UNDER CONSTRUCTION !

Thursday, October 8, 2015

Resipi Triffle :


Assalammualaikum .

Triffle ~ Antara desert yang sangat ringkas yang boleh dibuat di rumah . sangat3x kejap. tak perlu pening3x nak buat. Jadi, sebagai perkongsian, manalah tahu kot3x ada masa nak buat, kejap je. estimate preparation dalam lebih kurang 10 minit. masak : 15 minit. keseluruhan : 25 minit. Tapi, boleh dikurangkan since dh selalu buat ~ mungkin para wanita lebih memahami.



Satu kotak apollo. [Fairy biasa guna apollo, boleh je nak guna londong choco roll ke, londong swiss roll ke, bebas atas kesukaan anda] 
1 Tin buah campuran. [Fairy selalu guna peach. Nenas pon boleh. atas anda juga]
2 cawan susu cair.
3 cawan air.
1 cawan tepung kastard.
1/2 cawan gula
1 paket jelly jenama nona



atas ni, tak plu i3timad sangat. boleh ditambah, boleh dikurang. atas kesukaan. coz apa yang fairy kongsikan, berdasarkan resipi sendiri.

Cara penyediaan :



  1. Letak apollo susun dalam bekas. Kalau boleh, bekas, biarlah bekas petak. sbb fairy pernah buat kesilapan letak dalam bekas bulat. apollo tu xpadat antara satu sama lain, jadi kastard dan jeli jatuh ke bawah.
  2. Tapis buah-buahan. dan air bagi buah-buahan tu tuang sahaja di atas apollo.
  3. Campurkan tepung kastard, gula, susu cair, air dan kacau dahulu. lepastu, baru letak atas periuk, n then kacau dengan api yang kecil sehingga dia jadi pekat.
  4. Dah siap, tuangkan kastard tadi terus ke atas kek.
  5. Tabur buah-buahan yang kita asingkan tadi di atas kastard. hiaslah macam mana kalian nak ~
  6. Masak jelly . yang ini boleh ikut arahan berdasarkan arahan yang dia berikan kat belakang.
  7. Tuangkan kat atas kastard, dan ratakan
  8. masukkan di dalam peti sejuk sehingga sejuk 

antara kesalahan yang boleh dilakukan :

  • bagi beginner, mereka takut apabila kastard tetibe ada bau hangit sebelum sempat dia jadi pekat. janganlah bimbang. bau hangit tu, bukan bermakna hangus. pastikan teksturnya benar-benar menjadi pekat. kerana bila dia xpekat, dia akan jadi lembik macam air. so hati3x.
  • pastikan bila letak apollo, padatkan dia betul3x xde lubang antara satu samal. rapatkan dengan bekas sepadat-padanya, supaya kastard tidak jatuh ke bawah. ia akan mengubah kecantikan serta hiasan triffle ~ tapi, rasanya masih enak dan okay.

So, ni antara gambar3x dari interenet, sumber mr google :



Selamat mencuba ^^


1 comment:

  1. lagu cerita healer kan. sedihnyaaa. nangis jap. i miss u. sebab tu stalk.

    ReplyDelete

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...