UNDER CONSTRUCTION !

Saturday, October 27, 2012

PERHATIAN! Hadis Palsu semakin berleluasa Di Malaysia.




Assalammualaikum..
Sebenarnya, Fairy nak post 'entry' ni dh lama dah. sebulan yang lalu, jika tidak silap. ini semua muncul tatkala belajar PQS untuk bahagian Ulum Hadis. Bila dikaji dengan teliti, Fairy rasa banyak sangat hadis palsu yang telah Fairy 'terhafal' terbaca' dan macam3x 'ter' lagi. JUjur fairy katakan, banyak hadis yang selama ini kita tahu, kita cakap, kita sampai kat orang kebanyakannya palsu. contohnya apa? 



"Syurga di bawah telapak kaki ibu."
"Sabar itu separuh dr iman."
"Kebersihan itu sparuh dr iman."
"Cintakan ngara separuh dr iman."
"hadis nisfu sya'ban."





popular kan hadis ni? sangat popular/. ven, fairy rasa emua orang tahu hadis ini. tapi, ketahuilah hadis ini sebenarnya palsu. tak plu kata, banyak lagi. banyak lagi hadis palsu. fairy bukan nak apa. Tapi, apa yang ustaz Fairy katakan kepada fairy, ilmu hadis si Malaysia ini masih lemah. Fairy boleh bagi analogi untuk 'memalsukan' hadis.



Contoh. Fairy ni golongan anti-hadis atau apa3x je la yang mu'tazilah@terpesong. Fairy mmg bniat nak buat jahat. N fairy boleh sahaja, gunakan blog ni sebagai 'wadah' nak sebarkan hadis palsu. Fairy reka macam3x. apa? peluk teddy bear dapat pahala [tu je dalam pikiran sbb bebe abuji ada kat sebelah fairy skarang ni ^^] contoh.. contoh. anggap hadis contohnya , Rasulullah Bersabda peluk bebe@teddy bear dapat pahala. so, orang pon baca. so, dia sebarkan peluk bebe dapat pahala. tanpa USUL PERIKSA. peluk bebe dapat pahala. siapa nak pcaya? sbb perumpamaan ni over. tapi, bagaimana kalau fairy tukar peluk ibu dapat syurga. macam mana? nampak baik kan? so, org pon sebar3x. nampak? betapa mudahnya nak sebarkan hadis palsu ni.


pnah tgok , kononnya potong kuku ni urutannya mengikut begini dan begitu?
sekali lagi, palsu, sahabatku..



Betul. kita xboleh sangsi dengan kebenaran hadis. tapi, dengar dahulu. baca dahulu sampai habis apa yang cuba Fairy sampaikan. Dunia sekarang ni, terlalu merbahaya. jika kita terlalu percaya, kita mungkin terpesong. jika kita tidak percaya, kita mungkin tersilap. jadi, duduk di tengah-tengah. antara percaya dan xpercaya. jadi, macam mana kita nak buktikan tentang kesasihan sesuatu hadis? [Fairy akan kongsi di lain entry. biar ni pendahuluan dulu. kita terima satu per satu ok?]






Pertama sekali, jangan cepat mengatakan hadis ini palsu. barangkali, itu merupakan hadis shahih yang sememangnya dr mulut rasulullah SAW tapi, mungkin bersifat dhoif kerana perawinya tidak dhobit dari segi hafazan dan kitabah. Bahaya situasi ini! seumpama kita mengatakan bahawa Rasulullah berdusta. Tapi, jangan cepat mengiyakan hadis ini sebagai sahih. sbb barangkali, hadis itu sebenarnya palsu. lalu, bermakna kita mengiyakan sesuatu yang tidak pnah keluar dari mulut Rasulullah.





Fairy bg analogi 'perdebatan' hadis ni. 
hamba Allah@A ini memberikan hadis [nyata sekali hadis palsu] , tiba3x seorang hamba Allah@B lain pula bercanggah pendapat mengatakan hadis tadi palsu [sememangnya palsu] lalu, si hamba Allah yang A menyuruh B membuktikan benarkan hadis yang diberikannya tadi palsu? jangan mudah mengatakan hadis Rasulullah SAW itu dusta! benar. oleh kerana B hanya nah membaca artikel , sekadar ingat gitu gitu sahaja, bdiam sejenak namun kuat membangkang hadis tersebut. namun, tidak cukup bukti. Sehinggalah, si B menemui jawapan ulama' yang mengatakan hadis itu sebenarnya palsu namun mampu tjadi. A menjelaskan betapa masih lemah dalam ilmu hadis dan masih belajar atau apa3x sahajalah.



Ok. apa yang kita boleh detct melalui perumpamaan yang fairy beri tadi?


  1. A sepatutnya memeriksa dahulu kesasihan hadis. sekiranya takut, jangan sebar! itu cara yang selamat sehingga bjumpa dengan orang yang alim dalam ilmu agama menegsahkan apa3x.
  2. jangan bertindak ikut perasaan. nampak hadis ni cam baik, so fike ni mmg hadis Rasulullah SAW padahal tidak.
  3. Sekiranya A menyangkal pendapat B yang mengatakan hadis itu dusta, lalu mana bukti sahihnya hadis yang A berikan?






ini persoalan-persoalan yang boleh fairy kupas ikut logik. Fairy bagi yang ringan3x dahulu. Sebab, fairy pon banyak kemusykilan mengenai hadis. Fairy masih belajar. tapi, sebagai pkongsian apa yang Fairy tahu, Fairy akan kongsi bsama InsyaAllah di lain hari dengan lebih mendalam. Jom Kita memartabatkan Hadis Rasulullah dan dipraktikkan di dalam kehidupan supaya terbinanya Sunnah Rasulullah SAW, lelaki yang amat kita cintai dan rindui. Sollu alaihi!




No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...