UNDER CONSTRUCTION !

Friday, March 9, 2012

Demi Cinta Kepada-NYA.





Aku melangkah pergi. Jauh meninggalkan keluarga dan sahabat tercinta.. Demi perhijrahan yang hakiki, aku sangggup menghadapi perlbagai badai yang mendatang. kerana niat yang utuh dan teguh, aku lupakan segala suara-suara sumbang demi meraih kebahagiaan. Bukan bahagia bersama teman yang aku cari. Bukan bahagia menikmati hidangan yang aku cari. Bukan juga bahagia dalam gelak tawa yang aku cari. SEbaliknya, cukup sekadar diriku kata, bahagia dalam ketenangan yang cuba aku perolehi.






aku hanya manusia biasa. ada kalanya aku lalai dan terleka. sungguh! aku tahu, bahawa aku adalah seorang pelupa. aku tidak dapat nafikan, kerana perederan dunia membuatkan aku lagho dengan dunia teknologi yang semakin berkembang maju. aku alpa sentiasa. Tapi, setelah sebulan berada di sana.. Aku terpesona!










Aku ikhlaskan hati. Demi MUJAHADAH! Demi HIJRAH! Aku rela.. aku pasrah! Inilah langkah yang telah aku corakkan pada saat mula menerima tawaran itu. Ya, sahabat. Sejak diriku memulkan kehidupan yang baru di sana, aku mulai merasakan kenikmatan dalam islam sebenar. aku dapat rasakan kelainan. ketenangan yang aku kecapi, tak mampu aku huraikan melalui kata-kata manusia.






Sudah ku kata.. aku juga manusia biasa. ada kalanya, aku menangis jua. Tatkala hati ini dselubungi rindu yang memuncak terhadap keluarga dan teman semua, bibir ini hanya mampu melafaz zikr :






"HASBI ROBBI JALLALLAH. MAA FI QOLBI GHOIRULLAH. NUR MUHAMMAD SALLALLAH. LAA ILA HAILLALLAH."
maksudnya : Cukuplah bagiku, Tuhanku. Di hatiku hanya ada Allah. Cahaya Muhammad Rasulullah. Tiada Tuhan selain Allah.






Pada saat itu, hanya Tuhan yang tahu, bagaimana perasaan derita ini hanya diriku yang hadapi. aku cuba tabahkan jiwa dan hati. aku sedar, walaupun secara fitrahnya aku keseorangan, namun, secara batinnya, aku punya Allah. aku mungkin tidak punya teman yang memahamiku seertimana teman3x lamaku mengenaliku. Tapi, sahabat-sahabatku di sana, tidak kurang hebatnya. walaupun usia perkenalan kami baru menginjak 1 bulan, tapi, ukhuwwah yang terbina umpama air dicincang tidak akan putus. kami harungi suka dan duka bersama.








Sekali lagi, ku ktakan, aku hanyalah manusia biasa. Aku juga tidak terlepas membayangkan dosa-dosa lampau yang aku lakukan dengan tanganku yang hina ini. Bagaimana aku mnghitamkan hatiku dengan tingkah laku, perbuatan dosaku. air mata mengalir tanpa ssiapapun yang menyedari. aku akui akan kejahilan diriku. aku akui akan kehinaan diriku. aku akui akan kekhilafan diriku. dn, aku akui kelemahan diriku. siapalah aku di muka bumi ini yang menuntut Syurga, walhal sentiasa leka mengingatiNYA.















Tatkala lafaz3x zikr kami semua alunkan, dengan plbagai lagu,isi,maksud, menimbulkan kesedaran yang tidak aku sangka , mampu aku raih.. setiap isi zikr membuka pintu keinsafan kepadaku. Bagaimana aku mulai rasa perasaan cinta, kasih dan rindu kepadaNYA, kepada RasulNYA. Astarghfirullah.. Khilafnya aku sebelum ini. Bagaimana aku sebelum ini terlalu alpa dibuai mimpi dunia semata-mata. Mengharapkan istana Syurga tapi, jauh dariNYA. manusia jenis apa aku ini, Ya Allah? Lalu itu, aku menghdapMu, bersujud kepadaMu, menghadapkan mukaku yang hina ini kepadaMU, memohon jutaan ampun agar aku diampunkan.. maafkan aku Ya Allah..






Kini, dalam memperoleh CintaNYA, aku sanggup hadapi segalanya. aku mahu bermujahadah. dalam melawan kehendak diri dan godaaan yang hanya akan menjunamkan aku di dalam nerakaNya. Nauzubillah. Jikalau dulu, aku ambil remeh hal-hal membabitkan dosa, namun, sekarang , aku mahu berubah. aku mahu menjaga hatiku. aku mahu merawat hatiku kembali. aku mahu memutihkan hatiku agar mudah menerma hidayahNya. Ya Allah. Betapa Engkau sebaik-baik perangka. Engkau campakkan aku di bumi waqafan, Engkau membukakan mataku dengan kebasaranMu. Engkau hadiahkan aku sesuatu yang tidak aku sangkakan selama aku hidup di muka bumi ini. Sungguh, Ya Allah, inilah antara nikmat terbesar..






Ya Allah, permudahkan aku dalam mentarbiyahkan hatiku. sinarilah dadaku dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat. Luaskanlah rezeki untukku. Ya Allah terangi hatiku dengan cahaya hidayahMu seperti kau terangkan bumi dengan matahari selama-lamanya..



No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...