UNDER CONSTRUCTION !

Monday, March 12, 2012

Harinya akan tiba..





Assalammualaikum..
Debaran kian terasa. Segala-galanya menimbulkan perasaan takut secara serta-merta. MasyaAllah.. Persiapan mental dan fizikal perlu ada, dalam melawan kehendak dan godaan yang binasa.. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih, diri ini cuba kental dalam mengorak langkah ke hadapan, InsyaAllah.






Labaik Allah. Huma labaik.
Labaik Allah syarikalakalabaik.
Innal hamdah wa ni'mat.
nakawalmulk laa syarikallak.


14 Mac 2012, Detik yang paling bersejarah dalam kehidupan fairy.. InsyaAllah, tarikh itu akan membawa fairy mendekati Tuhan Yang maha Esa. Smoga Allah memberkati perjalanan fairy ke tanah suci. Bukan mudah untuk menjadi tetamu Allah. dan fairy rasa bersyukur, dalam usia yang *agak* mude, fairy akan dapat menjejakkan kaki ke sana., InsyaAllah.






Ya Allah, smoga hamba suci daripada segala dosa-dosa. Smoga dosa-dosa hamba yang lalu tidak menjadi hijab antaraku denganMU. Pelbagai doa' telah keluarga dan rakan-rakan hamba amanahkan.. Oleh itu, ighfir zunubi ya Robbi. Ighfir zunubi Ya Ghofuur. Ighfir Zunubi ya Ghafir!! Persiapkan diri hamba. Permudahkan hamba.






Sahabat-sahabat,
fairy mohon doa' kalian semua. Maafkan segala kesalahan fairy, seandainya Fairy tersilap dan terkasar lalu mengguriskan hati sahabat-sahabat semua. ketahuilah, fairy hanya manusia biasa namun sentiasa cuba dan mahu memperbaiki diri.. salam ukhuwwah dari farihah Amirah Binti Ahmad Faiz.






p.s: Esok, fairy akan berangkat ke KL dan, lusanya.. :) Biiznillah. Assalammualaikum, sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah semua.

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...