UNDER CONSTRUCTION !

Wednesday, February 26, 2014

Apabila Ujian bertukar menjadi kenikmatan~


Assalammualaikum , sahabat.

kembali lagi. hehe. Apa yang fairy nak kongsi ni, berlaku dan ia merupakan pengalaman dalam hidup fairy. jadi apa yang fairy mahukan adalah buka hati anda untuk menerima. sekiranya dalam waktu ini, sahabat dalam keadaan sukar dan perasaan yang mencengkam jiwa, fairy rasa ada baiknya baca post ini. InsyaAllah membina semangat. 


fairy pernah mengalami , fairy boleh katakan , siatusi yang sukar untuk fairy hadapi. sedih , kecewa, resah, mengalah, lelah, penat, marah dan segalanya. Fairy xboleh nak kata bagimana sedih dan sulitnya situasi ketika itu. Ketika itu, fairy rasa seperti biarlah. biarlah apa yang berlaku sekalipun, fairy xnak kesah dan ambil tahu. Buatlah! buatlah sesuka hati. Fairy tanak dengar apa3x.


fairy kehilangan salah satu nikmat yang besar dalam kehidupan seorang manusia, yakni, pendengaran. pendengaran telinga kiri fairy hilang dan apa yang doktor sahkan adalah gegendang telinga fairy pecah. apa yang sahabat boleh rasakan perasaan fairy ketika itu? sbb apa yang fairy dengar adalah Berdesing, berdengung. fairy xmampu nak dengar dengan jelas ketika itu. suara fairy sahaja yang KUAT , tapi kenapa suara sekeliling jadi berdengung? seumpama ada sesuatu yang tersumbat di dalam telinga ini.


dan lebih menyebakkan jiwa fairy, ketika check-up, doktor katakan pada fairy "tiga bulan sekurang-kurangnya waktu diambil untuk sembuh" . hancur remuk hati fairy. dalam tempoh beberapa jam sahaja fairy dh tak tahan, manakan lagi sanggup menhan 3 bulan. waktu itu juga fairy dalam keadaan ma'zurah. hati jadi xtenang. dan hanya tahu nangis. fairy cuba alihkan kesedihan fairy ini untuk buat bende lain. tapi, xlepas. sbb bayangkan 24 jam tanpa henti, suara berdesing sahaja anda dengar. kalau boleh, nak tarik sahaja suara dengung itu.


setelah 4 hari selepas kejadian, fairy dah boleh kembali solat. ketika itu fairy kata, HANYA ALLAH YANG TAHU BETAPA FAIRY BERSYUKUR BERADA DALAM KEADAAN SEBEGINI!! Ketika fairy angkat takbiratulihram, dan mula solat, terdetik dalam pintu hati fairy ;


"Ya Allah! Terima kasih. terima kasih."


apa yang buat fairy berterima kasih di atas kekurangan ini?

sahabat, Allah tarik pendengaran fairy.
tapi Allah memberikan kekhusyukan dalam solat Fairy :')
benar. fairy xberapa dengar dan apa yang fairy dengar, suara fairy menjadi kuat dari suara sekeliling.
dan fairy tidak mendengar apa3x 'suara' dari sekeliling, apa yang fairy tahu, hanya suara fairy , fairy dengar dengan jelas.
ketika solat, sekiranya ada kipas, ada waktunya kita akan fokus pada suara kipas itu lebih pada ayat yang kita lafaz [tanda tidak khusyuk].



apa yang mampu fairy katakan? sungguh fairy cakap, Allah menggantikan dengan sesuatu yang sangat baik dan baru. sehingga kini, masih berdesing [terutama ketika waktu sunyi, dengar sangat desingan itu] , tapi fairy xrasa apa3x. fairy rasa hidup. fairy rasa bersyukur. walaupun pada waktu ini, fairy masih mempunyai masalah itu, tetapi ,apabila fairy solat, fairy rasa bersyukur. dan itu, juga merupakan NIKMAT yang terbesar~ Nikmat apakah yang lebih manis selain dapat mengajak hati untuk khusyu' ketika bertemu dengan-NYA? Hanya kita dan DIA! AllahuRabbi T^T

Jadi sahabat, apa yang fairy nak sampaikan, adalah,
sekiranya kini kamu berada dalam keadaan lelah dan tidak bersemangat, seumpama kamulah paling kekurangan, ingatlha Allah akan menggantikan kekurangan kamu dengan Nikmat yang tak dapat kamu sangkakan. Mungkin fairy tersilap dengan apa yang Allah aturkan. Syaitan bisik perkara3x yang buruk pada hati fairy sehingga mengajak fairy untuk terus bersedih hati. walhal, Allah merancang dan memilih fairy untuk hadapi semua ini.

dari sudut positive yang lain,
kamulah orang yang terpilih :) aplikasikan apa yang fairy hadapi ketika ini dengan kehidupan sahabat sendiri. every cloud has silver lining, right? [okay cliche] but, it's the truth. fakta yang xdapat disangkalkan. Ingat bende ni , sangat membantu 

After rain theres a rainbow. after a storm theres calm. after the night theres a morning. and after a ending theres a new beginning

"Dan janganlah kamu bersikap lemah dan bersedih hati, walhal kamulah orang yang paling tggi darjatnya jika kamu orang yang berimah [Al-Imran : 139]"


Thank You Allah for the health you granted. Thank you Allah for the happiness you granted. Thank you Allah for the love you Granted. Thank you for Everything :')

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...