UNDER CONSTRUCTION !

Monday, September 17, 2012

[PERBINCANGAN] Isu Non-Muslim, dimana tempat mereka akhirnya..






Bismillahirahmanirrohim..
Disaat Fairy menulis semua ini, hati Fairy sebenarnya berat. setiap bait pkataan plu fairy teliti agar tidak menimbulkan sebarang tanggapan buruk. Isu ini terlalu sensitif. Tapi, fairy memang sengaja menyentuh isu ini agar kita kembali menjernihkan keadaan dan memperbetulkannya.



Semuanya bmula dengan satu pemikiran yang entah dr mana datangnya, fairy sdiri xtahu.



"Orang kafir, diaorang selam-lamanya masuk neraka. Aku sendiri kalau terpercik minyak panas sakit, ini, seluruh tubuh ini akan dijilat api neraka. bukannya api dunia. api neraka yang azabnya tersangat sangat sangat teruk."



juga,

"Macam mana kalau non-muslim yang baik? mereka lebih baik drpada kita yang bergelar muslim. cuma, slack di bahagian agama. mungkin skali jika mereka diberi peluang untuk lahir sebagai org islam, mereka akan mejadi pejuang agama kita. siapa tahu?"



dan banyak lagi. ya! fairy tahu, ada orang yang bfikiran macam fairy. ada juga yang berfikiran 'syadid' , ada juga yang bfikiran kuat mhakimi dan menentukan itu ini. itulah manusia. ige saramida. ige!! [koreaaa, yoou! >.< Enough! Enough! kita serius kembali]






Alhamdulillah. Fairy dh jumpe jawapan yang InsyaAllah memuaskan hati sesiapa. InsyaAllah isu ini dapat perbaiki tanggapan kita. Jawapannya senang ; Semuanya bergantung kepada Rahmat Allah :) kelihatan jawapan yang selamat kan? nak tahu kenapa, even, kita muslim belum tentu 100% kita masuk syurga, juga, non-muslim juga belum tentu masuk nereka! Coppppp! Jangan melenting apa-apa lagi. Izinkan fairy jelaskan dengan hujah Fairy. Fairy tahu siapa Fairy ini untuk berkongsi ilmu, fairy bukannya guru,ustzah,mualimah dalam bidang agama ni. SEbaliknya fairy hanya tholibah yakni penuntut, pelajar. Tapi, ilmu plu dikongsi. Fairy bukannya buat jawapan ikut sedap hati. Fairy mendapat pandangan ustazah, ustzah yang fairy percayai. fairy bukan dengar 1 suara sahaja. fairy dengar pendapat yang plbagai.




Satu Fairy mahu pesan, Sesetgah kita [muslim] banyak membuat keputusan sendiri. bila cakap pasal non-muslim ok, neraka. ok neraka. ok, neraka. Kafir itu , kafir ini. Tapikan, kita kena berbalik kepada Nama Allah ; ArRahman. Kita juga kena berbalik kepada nama Allah Al-Hadi. Sekiranya kita pcaya Allah itu MAHA penyayang, Jika kita pcaya Allah itu MAHA memberi petunjuk, MAHA mmimpin, Kita xkan menghakimi nasib seseorang itu. Tiada hak bagi kita menentukan orang non-muslim ke neraka!!




Mungkin bg mereka yang 100% islam, xkan rasa apa-apa. bagaimana di kalangan keluarga kita ada darah lain? darah orang yang bukan Islam? Persoalannya, sekiranya sahaja, nenek kamu cina buddha, datuk kamu melayu islam tak bjumpa, adakah kamu masih Islam? Mungkin islam sekiranya di kalangan datuk kamu. bagaimana, kamu dikalangan nenek kamu? Itu, alhamdulillah dia jumpe dengan datuk kamu. jika tidak? adakah hidayah itu akan bsamanya?> mungkin ya, mungkin tidak. tapi, bg fairy, salah satu sbb kenapa ramai masuk islam, sbb suami, sbb isteri.. alhamdulillah. Masalahnya, kita xdapat tentukan sama ada kita nak masuk dalam golongan islam atau bukan islam.





Terdapat hadis sohih yang mengatakan Orang Non Muslim ni penghujung mereka adalah neraka. Ini dikukuhkan lagi dengan Ayat Allah, Kalimah Allah dr Suratul Imran ayat 19.
"Sesungguhnya agama yang diredhoi di sisi Allah adalah agama Islam." mahu bangkang ayat Allah, sahabat? jangan pernah!

Nas Allah itu memang Benar belaka! Tiada syak wasangka! 




tapikan, macam mana Fairy nak cakap. Fairy akan timbulkan beberapa situasi. Hal ini mbabitkan Al-Quran dan hadis dimana kita boleh ketengahkan supaya manusia berfikir. Ingat innamal a'malu binniyat. Disebbkan waktu suntuk, [1:40 a.m] Fairy akan tulis sebanyak 2 kali. so, skarang ni fairy akan ketengahkan 'kemusykilan dalam nas' , is it kemusykilan? bukan kemusykilan. aahhh. fairy tak tahu istilah yang satu ni. Nas Allah tak de kemusykilan. cuma, kita boleh bangkitkan, hujahkan dengan nas3x yang lain. style gaya 'nasih dan mansuh' ayat dia begini tapi mampu dibalas dngan ayat lain. style gitu la. [Ayat Allah tiada kemusykilan.. tolong.. tolong.. jangan hukumi fairy T^T]








Situasi pertama :

1) Larangan bunuh diri.


diriwayatkan dari Jundab ra. : Nabi Muhammad Saw pernah bersabda, "seorang lelaki terluka dan bunuh diri, maka Allah berkata, "Hamba-Ku mendahului-Ku dengan membunuh dirinya sendiri maka Aku haramkan surga untuknya"". 



ok dalam ayat ini Allah mengatakan HARAM syurga untuknya. HARAM! Tapi bagaimana sekirang yang meninggal itu muslim, beragama islam. dia mengakui Allah itu Tuhannya, Nabi MUhammad SAW itu rasulnya, islam itu agamnya, tapi kerana emosi dan perasannya, syaita pula mulai mencocok , menggodanya, lalu di bunuh diri. Sedangkan, ada nas yang mengatakan jaminan untuk orang Islam ke syurga. walau jahat bagimana pun mereka ini, meereka akan ke syurga , cuma terlebih dahulu ke neraka untuk proses pembersihan dhulu. [maafkan fairy kalau ayat fairy macam mengarut dan sukar difahami.. penulisan last minute di tgah malam]




jadi skarang kita nak kata apa? syurga atau neraka? jawapannya, semua atas ketentuan Allah. jangan cpat mhakimi, walaupun dia kita nampak salah, tapi siapa tahu mungkin dia sedang sakit yang bkaitan 'mental' , schizophrenia atau apa3x la. tanggapan orang pada mula, apa? dia bunuh diri! tapi, orang tahu ke begini dan begitu [ahhhh! apa fair cakap ni! dah mula dh]

tak pe, senang citer. atas rahmat Allah :)






situasi kedua :

2) Bunuh diri juga [haish fairy ni. bunuh diri lagi yang digunakan.]



Ayat yang sama. cume ubah situasi je. ada hadis nabi yang mengatakan ; "Barangsiapa yang mengucap 'laa ilahailallah' akan masuk ke syurga walaupun dosa-dosanya sebanyak buih di lautan." [kesahihan hadis ni, fairy xdapat pastikan lagi buat masa ni. fairy bukan nak kata hadis ni salah atau betul. tapi, fairy plu kepastian. sbb banyak je hadis yang sebnarnya maudu' , dhoif , palsu. SElepas blakunya satu kes yang blaku pd fairy bkaitan hadis palsu, mbuatkan fairy lebih hati3x dalam myebarkan hadis. Tapi, Fairy percaya dengan :



"Man Kazzaba alaiya muta'amidan falyatabawwa maq'adahu min an narri."
Barangsiapa yang sengaja berdusta atas namaku maka persiapkanlah tempat duduknya dr api neraka [something like that la. tapi, bukan itu yang ingin fairy katakan. Fairy nak gariskan kat ayat 'muta'amidan' yang bmaksud sengaja, suka3x sebarkan hadis palsu ni. kalau xsengaja, xpe. tp, wajib la untuk kita mbetulkan kembali keadaan sebaik sahaja tahu hadis ni dhoif, maudu' dan palsu. *ceeh! dah masuk ulum hadis pulak fairy ni. cuma, terangkan je]



ok.ok. kita kembali kepada hadis itu. siapa yang mengucap kalimah tauhid itu pada akhir nafasnya, dia akan masuk ke syurga. ok. macam mana kan, kalau fairy buat siatuasi, dimana seorang manusia ni, dia nak bunuh diri. muslim. dia muslim. n then, befire dia nak bunuh diri, dia pgi mengucap kalimah syhadah.



"Aku nak bunuh diri in. Ok.. Asyhadu allailahaillallah......." paaaap. meninggal!



jadi, mana yang plu kita guna? syurga = sbb mengucap. neraka = sbb bunuh diri. atau tengah3x? O.o [ada ke tengah3x, masalahnya?] 




jadi, fairy tgalkan ddngan persoalan. Ingatlah Allah tu tak kejam, Niat fairy dalam menulis entry ini hanyalah untuk bkongsi dan spaya kita berfikir kembali. Kita tidak berhak untuk MENGHAKIMI sesiapa. Menentukan mana jalan untuknya. Sbaliknya, kita hanya mampu menasihati. kita hidup dalam plbagai situasi. nampak orang xpakai tudung, ok terus cakap dia jahat. tapi, ada juga, nampak orang pakai tudung. ok dalam hati mungkin dia baik. tapi sebenarnya, hancur! fairy harap sahabat dapat faham apa yang cuba Fairy sampaikan.









Allah itu xzalim. Dia Maha Pengampun. Kita manusia, ada perasaan. Fairy bukan mahu membela ssiapa. tapi, fairy kurang senang dengan kata-kata segelintir orang muslim yang mmg dh 'guarantee' masuk syurga kepada non-muslim yang dianggap ahlulnar. C'monlah. Kita bukan Tuhan untuk mennetukan apa-apa. SEbaliknya kita hanya merancang, tapi, rancangan Allah sebaik-baik rancangan y akan tjadi. wallahua'alam. btemu di entry akan datang yang mana fairy akan huraikan sikit 'rahmat Allah' ini :) Assalammualaikum.





p/s : situasi entah apa-apa je fairy kasi ni -.-'' macam xlogik pon ya. aahhhh! pening kepala!

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...