UNDER CONSTRUCTION !

Saturday, August 4, 2012

'Bidadari' Ibnu Batoota :) Part 2





Assalammualaikum..
Sambungan ke2. hehe. ambil ibrah tau n__n





Wahai sekalian muslimah,kekasih rasulullah....

Islam tak pernah haramkan kalian berhias,berfesyen..
Tapi islam haramkan ia dipamerkan kpd lelaki bkn mahram..

Islam tak pernah haramkan pakai myk wangi kuat2...
Tapi islam haramkan ia dipakai utk lelaki bukan mahram cium baunya...

Islam tak pernah haramkan make up tebal2...
Tapi islam haramkan muka cantik menggoda tu dipamerkan kpd lelaki bkn mahram..

Islam tak pernah haramkan wanita bermusafir jauh...
Tapi islam haramkan ia dilakukan tanpa mahram...

Islam tak pernah haramkan bercinta dan percintaan...
Tapi islam haramkan bercinta dgn bkn mahram...

Islam tak pernah sekat apa2 kebebasan wanita..
Tapi islam cuma menjaga maruah wanita dengan memisahkan mereka dari lelaki bukan mahram..

Kerana apa?

Kerana muslimah sgt berharga..
Mereka umpama mutiara..
Yang disimpan rapi dalam tiram yang bercahaya..

Kerana apa lagi?

Kerana islam membezakan manusia dan haiwan...
Yang memisahkan lelaki dan perempuan...
Agar maruah mereka kekal terjaga penuh kesopanan...

Original from ibnu batoota~penuhkan dunia dengan bidadari...
 ·  · July 22 at 8:49pm via mobile · 
















kenapa seorang bidadari itu digelar bidadari?
kerana kata nabi mereka itu wanita2 terpelihara yang allah cipta utk penghuni syurga..
mereka terjaga tak pernah keluar dari syurga..
mereka tak pernah dilihat dan disentuh jin atau manusia..
mereka menunggu bakal suami mereka dengan penuh cinta..
kecantikan,keayuan,kelembutan mereka tidak terkata..
tiap hari mereka lirikkan puisi rindu utk yang tercinta...

itu lah yang kita gelar bidadari syurga....

lalu bagaimana seorang wanita dunia itu layak digelar bidadari dunia?
mereka mendapat kemuliaan itu dgn menjadikan ciri2 bidadari itu sbg ciri2 mereka..
mereka menjaga diri mereka dari dilihat mata...
mereka cinta pada yang esa..
mereka diam di rumah tanpa berita..
seperti bidadari yg tak pernah keluar dari syurga...
kerana luar rumah itu neraka,
penuh dengan buaya menunggu mangsa,
mereka menyimpan diri mereka hanya utk yang halal dicinta..
sama seperti bidadari syurga yang menunggu lelaki ahli syurga...
mereka tidak berhias melainkn kepada imam mereka...
mereka melunakkan suara hanya pada suami mereka...

jadi seseorang itu hanya layak digelar bidadari dunia apabila ciri2 mereka sama seperti ciri2 bidaari syurga...
menjaga diri hanya utk yang halal buat mereka...
bukan mempamerkan diri menggoda2 seperti ahli neraka...

dan itu semua jika kalian lakukan....kalian akan menjadi bidadari dunia dan bakal menjadi ketua bidadari di syurga dan dicemburui semua bidadari syurga yang lain....

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)

~penuhkan dunia dengan bidadari~

note: tadi bidadari ku bg sms yang dia dah habis 10juz kedua..insyallah esok dia nak usahakan khatam quran..jadi dia khatam quran hanya dalam masa 3 hari(sehari 10 juz).... :)
 ·  · July 22 at 11:38pm · 















AMARAN: STATUS NI SANGAT BERBAHAYA KEPADA HATI YANG BUSUK,HANYA UNTUK YANG BERHATI WANGI SAHAJA,SILA PERGI DENGAN SOPAN DAN PENUH ADAB KETIMURAN JIKA TIDAK SUKA.

Ibnu batoota nikah gantung dengan bidadarinya dan kami berhubung dengan SMS:

-Bercinta hingga syurga-


IB: assalamualaikum,bidadariku~tiap hari lepas baca quran mesti sayang bagi laporan berapa juz dah habis,kenapa semalam tak bagi mesej laporan?

B: wa'alaikumussalam...orang merajuk! :'(

IB: laaa kenapa ni?

B: semalam abang ponteng tahajud!sayang call kejut abang tak jawab.... :'(

IB: astagfirullahal'azim.....abang penat+malas semalam... :'(

B: tapi dulu abang dah janji dengan sayang nak masuk syurga sama2..

IB: betul lah tu..hm...abang minta maaf... :'(

B: kalau abang ponteng amal,sayang akan lebih amal,bila sayang lebih,sayang takut syurga sayang lagi tinggi,abang duk syurga rendah,mcm mana kita nak jumpa?sayang tak mau berpisah ngn abang...abang yang janji nak bercinta sampai syurga kan???

IB: (mengalir air mata)...semoga allah ampunkan abang...malam ni abang janji tak malas-malas lagi...jangan merajuk lagi ye?

B: ala..orang boleh merajuk kejap je pun,sebab tiap-tiap malam kan sayang mintak maaf kat abang sebelum tidur....abang,kenapa suara abang tak macho hari ni?

IB: hidung tersumbat la... =.="

B: abang,abang...sayang nak ckp ni,sayang dah khatam quran semalam...hari ketiga pun dapat 10juz.. ^_^

IB: alhamdulillah...lepas ni cuba 15 juz sehari pulak ye?

B: ala abang ni,suka letak target rendah-rendah...abang tau tak,sayang dengan adik beradik sekarang tengah cuba sahut cabaran abi tau...nak tau tak berapa abi cabar?

IB: nak tau!nak tau!nak tau!hee~

B: 30 juz dalam masa 15 jam...

IB: =.="

Note:

Sekarang syurga tengah kecoh sebab bidadari dalam syurga tengah meratap sedih tak tentu arah kerana terlampau cemburu kepada bidadari dunia wanita acuan rasulullah...
Penuhkan dunia dengan bidadari...gegarkan syurga dengan tangisan dan ratapan cemburu para hurul 'ain(bidadari syurga)...

*belum berhenti menangis sejak status ni ditulis*



















Ibnu Batoota
 · 1,644 subscribers
July 25 at 5:18pm via mobile · 
  • AMARAN: STATUS INI TERSANGATLAH BAHAYA KEPADA INSAN BERHATI BUSUK,DAN HANYA YANG BERHATI WANGI SAHAJA BAKAL MENGAMBIL MANFAAT DARIPADANYA,KEPADA YANG TAK SUKA KEPADA STATUS INI,SILA DIAM,PELAN-PELAN PERGI DARI SINI DAN BUAT BENDA LAIN(CADANGAN:PERGI MAIN ANGRY BIRD),TOLONG JANGAN CETUSKAN HURU HARA.

    Asal nampak tanda amaran tu je,mesti korang suka kan?sebab itu trade mark kepada 'kisah bidadariku'....
    Kepada yang baru kenal IB ni,utk mengelakkan fitnah,saya kena sampaikan bahawa saya telah menikah tapi masih belum tinggal bersama,jadi kami berhubung melalui sms.

    Ibn batoota: IB
    Bidadariku: B

    ~demam~

    IB: assalamua'laikum..hm..kenapa ye semalam tak hantar laporan quran berapa juz habis utk semalam?merajuk lg ke?(rujuk status sebelum ni)

    B: wa'alaikumussalam......maaf bang..mintak maaf sangat-sangat....sayang bukan tak mau bagi laporan...tapi sayang malu.... :'(

    IB: erm...malu kenapa pulak?

    B: semalam dapat baca 2 juzuk je... :'(( maafkan saya bang...

    IB: innalillahi wainna ilaihiroji'un......kenapa sikit sangat?sayang ada masalah ye tak cite kat abang?

    B: hmmm...hmm...ala...orang tak nak cerita..tapi dah abang tanya..kena cerita jugak...sebenarnya sayang tengah demam ni...rasa nak pengsan je,badan letih sangat..banyak baring je ni..nak bangun tak larat..

    IB: haaa???subhanallah!kenapa tak bagitau?sejak bila demam...

    B: hm...jangan marah pliz?sayang tak mau abang risau je...demam sejak 2 hari lepas.. :'(

    IB: Ya allah...janganlah rahsia-rahsia macam ni dengan abang...sekarang macam mana?

    B: sekarang tengah terlantar atas katil..dok termenung je tak tau nak buat apa...nak sangat baca quran...tapi lemah sangat nak bagun ambil wudhu',air pulak sejuk...

    IB: jangan lah paksa diri kalau tak boleh...rehat secukupnya ok? :'(

    B: sayang akan buat yang mana termampu....esok sayang bagi laporan lagi...

    *esok petang(hari ni) jam 3:30pm*

    B: assalamu'alaikum abang.... ^_^ suami kesayangan kite tengah buat apa tu?just nak bagitau yang orang baru habis juzuk ke 5 untuk hari ni....insya'allah sayang akan cuba lagi baca sampai malam ni insyallah dapat 10 juzuk macam biasa....

    IB: wa'alaikumussalam..eh?demam dah baik ke?

    B: belum lagi.... T_T tapi sayang baca jugak-jugak..

    IB: hmm..kan dah cakap jangan paksa diri..nanti lagi sakit sapa susah?

    B: betul bang..mula-mula nak rehat je,tapi teringat abi selalu targhib(bagi semangat) pada kami dan bacakan ayat quran 'wallazinajahadu finalanahdiyannahum subulana'(maksudnya barangsiapa yang berkorban untuk kami(allah),pasti dan pasti kami berikan hidayah petunjuk kepada mereka kepada jalan-jalan kami(allah)',abi cakap dalam setiap pengorbanan untuk agama,ada tersimpan hidayah(petunjuk),mana tau pengorbanan sayang yang sikit ni ALLAH sangat suka dan terus bagi petunjuk kepada ribuan orang kafir untuk masuk islam?

    IB: baik ustazah....ustazah ni sweet betul... ♥ ♥ ♥

    B: heee~tengoklah isteri sapa..... ^_^

    Note: wanita acuan RASULULLAH ini baca 2 juz ketika demam dan hari ni dapat 5 juz dan mungkin sampai 10 juz malam ni?dan itu dilakukan kerana 'fikir risau' kepada umat nabi yang masih ramai yang kafir,dia tak mampu dakwah mereka kepada agama tapi yang dia buat ialah menarik perhatian ALLAH kepadanya dan 'memujuk' ALLAH selaku pemegang hati orang-orang kafir itu untuk mereka menerima islam....

    Apa yang cuba ku nyatakan ialah...
    Sebenarnya siapa kita di pandangan allah?
    Dan siapa dia di pandangan allah?
    Apakah dia makhluk asing atau wanita biasa yang lemah?
    Saya pun demam baru-baru ni dan itu jadi alasan utk saya solat terawih di rumah?
    Saya sendiri sejujurnya sangat terkesan dalam hati sebab cemburu dengan si dia yang sangat mencintai tuhannya,sangat memuliakan rasulnya,sangat bangga akan agamanya dan sangat menghormati ibu bapanya...

    Bidadari dunia itu lemah lembut menghayun buaian,
    Tetapi wujudnya mereka itu menggegarkan,
    Menggegarkan bumi dan hati kafirin tak keruan,
    Dari mereka lahirnya mujahid yang bakal laungkan,
    'samada agama ini mendapat kejayaan,
    atau kami hancur dalam PERJUANGAN!'
















Org bkn islam komen tentang 'bidadariku': belum pernah ada agama yg begitu memuliakan wanita dan ajar wanita mereka mnjadi bidadari kpd suami mreka....untung nya jd lelaki muslim,dpt layanan istri mcm di surga..saya semakin berminat dgn ajaran islam....

Note:tapi sayang nya walaupun islam ajar wanita mereka jd bidadari,tp masih ramai wanita tak amal islam,islam pada nama sahaja..kalaulah semua muslimah menjadi seindah bidadari seperti yang diajar islam,maka orang-orang bukan islam akan terkesan di hati mereka dan berbondong masuk islam..
Kenapa islam suruh tutup aurat?sbb ia utk suami
Knpa islam tak benarkan tabarruj?sbb ia utk suami
Kenapa islam tak benarkan sosial?sbb ia utk suami

Apakah nikmat yang lebih besar dripada mendengar pengakuan syahadah seorang bkn islam?
Mudah-mudahan dia masuk islam,
Aku mahu menjadi kebanggaan rasulullah!
 ·  · July 25 at 7:41pm via mobile · 
















Siapa di kalangan friend ku (bidadari sahaja) yang delete gambar-gambar mereka di fb walaupun berpurdah (sebagai usaha untuk menjadi bidadari kepada suami/bakal suami dgn simpan kecantikan hanya utk suami) selepas membaca kisah tarbiah 'bidadariku'?sila komen~

^_^

berilah semangat kpd kawan2 yang lain juga ye..utk delete gambar2 mereka di fb..dan menjadi bidadari utk suami sahaja...

Semoga menjadi bidadari kebanggaan rasulullah....

"Penuhkan dunia dengan bidadari.."
 ·  · July 25 at 7:47pm via mobile · 


















kepada para bidadari dan bakal bidadari....

saya bukan berfatwa itu ini haram...tapi saya mengajar muslimah menjadi bidadari..yg simpan segala kecantikan hanya untuk suami... :)
nak pakai baju manik-manik,cantik-cantik,berkilat-kilat,BOLEH,tapi pakai la depan suami sendiri bukan depan suami orang...

kalau nak keluar rumah,FATWA mmg kata boleh selagi tabaruj tu tak timbulkan fitnah(timbulkan keinginan pada hati lelaki bukan mahram),tapi sekarang ni kita bukan nak jadi manusia fatwa je...kita nk jd mnusia TAKWA....
sebab itu syurga tu ada 8 tingkat,kalau hanya ikut FATWA,kita cuma SELAMAT DARI NERAKA je dan berada di syurga terendah....

tapi kalau kita amal LEBIH dan ikut TAKWA,maka kita akan ditempatkan ke syurga yang lebih tinggi...lagi kita simpan diri kita,lagi tinggi syurga kita,lagi kurang kita keluar rumah tanpa sebab,lagi tinggi syurga kita,lagi kurang kita berhias untuk suami orang,lagi tinggi syurga kita.....

sebagai contoh mudah...

macam lelaki,memang la FATWA kata aurat mereka pusat smpai lutut je,
kita tak nafi HALAL untuk laki pegi supermarket,pergi masjid,pergi bandar tak pakai baju dan pakai seluar pendek je....
fatwa tu kita tak nafi....
tapi TAKWA nya mcm mna?
kalau nk ikut takwa,kena lah pakai jubah,serban,kain ridha seperti nabi saw.... :)
kan?lagi banyak amal sunnah nabi,lagi dekat lah dengan nabi di syurga kan?

maka janganlah nak geram dengan status saya dan tuduh saya suka buat fatwa tanpa ilmu tentang wanita...
nak letak gambar dalam facebook?silakan
nak pakai baju kelip-kelip depan laki ajnabi?silakan
nak tunjuk muka pada laki ajnabi?silakan

itu memang difatwakan harus...

tapi malangnya anda tak layak digelar sebagai BIDADARI.......
 ·  · July 26 at 2:04am · 
















kepada lelaki:

jangan lah kalian mencela ku kerana status tarbiahku hanya untuk 'bidadari' je....
sebenarnya,kaum lelaki tak ada kerugian sikit pun,bahkan keuntungannya banyak pada laki seperti:

1)dunia akan dipenuhi dengan bidadari
2)tak perlu lagi mintak saya rekemen bidadari kat kalian
3)boleh belajar semua tarbiah ni dan ajarkan pada anak gadis dan isteri
4)boleh ajarkan bakal isteri jadi bidadari dan melayan kalian macam lelaki syurga
5)nanti bila buku saya dah keluar,boleh hadiahkan pada isteri,bakal isteri,anak gadis
6)tak ada lagi gangguan seksual terhadap lelaki(gambar-gambar menggoda di fb)
7)boleh khusyu' dalam solat,tak teringat kat mata si purdah(sebab perempuan2 purdah dalam fb telah delete gambar mereka dari fb)
8)akan dapat layanan terbaik dari isteri(kalau mereka friend dengan saya dan berubah menjadi bidadari selepas baca status saya)

dan banyak lagi,fikir sendiri....nanti bila tarbiah telah sempurna,boleh lah pilih mana-mana bidadari yang masih bujang dari fb saya untuk dijemput ke syurga rumah tangga(bukan berhubung terus,tapi melalui mahram mereka,sebab bidadari perlu dilayan sebagai bidadari,mereka sangat mahal untuk disunting oleh laki macam tu je,cukup dengan tanyakan no telefon wali mereka)... :)
 ·  · July 26 at 2:35am · 


















wanita ISLAM terlampau cantik dan mahal untuk dipamerkan secara murah kepada lelaki bukan pemiliknya....maka kenapa letak gambar di fb?

anda yang pilih...mahu jadi wanita murahan yang menjadi tatapan tanpa harga,atau mahu menjadi bidadari yang menyimpan segalanya hanya untuk suami...
 ·  · July 26 at 2:41am · 





stakat ini sahaja yang ada. end pasal 'bidadari' ibnu batoota.
Fairy minta maaf. SEbenarnya yang dimaksudkan 'bidadari' ibnu batoota tu adalah nukilannya, pandangannya. bukan sekadar kisah isterinya sahaja. maksudnya, pa3x yang ditulis oleh ibnu batoota mengenai 'bidadari @ wanita solehah' walaupun kita sedia maklum, ibnu batoota menulis ttg 'bidadarinya' ;)








x. fairytakut ada salah faham. manalah tahu kan, kan tajuk dia 'bidadari' ibnu batoota, meaning that, his beloved wife. manalah tahu, ada org tetibe cakap, "cakap 'bidadari' ibnu batoota. ni xde pon cakap psal wife dia"[.. kalau.. kalau..] tp kalau tiada, alhamdulilah :) yang fairy maksudkan ialah wanita solehah, semua! bukan sekadar isteri dia. tapi, bidadari dunia ;) get it?








btw, Fairy minta maaf kalau post ni buat sesiapa tersinggung termasuk ibnu batoota. fairy sekadar berkongsi supaya menjadi PENGAJARAN kepada semua. bukan nak tunjuk zaujahnya baik atau solehah atau apa, but, niat Fairy supaya menjadi contoh semua agar kita sama3x tahu dan ada inspirasi untuk berubah ke arah kebaikan.








pmohonan maaf secara terbuka. xkira siapa.
Ana aasifu jiddan!

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...