UNDER CONSTRUCTION !

Friday, May 25, 2012

Aku manusia yang kufur nikmat..











Illahi,
Banyak yang ku tempiuh,
sepanjang perjuangan ini,
kaki melangkah kepadamu,
mengharap cintaMu,
tapi, aku membawa dosa yang berjuta,
kedhoifan diri yang terserlah nyata.






Illahi,
Betapa hinanya aku ini,
Sering kufur atas nikmat yang kau limpahi,
Apa yang meniti di akal hanyalah duniawi,
sehingga lupa akan ukhrawi.






Illahi,
Ketika ku bahagia,
Aku meninggalkanMU,
sedang Engkau di sisiku selalu,
Memberi peringatan untukku,
Walhal Engkau tidak rugi apapun,
Sekiranya aku kufur padamu,
Tapi,
aku yang rugi kerana meninggalkanMU.






Illahi,
Ketika derita datang memasuki jendela jiwa,
Barulah aku tersedar akan hakikat sebenar,
Bahawa aku punya Tuhan,
Memohon pengampunanMU,
Namun,
adakah waktu itu taubatku masih engkau Terima?
Aku tahu, jawapannya 'Ya',
Kerana Engkau Maha Pengampun Lagi maha Pemaaf.






Illahi,
Aku masih di sini,
Masih bermuhasabah diri..




















Ya Allah.. Jangan meniti di bibir hamba sesuatu yang xperlu. jangan terlintas di hati atau minda hamba akan sesuatu yang tidak bermanfaat untuk hamba , masa hadapan hamba juga agama hamba..

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...