UNDER CONSTRUCTION !

Sunday, June 2, 2013

[PERKONGSIAN] Dunia mengajar untuk tidak terlalu mempercayai seseorang dengan sepenuhnya.





Assalammualaikum, sahabat.


Dah lama Fairy xberkongsi , kan? Jom kita mulakan sesi perkongsian kita ! Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pengasih..


terlanjur fairy online lama ni, fairy ingin ambil kesemptan ini untuk berkongsi dengan sahabt3x semua. Bagi fairy, kehdiupan sepanjang 16 tahun ++ [almost 17] ni benar3x mengajar erti 'dunia' dalam kata sebenar. Hanya perlu membuka mata dan membuka hati sahaja untuk melihat bagaimana. Dan Alhamdulillah, sepanjang perjalanan hidup ini, fairy dah lihat pelbagai jenis karenah manusia. Bukan sahaja dari segi visual tapi juga dari segi maya yakni menggunakan kaedah menonton tv dan inetrnet, barangkali.








Baiklah. Fairy tertarik untuk berkongsi satu konsep yang wajar kita semua ambil berat sekiranya mahu mengenal dunia. kita tahi, dalam konteks dunia , pasti meliputi semua. baik buruk masam masin manis pahait jatuh bangun turun semua. Tetapi, fairy nak sentuh satu topik yang Fairy rasa kita perlu fikir3xkan dan lihat sendiri. Kerana dunia mengajar kita untuk tidak mempercayai seseorang itu dengan sepenuhnya.



Bukan bermaksud fairy kita tidak boleh mempercayai seseorang.. tidak! sebaliknya, jangan 100% mempercayai seseorang. bukan kerana apa, dalam posisi berjaga3x sahaja. kita perlulah berwaspada kerana tidak tahu apa yang bakal terjadi kelak. Takut, menyesal tak sudah pula nanti. Fairy akan sertakan beberapa situasi supaya sahabat lebih mengerti apa yang cuba fairy sampaikan.







Fairy lebih mendorong kepada situasi 'sahabat'. Sbbnya, sahabat merupakan antara golongan yang rapat dengan kehidupan kita, betul x? Barangkali, sewaktu kita mmepercayai mereka dengan 100%, mereka mulai mengkhianati kita, bak kata pepatah, musuh dalam selimutlah, gunting dalam lipatan lah. phase yang selalu disebutkan 'kawan tikam belakang'. baru3x ni fairy TERtengok cerita Dahlia kat Mustika secara xsengaja, sbb selalunya fairy tonton You're still the one kat channel one, dan cerita tu memaparkan seorang teman yang sangat dia percayai akhirnya menipu dia bermacam3x. Suami drampas, harta diambil , business kasi hancur. ini sebagai contohlah.



penah tgok cerita The chaser , drama? Cerita tu sebenarnya bagi fairy sangat bagus sbb dia menunjukkan terang3x kat mata kita, siapa lawan dan siapa kawan. apa itu dunia? bagaimana politik? apa yang boleh dilakukan orang yang berkuasa. apa bezanya orang yang berkuasa dengan orang yang berduit.





KAWAN

Sahabat, bukan niat fairy untuk merosakkan ukhuwwah yang terjalin, tidak. selagi kita mempercayai dia, selagi dia tidak pernah melakukan maksiat, selagi dia tidak ingkar dengan Allah, selagi Islam menjadi paksi kehdiupannya, janganlah risau. Mereka bukan golongan yang akan mengkhianati kita. sebaliknya, merekalah yang akan menjadi tulang belakang kita, penasihat kita, motivasi kita dalam kehidupan ini. Namun, ada kawan yang bersifat seperti yang sudah fairy terangkan dalam drama dahlia itu.








CINTA


bagi fairy, ini suatu perkara yang biasa. tak perlu nak diperbincangkan lagi. Fairy, alhamdulillah. tak pernah melalui fasa seperti ini. Dan InsyaAllah, mungkin tak akan pernah, hehe. tak. tak. maksud fairy, tipulah kalau dalam satu ikatan pkahwinan itu tiada pasang surutnya, tapi, Allah mengurniakan fairy satu perasaan yang jarang ada pada orang. Tak perlu lie detector untuk mengetahui dia tipu atau x. 


Dan minta maaf lah, kalau berita3x kat fb yang pasal3x politik, memperburukkan3x pemimpin tak kira kerajaan mahupun pembangkang, konon fakta diberikan untuk mengukuhkan statement yang diberi, hal3x tu fairy xkan percaya SELAGI fairy xjumpa bukti yang kukuh. kerana itu, danial sampai kini masih lagi mencuba meyakinkan fairy menyertai )(*&^%$R^T&*(&^^E*%&$&. banyak yang dia beri, tapi hampir semua fakta yang diberi berpandukan facebook semata. walhal, dia xtahu, barangkali, yang memulakan post tu sendiri daripada pihak mana3x yang cuba memburukkan parti3x lain. sbb tu fairy kata, berwaspada.



fairy bukannya apa. sbb kenapa fairy rasa fairy xkan ditipu atau dikhianati, sbb fairy ada Allah :) Fairy tumbuh membesar dengan banyak penipuan direka-reka, banyak penipuan dilontarkan sehingag membuatkan fairy boleh tahu orang yang menipu dan juga orang yang tidak menipu. Seumpama fairy mmg dah kenal. Fairy xtahu nak kata bagimana, tapi, biar sahaja fairy yang tahu. senang kata, instinct fairy dalam hal3x begini, kuat. 



perlu ke fairy caap lebih3x untuk cinta ni? sbb fairy rasa , kebanyakan pembaca mesti sudah tahu apa yang fairy maksudkan kerana pelbagai cerita,drama,ovies yang memparakan ttg keksasih,suami,isteri yang mengkhianati psangannnya. btol x? jadi, tidaklah kot.





FACEBOOOOOOOK


Sahabat, fairy nak nasihatkan. TOLONGLAH!!! Tolonglah jangan terlalu percaya apa yang dikatakan dalam news feed facebook anda sangat. sbb kita takut,. pekara ini boleh timbul fitnah dan tidak semena-mena kita menjadi tukang fitnah. Selidik dulu. siasat jika perlu. fairy loistkan apa yang perlu kita berhati3x :


  • hadis , Al-Quran [kadang3x makna, ayat PALSU]
  • Politik [kadang3x fakta PALSU]
  • Iklan [kadang3x description iklan yang dipaparkan PALSU]

itu antara perkara3x yang plu kita berjati-hati. Ingat, kita tanak dsbbkan facebook ini menjadikan amalan kiri kita kian bertambah dari hari ke hari. SEbaliknya, percayalah pada page3x yang diyakini tidak mungkin menyebar perkara3x palsu dan syubhah. okay? :)Fairy sertakan satu doa yang fairy dapat dari Rusydee Artz :) Untuk perkongsian semua.




Konklusi?

Jangan salahkan dunia andai kita bertemu orang yang salah sebaliknya DIA mahu mengajar kita erti ketabahan. Jangan salahkan dunia andai kita kecundang sebaliknya DIA mahu kita bangun mengingatiNYA. Jangan salahkan dunia andai kita menangis di kemudian hari sebaliknya DIA mahu kita kembali bersamaNYA. Jangan salahkan dunia andai kita tidak bahagia, sebaliknya DIA mahu kita senang di syurgaNYA. Jangan salahkan dunia sekiranya tiada yang mempercaya sebaliknya DIA mahu kita sedar DIA sentiasa ada. jangan salahkan dunia.. jangan salahkan dunia. dan jangan alahkan dunia/. Kerana DIA merancang yang terbaik untuk memeberikan yang terbaik untuk kita yang terbaik ini , InsyaAllah.






Assalammualaikum ~

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...