UNDER CONSTRUCTION !

Tuesday, December 6, 2011

Laa Tahzan , Sahabat.







Kesedihan yang melanda, memang, selalunya sukar untuk kita melemparkan senyuman ataupun menunjukkan kegembiraan. Kadangkala, kita xlepas daripada bertindak mengikut perasaan seperti menangis sepanjang hari, melayan jiwa. Sebaliknya, kita tidak cuba untuk mencari penawar. Fairy ada pengalaman, dimana Fairy menghadapi stress yang melampau! Kerana stress itu, Fairy xmakan, malah xtidur *permulaan Insomnia ku bermula* 






Fairy masih ingat, kejadian itu bermula sehari sebelum bday mama, 14 Julai, dimana hampir dua minggu jugalah Fairy xmakan. Sebaliknya hanya minum air. Walaupun pada hari ke8, Fairy terasa lapar, akan tetapi, tatkala melihat sahaja makanan, selera untuk jatuh terus. Fairy dipaksa Mak Cik Niar untuk makan, dia tahu fav Fairy adalah nasi goreng style dia, akan tetapi, Fairy memang benar-benar tiada selera. [2k, korang tahu kan? Time dia jadi pembantu rumah Fairy, styap hari, fairy bawa makanan yang sama, korang pon makan skali, sbb, sedap. Bukan satu bekas, tetapi DUA BEKAS, Fairy bawa] Ketika itu, Fairy hanya ada Mak Cik Niar. Wan pergi KL.






Seryes kata, Fairy pun tidak tahu, kenapa fairy terlalu sedih sehingga sanggup memudaratkan diri sendiri. Menangis dan terus menangis sepanjang hari. Apabila ke sekolah, Fairy hanya duduk bersendiri. Menung selalu. Cikgu banyak tegur, terutamanya Cikgu Hani, dimana dia kata, Fairy asyik menung. Cikgu Asdayanti pula dapat detect melalui wajah Fairy. Dia kata, muka Fairy tunjuk Fairy stress [time tu, Fairy penolong kelas, time sorang3x kat makmal, nak ambil tandatangannya, dia cakap mcm tu, Fairy membalas dengan senyuman paksa]






Tapi, anda tahu, bagaimana Fairy merawat 'stress melampau' tu? Melalui pembacaan. Hari yang ke 10, Fairy rasa kepenatan yang teramat sangat. Badan Fairy rasa lemah. Bila mama dan family dtang ziarah, Fairy hanya kurunkan diri di dalam bilik, kunci pintu n pura3x tidur. Fairy tidak mahu diganggu sesiapa. Di situlah, Fairy banyak buka iluvislam.com , blog3x yang lebih kepada unsur Islamik.. Itula waktu dimana Fairy perlu dekatkan lagi diri Fairy dengan Allah. Boleh jadi ini merupakan proses untuk menyucikan hati Fairy, dugaan atau balasan. Wallahu'alam. Sebagai hamba, kita kena reda.




Dan, salah satu caranya, melalui buku ini :






Bku ni, banyak memberi Fairy semangat. Fairy xtahu, setiap kali Fairy baca, Fairy akan menangis. Kata-kata dia, menyedarkan Fairy, dunia ini luas, sebagai MUSAFIR dan MUJAHIDAH di bumiNya, kita xboleh putus asa. Bayangkanlah, Syaitan TIDAK pernah Putus asa untuk menyesatkan anak cucu Adam. Kita, bagaimana?






Tambahan pula, ayat-ayat yang si penulis susunkan, mampu memberi berjuta harapan supaya kita sentiasa mempertingkatkan lagi kebaikan kita. :') Dan, Fairy bsyukur kepada Allah, kerana ada hikmah mengapa Fairy terpaksa melalui 'stress melampau' tu. Biarlah Fairy dan Allah sahaja yang tahu, mengapa. :) Pada pmulaan, Fairy tidak nampak, namun, dua bulan kemudian, ada kejadian yang blaku, Fairy tahu, kenapa dan mengapa. Time tu, Fairy sangat bersyukur! Tersangatlah bersyukur, alhamdulillah.






Doa yang sering Fairy bacakan tatkala sedang bersedih ialah : 
"Allahumma Inni Auzubika minal hammi wal hazan" 
[ Ya Tuhanku, sesunguhnya aku berlindung kepada Engkau daripada kesusahan dan kesedihan ]  
sebenarnya doa dia ada lagi, tapi, fairy ambil point sehingga 'hazan' yang bermaksud sedih. 
Sambungan : 
"Wa auzubika minal a'jzi wal kasal wa auzubika minal jubni wal bukhli wa auzubika min ghalabatid daini wa qohrir rijal" 
[ Aku berlindung kepada Engkau dari kelemahan dan kemalasan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan kikir. Aku berlindung kepada Engkau dari terbelit oleh hutang dan tertindas oleh orang lain ] 
Amalkanlah.






To Miss 'Y' , Laa Tahzani! InsyaAllah, Allah akan menyelesaikan masalahmu. Dia tidak akan biarkan kamu keseorang menghadapi semua ini. Allah bersamamu selalu. Ujian merupakan bukti cintaNya kepada kita. Cara dia ekspreskan cintanya kepada kita [hambaNya] berbeza dengan cara manusia. Jika manusia bertindak sanggup melakukan apa sahaja asal bahagia, tetapi, Allah memberi dugaan untuk menguji sejauh mana cinta kita terhadapNya. Jangan risau, hari bahagia akan tiba. Tujuan hidup kita, bukankah untuk menjadi hambaNya yang taat akan perintahNya, yang stiasa melaksanakan amar ma'ruf nahi munkar, di mana perjalanan untuk menuju ke SyurgaNya. Biar di dunia ini kita terseksa, menangis, tetapi, jangan di akhirat, kita terseksa dan menangis. :) 




Ada hikmah di sebalik semuanya, sayang! Anti daiman fil qolbi wal aqli. Wa ana uhibbuki fillah, ya sodiqti! Habban jamma!






Try buka page ni. Klik di sini. Sangat membantu :) Sekian, sahaja. Sahabt, Jangan bersedih, tau ^-^

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...