, Zulkifly Bin Mohd Nasir! I love you till 'when when' >.< hahahaha! Sekian :)






p/s : Fairy jamin, xmenangis! Memang xkan rasa, habis spontan dah Fairy tulis! :D

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...