UNDER CONSTRUCTION !

Friday, January 20, 2012

Hamba mendahagakan pentunjukMu, Ya Allah.







Ya Allah Ya Tuhanku,
Jangan biarkan hati hamba cenderung ke satu pihak sehingga menyebabkan istikharah hamba sia-sia. Jangan jadikan hamba melakukan kesilapan yang silap dalam memilih mana yang terbaik, sama ada SMART mahupun KISAS. sekiranya hamba plu meninggalkan SMART, hamba redha, kerana hamba tahu, itulah yang tbaik buat diri hamba.. Hamba ikhlas menerimanya. hamba akan menimba sesuatu yang baru..









Ya Allah Ya Wahhab,
Bersihkanlah hati hamba. Sucikanlah hati hamba agar hamba mudah menerima hidayahMu. Jangan biarkan hamba tenggelam dalam lautan kegelisahan, sebaliknya selamatkanlah hamba dengan petunjukMu. PetunjukMu yang akan membantu hamba. Petunjuk yang akan mempimpin tangan hamba dalam memilih jalan yang terbaik.








Doa Selepas Istikharah.








Hamba phon pilihan, dalam meminta petunjuk daripada Engkau dengan pengetahuan Engkau dan hamba pohon ketentuan Engkau dengan kekuasaan Engkau dan hamba pohon akan Dikau dari limpah kurniaan Engkau yang besar, maka sesungguhnya, Engkau Maha Berkuasa sedangkan hamba tidak berkuasa dan Engkau Maha mengetahui sedangkan hamba tidak mengetahui segala perkara ghaib.






Ya Allah! Seandainya Engkau mengetahui urusan ini, berkebajikan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka takdirkanlah urusan yang baik dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusai ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku,, kehidupanku dan akibat urusanku sama ada cepat ataupun lambat, maka palinglah akannya daripadaku dan palinglah akan seberapa yang boleh, kemudian redhokanlah akan daku dengan urusan itu.


Berkati keputusan hamba Ya Allah..

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...